Perkahwinan Dalam Islam -

Oleh: Nurul Hidayu Abdul Ghani
Kasih Sayang Asas Keluarga Islam

Keluarga merupakan satu ikatan kemasyarakatan kecil antara suami, isteri dan anak-anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan yang bersifat kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir pada masa akan datang. 

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina dengan asas yang betul. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni dan bahagia. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. 

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat yang suci, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik. 

Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji. 

Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai sesuatu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Anak-anak ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling. 

Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. 
Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga iaitu kelahiran anak haram yang lahir dari ikatan haram antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Di samping itu terdapat juga penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya. 

Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. 

Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. 

Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai dan amanah Allah SWT. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh, memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya di tangan ibu bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka diamanahkan dengan tanggungjawab ini.. 

Tanggungjawab Keluarga Dalam Islam
Umat islam sekarang ini mempunyai permasalahan aqidah, cara pengajaran maupun aturan kehidupan. Ajaran Islam seharusnya dipraktikkan dalam seluruh aspek kehidupan, kemasyarakatan, ekonomi maupun politik. Asas dari segala aspek elemen masyarakat adalah sebuah keluarga muslim. Ibu merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Ini kerana 24 jam seharian ibu sentiasa berada di rumah dan mengikuti perkembangan anak-anak. 

Tegaknya sebuah keluarga muslim memberikan andil yang sangat besar bagi terlaksananya dakwah islamiyah. Islam sendiri memberikan tanggung jawab yang begitu agung kepada keluarga baik dia seorang ayah maupun ibu untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada anggota keluarga. Pembinaan yang demikian inilah yang akan menyelamatkan dan memberikan penjagaan kepada diri dan keluarga. Tanggung jawab seorang suami tidaklah hanya terbatas memenuhi kebutuhan material saja, demikian halnya dengan seorang isteri. Ia tidaklah hanya bertanggung jawab terhadap kebersihan rumah, atau menyiapkan makanan semata-mata. Akan tetapi keduanya dari kedudukan yang berlainan dan mempunyai tanggung jawab terhadap pendidikan keimanan keluarga termasuk di dalamnya tanggung jawab dakwah. 
Al Quran dan al Hadits sumber pedoman kita menegaskan tanggung jawab kedua orang tua dalam aktivitas keluarga dan pengaruhnya terhadap anak. Seorang isteri memiliki tanggung jawab yang berbeza dengan dengan suami. Dan ia adalah pemimpin sebagaimana yang disinggung dalam hadits di atas. Secara nyata tanggung jawab seorang isteri terhadap rumah tangga dan anak-anak suaminya sangatlah luas. Panjangnya kebersamaan seorang ibu dengan anak secara automatik memberikan warna tersendiri bagi perkembangan pendidikan fizikal maupun mental anak. 

Apabila kita timbang tanggung jawab seorang suami dengan seorang isteri maka akan kita dapatkan bahwa tanggung jawab seorang isteri sangatlah besar. Karena dialah yang melahirkan anak, menyusuinya, dan menemani serta mendidik anak dari jam ke jam, hari ke hari. Bahkan ketika seorang anak masih kecil, kemudian menginjak remaja dan menjelang dewasa, di dalam rumah maupun di luar rumah ibu senantiasa mewarnai bentuk kehidupan anak. Hingga mungkin ayah telah tiada maka ibulah yang tetap mendampingi putranya untuk menyongsong masa depan. Inilah hikmah diperintahkannya wanita untuk berada di rumahnya. 


TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Rumahtangga yang dibina melalui akad nikah adalah merupakan perjanjian antara suami isteri untuk hidup bersama dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab antara satu sama lain disamping tolong menolong dan bertolak ansur terhadap masalah-masalah yang timbul antara mereka. Syariah islam telah menerangkan panduan dan saranan untuk hidup bahagia dengan meletakkan tanggungjawab masing-masing seperti berikut. 
A) Tanggungjawab suami. 
Suami hendaklah bertanggungjawab memimpin keluarganya kearah keredhaan Allah dan memberikan kebahagiaan kepada mereka seperti berikut:

I. Memberikan nafkah
Suami hendaklah memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya seperti menyediakan tempat tinggal, makanan dan minuman pakaian, rawatan dan perubatan mengikut kemampuan suami. 

II. Memberikan layanan yang baik
Suami hendaklah menggauli isterinya secara baik mengenai layanan, tutur kata, perbuatan dan pergaulan hidupnya atau hubungan kelamin antara keduanya dengan penuh kasih saying. 
III. Memberi didikan
Suami hendaklah mengajar dan mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solehah dan taat beribadat kepada Allah serta faham ajaran-ajaran Islam. 

B) Tanggungjawab isteri

Isteri adalah pembantu utama suami untuk membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab seperti berikut:


1) Taat kepada suami
Isteri yang beriman kepada Allah dia taatkan suami terhadap perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. 
Isteri hendaklah membantu suami menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak kejalan yang diredhai Allah dengan kerjasama mereka berdua ini kerukunan ramahtangga akan terjalin. 

2) Memberi layanan yang baik
Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan yang baik kepada suami sama ada ketika senang ataupun susah, kerana suami berusaha mencari nafkah sementara isteri menjaga rumahtangga dan mendidik anak, suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada pencerobohan dan musuh-musuh yang ingin menghancurkan rumahtangga. 

3) Menjaga maruah diri dan harta suami
Isteri hendaklah menjaga maruah dirinya mengikut tuntutan-tuntutan syarak, menjaga aurat ketika berdepan dengan bukan muhrim, menjaga dirinya semasa suami tiada di rumah, isteri juga berkewajipan menjaga harta benda suami, bijak menguruskannya dengan baik, berjimat cermat dan merancang perbelanjaan keperluan rumahtangga dengan saksama. Isteri berkewajipan menjaga tinhkah lakunya, percakapannya dan maruah suaminya. Segala rahsia keburukan suaminya dan rumahtangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Allah sangat memurkainya. 

4) Tidak melakukan puasa sunat kecuali izin suami

5) Tidak dibenarkan menceritakan hubungan kelamin suami isteri kepada orang lain


C) TANGGUNGJAWAB BERSAMA

1. Membina dan mengekalkan kerukunan rumahtangga
Suami dan isteri sama- sama bertanggungjawab membina rumahtangga bahagia, mengekalkan kerukunan, bertolak ansur, sama-sama beribadat kepada allahseperti solat berjemaah dirumah dan dimasjid, menghadiri kuliah- kuliah ilmu dan sebagainya. Sekiranya terdapat kesalahan atau menyinggung perasaan sama-samalah memohon maaf. 

2. Memilihara dan mendidik anaak-anak. 
Suami dan isteri sama-samalah bertanggungjawab memelihara dan member pendidikan agama serta ilmu pengatahuan kepada anak-anak mereka supay terjamin masa depan mereka, memberikan kasih sayang dan layanan yang baikserta melakukan keadilan kepada anak-anak. 

3. Mensyukuri nikmat Allah
Suami dan isteri haruslah mensyukuri nikmat Allah atas perkahwinan mereka serta penganugurahan anak dan kerukunan hidup berumahtangga kerana kahwin adalah ibadah, segala pengurusan dan pentadbiranrumahtangga adalah ibadat. 

4. Menghormati kedua-dua ibu bapa suami dan isteri
Suami dan isteri hendaklah bersama –sama menghormati kedua-dua ibu bapa mereka sama ada ibu bapa suami atau ibu bapa isteri. Kedua dua mereka adalah sama tarafnya sebagai ibu bapa dan sama-sama perlu di jaga dan dihormati. 
D) TANGGUNGJAWAB BAPA KEPADA ANAK-ANAK
Tanggungjawab bapa kepada anak-anak dapat disimpulkan sebagaimana berikut:

1) Berlaku ihsan terhadap anak-anak dengan memberi kasih sayang, pelajaran, dan pendidikan islam yang sempurna. 
2) Memberikan nafkah, pakaian, makan minum, dan tempat tinggal serta pendidikan yang sebaik mungkin. 
3) Mempertahankan kehormatan mereka. 
4) Berlaku adil terhadap mereka. 
5) Berlaku ihsan dalam meletakkan nama kepada mereka. 
6) Berdoa ketika mendekati isteri agar dijauhi dari gangguan syaitan semasa bersetubuh dan terhadap keturunan yang bakal lahir. 
E) TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
Antara tanggungjawab anak yerhadap ibu bapa dapat disimpulkan sebagai berikut:
1) Taat kepada perintah mereka kecuali dalam perkara maksiat terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya. 
2) Menjaga dan memelihara harta dan maruah serta diri mereka terutama semasa mereka tua, dengan menjaga makan, minum, dan tenpat tinggal mereka. 
3) Mendoakan mereka terutama setelah mereka meninggal dunia
PERKARA- PERKARA YANG PERLU DITERAPKAN DALAM DIRI GENERASI MUDA DALAM MEMBENTUK MODAL INSAN YANG BERKUALITI
Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak. 

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara. 

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. 

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara. 

2. Rukun Islam Dan Iman. 

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. 
3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya. Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin. 

4. Menunaikan Perintah Allah. 

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah SWT. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa. 

5. Meninggalkan Larangan Allah. 

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka. 
6. Menggalakkan Berjamaah. 

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com