Budaya Meniru Menurut Pandangan Islam -

Oleh: Seti Hasne Binti Nasir

ABSTRAK
Buku “Budaya Meniru Menurut Pandangan Islam” ini di terjemahkan oleh Baharuddin Ayudin. Buku ini mengandungi 66 muka surat. Budaya meniru orang adalah merupakan persoalan penting yang di berikan perhatian, di mana islam sendiri memandang berat ancaman budaya meniru ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan amanah, menyempurnakan risalah, menasihati umat islam dan telah memperingatkan mereka di dalam banyak hadis Baginda dan di dalam pelbagai cara, baik secara umum ataupun terperinci tentang bahayanya budaya meniru orang kafir. Banyak puak di dalam umat islam telah terjerumus ke dalam budaya meniru. Apa yang berbeza di antara mereka hanyalah sejauhmana kadar hanyutnya mereka di dalam budaya meniru. Demikian jugalah kadar bahaya budaya meniru adalah berbeza di antara satu zaman dengan zaman yang lain. Adalah tidak keterlaluan jika di katakan “Budaya meniru orang kafir yang terjadi pada zaman sekarang adalah lebih dasyat daripada budaya meniru yang telah terjadi pada zaman dahulu”. 

BAB 1 : PENDAHULUAN
KONSEP TASHABBUH

Kalimah al-tashabbuh menurut istialh syarak ialah menyerupai mana-mana golongan kafir dari sudut akidah, ibadah, adapt atau apa sahaja tingkahlaku yang merupakan ciri hidup mereka. Termasuklah di dalamnya amalan meniru kaum Muslimin yang fasiq dan jahil serta al-A’rab (orang Arab badwi) yang tidak sempurna agama mereka. 

Secara umum dapat di simpulkan bahawa Sesuatu perkara yang bukannya menunjukkan ciri-ciri orang kafir dan bukan akidah mereka, bukan adat mereka, bukan ibadah mereka dan tidak bertentangan dengan nas atau dalil serta tidak menimbulkan kerosakan akibat daripadanya, maka perkara tersebut tidaklah tergolong di dalam istilah al-tashabbuh. 

Islam hendaklah di terima dalam pengertian al-taslim iaitu membenarkan segala perkhabaran daripada Allah SWT., mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Seterusnya, membenarkan segala perkhabaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW, mematuhi perintahnya, menjauhi larangannya dan petunjuknya. 

BAB 2 : BUDAYA MENIRU MENURUT PANDANGAN ISLAM. 

KENAPA BUDAYA MENIRU DI TEGAH. 

Sebab larangan meniru orang kafir adalah banyak. Kebanyakan sebabnya dapat di fahami oleh sesiapa sahaja yang sihat akalnya dan memiliki fitrah yang sejahtera. Antara sebab-sebab tersebut adalah :
a) Amalan golongan kafir di bina di atas prinsip yang sesat dan mengandungi kerosakan. Prinsip dan ajarannya adalah sesat, menyeleweng dan fasad di dalam akidah. Kebaikannya adalah sesuatu pengecualian sahaja. Sekiranya tedapat sesuatu amalan yang baik yang di lakukan oleh mereka, maka ke semua amalan tersebut tidak di beri ganjaran pahala. 
b) Budaya meniru kafir itu menjadikan seseorang Muslim tunduk mengikut mereka. Perbuatan sebegini bererti menentang Allah SWT., Rasulullah SAW dan tidak mengikut jalan golongan Mukminin. Amalan sebegini di ancam keras oleh Allah SWT. 
c) Perumpamaan hubungan di antara golongan yang meniru dan golongan yang di tiru samalah dengan pengikut dan tokoh ikutan mereka. Maksudnya, terdapat keserasian watak, kecenderugan hati, keinginan untuk tolong menolong dan kesepakatan di antara perkataan dan amaln mereka. Kesemua perkara tersebut dapat menjejaskan dan mencacatkan iman. Setiap muslim haruslah menjauhkan daripada terjerumus ke dalamnya. 
d) Menimbulkan rasa kagum terhadap golongan kafir dan agama, adat, tingkahlaku dan amal perbuatan mereka. Kesan kekaguman tersebut merupakan penghinaan terhadap al-sunnah, kebenaran dan petunjuk yang di bawa oleh Rasulullah SAW dan juga golongan al-salaf al-salih. 
e) Mewariskan rasa kasih sayang dan kesetiaan terhadap golongan yang di tiru. Bagi setiap muslim yang meniru golongan kafir, akan ada dalam dirinya rasa cenderung ke arah orang yang di tirunya. Kecenderungan ini akan menimbulkan rasa cinta, reda dan setia terhadapgolongan yang tidak beriman dengan meningglkan golongan soleh yang bertaqwa dan beramal dengan al-sunnah serta teguh berpegang dengan agama. 
f) Sikap seseorang muslim yang suka meniru orang lain biasanya akan menyebabkan mereka berada pada kedudukan yang hina dan lemah serta merasa kecik dan rendah diri. 

PERKARA-PERKARA YANG DI LARANG MENIRU ORANG KAFIR. 

Terdapat 4 persoalan yang di larang meniru golingan kafir iaitu :
a) Persoalan akidah – Budaya meniru yang melibatkan persoalan akidah amat bahaya sekali kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada hukum kafir dan syirik. Antara contohnya ialah mentaqdiskan para salihin, menyerahkan mana-mana ibadat kepada selain Allah SWT, mendakwa bahawa terdapatnya tuhan anak dan tuhan bapa daripada kalangan makhluk Allah SWT., berpecah belah di dalam agama dan mengambil hukum selain daripada hukum yang telah di turunkan oleh Allah SWT. dan juga segala cabang daripada persoalan kafir atau syirik kerana ianya bersangkutan dengan akidah. 
b) Perayaan –Perayaan selalunya berkaitan dengan ibadah. Adakalanya ia hanya berkaitan dengan adapt. Akan tetapi berkaitan dengan syarak. Menurut sunnah, kaum muslimin hanya di tentukan hanya 2buah perayaan sahaja. 
c) Ibadat –Nas-nas syarak telah menyebutkan banyak perkara yang berkaitan dengan ibadah. Antaranya ialah melambat-lambatkan solat maghrib, meninggalkan makan sahur, melewatkan berbuka puasa. 
d) Adat kebiasaan, akhlak dan tingkah laku –Contohnya cara berpakaian yang merupakan petunjuk zahir yang berupa tingkahlaku dan bentuknya, seperti berpakaian, perangai dan akhlak. Antara tegahan yang di larang islam ialah mencukur janggut, memakai bekas emas, memaki pakaian yang menjadi syiar orang kafir, bersolek, mendedahkan aurat, seksi dan menghairahkan, bergaul bebas lelaki dan perempuan, lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. 

HUKUM TASHABBUH. 
a) Syirik dan kafir –Ada di antara amalan tashabbuh dengan golongan kafir yang membawa kepada hukum syirik dab kafir seperti menyerupainya dalam perkara yang berkaitan dengan akidah dan ibadah seperti meniru golongan yahudi. 

b) Maksiat dan fasik -Terdapat juga amalan tashabbuh yang membawa kepada maksiat dan fasik, seperti meniru sesetengah adat kafir. Antara contohnya ialah makan makanan dengan tangan kiri, lelaki memakai cincin emas, lelaki memakai rantai, lelaki mencukur janggut, wanita meniru lelaki dan lelaki meniru wanita di dalam cara berpakaian seumpamanya. 

c) Makruh -Amalan tashabbuh yang di hukum sebagai makruh ialah amalan yang masih diragukan kedudukannya dan masih tidak jelas hukumnya, sama ada secara haram. Maksudnya, terdapat sebahagian masalah berkaitan dengan tinglah laku, adat kebiasaan dan kehidupan duniawi yang masih lagi di ragukan kedudukannya sama ada makruh atau haram. Demi mengelakkan kaum muslimin terjerumus ke dalam budaya meniru, maka hukumnya masih dikekalkan makruh. 

d) Mubah atau haram -Perbuatan orang kafir dihukum sebagai mubah iaitu sesuatu perbuatan daripada persoalan duniawi yang tidak tergolong sebagai ciri-ciri khusus mereka. Makudnya, perbuatan tersebut tidak menjadi ciri-ciri khusus orang kafir sehingga ketara perbezaannya daripada ciri-ciri muslimin solehin. Dan juga, perbuatan kaum kafir yang di hukum mubah ialah perbuatan yang tidak menimbulkan kerosakan ke atas kaum muslimin dan memberikan manfaat kepada kaum kafir sehingga memperkecil kaum muslimin. 

GOLONGAN YANG DI LARANG MENIRU MEREKA. 
a) Golongan kafir -Istilah golongan kafir ialah kaum Musyrikin, Yahudi, Nasrani, Majusi, al-Sabi’ah, mulhid dan lain-lain. kita di larang meniru segala perkara yang merupakan ciri-ciri khusus golongan kafir, baik di dalam ibadah, adat dan pakaian. 

b) Golongan Musyrikin -Telah diriwayatkan tentang tegahan meniru ibadat, perayaan dan perbuatan golongan musyikin. Antaranya ialah beribadat dalm keadaan bersiul dan bertepuk tangan, memohon syafaat dan bertawassul dengan makhluk Allah SWT di dunia, bernazar menyembelih menyebelih korban di kubur dan lain-lain amalan, selain itu, amalan yang di larang dan merupakan amalan golongan musyrikin ialah meninggalkan padang Arafah sebelum tenggelamnya matahari. 

c) Golongan Ahl Al-Kitab -Maksud istilah Ahl al-kitab ialah Yahudi dan Nasrani. Kita di larang meniru amalan mereka yang berkaitan dengan akidah, ibadah, adat, pakaian dan juga perayaan mereka. Contohnya ialah membina binaan di atas kubur dan menjadikannya masjid, menggantung gambar, mengeksploitasikan kecantikan wanita, meninggalkan makan sahur, tidak mengecat uban, menggantung salib, menyambut perayaan dan ikut serta menjayakannya. 

d) Golongan Majusi -Antara ciri-ciri khas golongan majusi ialah melakukan sembahyang dan ibadat kepada api, mentaqdiskan raja dan para pemimpin, mencukur rambut di sebelah belakang dan membiarkan rambut di sebelah hadapan, mencukur janggut, memanjangkan misai, beribadat menggunakan trompet atau bunyi-bunyian dan memakai bekas daripada emas dan perak. 

e) Golongan Parsi Dan Rome -Kita di tegah meniru ibadah, adat, dan istiadat mereka. Contohnya, mengagung dan mentaqdiskan para pemimpin dan tokoh-tokoh, mentaati rahib dan pendeta, tunduk pada undang-undang yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. serta bersikap melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam agama. 

f) Golongan ‘ajam -Larangan meniru golongan ‘ajam bukan islam ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang menegah seseorang memakai sutera di bahagian bawah pakaiannya. 

g) Golongan Jahiliah -Kesemua amalan jahiliah adalah di larang menirunya. Contohnya, mendedahkan aurat, perkauman sempit, berbangga dengan keturunan, mencela nasab, meratapi mayat dan meminta turunnya hujan kepada bintang-bintang. 

h) Golongan Syaitan -Sebahagian daripada amalan syaitan yang di tegah menirunya ialah makan dan minum dengan tangan kiri. 

i) Golongan Al-A’rab yang tidak sempurna agama mereka -Kebanyakan al-a’rab mengambil adat nenek moyang mereka sebagai hukum dan peraturan, di mana ianya tidak bersumber daripada ajaran islam. Contoh amalan mereka ialah bermegah dengan keturunan, mencela nasab, bersumpah dengan talaq, menegah perkahwinan antara sepupu dan lain-lain amalan jahiliah. 

SEBAB-SEBAB KAUM MUSLIMIN TERJERUMUS KE DALAM BUDAYA MENIRU. 
a) Tipudaya golongan kafir terhadap islam dan kaum muslimin -Usaha jahat orang kafir bermula sejak krmunculan islam hinggalah ke hari ini. Golongan kafir yang terdiri yang terdiri daripada macam-macam millah, akidah, agama dan kecenderungan sentiasa berusaha memperdayakan umat islam. Antara bentuk tipudaya mereka ialah menjerumuskan kaum muslimin meniru budaya mereka yang berkaitan dengan akidah, adat, perayaan dan tingkah laku. 

b) Kejahilan kaum muslimin dan tidak mendalamnya pengetahuan agama -Sebahagiam daripada kaum muslimin jahil tentang hukum-hakam agama dan tidak memahami manhaj al-salaf al-salih. 

c) Kelemahan kaum muslimin di sudut kebendaan, moral dan kekuatan tentera -Oleh sebab ini, kaum muslimin merasa diri mereka lemah dan ditimpa penyakit rendah diri. Ini menyebabkan mereka mudah dikuasai oleh golongan kafir di dalam segala sudut kehidupan. 

d) Tipudaya golongan munafik -Golongan munafik berada di tengah-tengah kaum muslimin yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjerumuskan kaum muslimin ke dalam budaya meniru. Contohnya :

Golongan kafir yang mendakwa diri mereka adalah Muslim, sedangkan maksudnya masuk ke dalam Islam ialah untuk memperdayakan umat. 
Golongan yang asalnya memang Islam, tetapi telah murtad dan menyeleweng. 
Golongan yang cenderung kepada perbuatan fasik dan dosa, walaupun mendakwa dirinya adalah muslim. 

ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DI LARANG KAUM MUSLIMIN MENIRUNYA. 
a) Perpecahan dalam agama -Perkara pertama yang jelas di tegah oleh syark menyerupai golongan kafir ialal perpecahan dalam agama. Tegahan ini banyak diriwayatkan di dalam al- kitab dan al-sunnah. Allah SWT. menyebutkan yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka…….. ”
 (Surah Ali ‘Imran 3:105) 
b) Fitnah Wanita -Maksud fitnah wanita ialah keluarnya mereka dari rumah tanpa menutup aurat, dan meninggalkan rasa malu mereka sehingga kaum lelaki tergoda. Fitnah ini di khususkan kepada wanita kerana beberapa sebab, antaranya ialah:

Wanita cenderung kepada kemegahan dunia. 

Wanita mudah di pujuk mengikuti dan meniru budaya kafir. Oleh sebab itu, mereka di anggap sebagai perantara yang berkesan untuk sampai kepada tujuan yang demikian. 

Wanita mempunyai daya pikatnya terhadap lelaki, terutama pujuk rayunya. Demikian pula lelaki dijadikan cenderung kepada wanita jika mereka keluar tanpa hijab dan tidak menunjukkan rasa malu. 

c) Membiarkan uban tidak di warnakan -Perkara lain yang di larang meniru orang kafir ialah membiarkan uban putih tidak di warnakan kerana ia menyerupai Yahudi dan Nasrani. Sungguhpun begitu, janganlah mengecatnya dengan warna hitam. 

d) Mencukur janggut dan memanjangkan misai -Amalan ini dianggap meniru amalan golongan musyrikin, majusi, yahudi, dan nasrani. 

e) Solat tidak memaki sepatu dan khuf -Telah di sebutkan riwayat tentang larangan mendirikan olat tanpa memakai sepatu atau khuf dalam keadaan kekal terus menerus atau tuntutan mengerjakan ibadah dalam bentuk yang berbeza daripada bentuk yang di lakukan oleh yahudi. 

f) Membezakan hukuman di antara golongan yang berkedudukan dengan golongan yang tidak berkedudukan -Membezakan hukuman hudud, denda, ta’zir dan sistem perundangan di antara golongan yang tidak berkedudukan sebagaimana yang dilakukan oleh puak yahudi. 

g) Amalan tabarruj -Amalan tabarruj, mendedahkan aurat dan keluarnya seseorang wanita daripada rumah tanpa keperluan. 

h) Menyambut perayaan, pesta atau festival -Menyambut perayaan adalah tidak di tuntut oleh syarak kecuali Hari raya Aidilfitri dan Hari raya aidiladha sahaja. 

i) Meninggalkan makan sahur -Ia merupakan amaln yahudi dan Ahl al-kitab kerana mereka memang tidak makan sahur. 

j) Melewatkan berbuka -Menyegerakan berbuka adalah Sunnah. Ianya adalah menyalahi amalan yahudi dan nasrani. Amalan melewatkan berbuka kini telah menjadi ciri khusus sebahagian manusia iaitu kebanyakannnya puak al-rafidah syi’ah. 

k) Menjauhi wanita yang kedatangan haid -Di antara amalan yahudi ialah mengasingkan wanita haid ketika makan dan ketika duduk di dalam rumah. Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut dengan mengatakan yang bermaksud :
“ Lakukankah apa sahaja kecuali bersetubuh, ”

l) Mendirikan solat di waktu terbit dan tenggelamnya matahari -Ini kerana ia berada di bawah 2 tanduk syaitan. Ketika itu sujudnya kaum kafir menyembah berhala. 

m) Bangun berdiri kerana mengagungkan seseorang -Khususnya terhadap seseorang yang mempunyai kedudukan, pangkat dan golongan bangsawan. Contoh larangannya ialah tegahan mendirikan solat dalam keadaan makmum berdiri, sedangkan imam duduk, apabila imam tiba-tiba sakit dan tidak berupaya lagi untuk berdiri. 

n) Meratapi mayat -Meratapi mayat dalam keadaan meraung-raung dan menyediakn suatu suasana bagi maksud yang demikian adalah amaln jahiliah. Amalan sebegini banyak terdapat dalam kalangan kaum muslimin hari ini. 

o) Bermegah dengan keturunan, mencela nasab, dan meminta hujan dengan bintang-bintang -Amaln jahiliah yang di tegah oleh Nabi Muhammad SAW. 

p) Sikap “Asabiyyah -Maksudnya ialah sikap ‘asabiyyah kepada bangsa, mazhab, Negara dan yang seumpamanya. 

q) Berpuasa pada hari ‘Ashura -Amalan berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Muharram adalah termasuk amaln tashabbuh kerana yahudi juga melakukan puasa sedemikian. 

r) Kaum wanita yang menyambung rambut -Wanita yang memakai rambut yang bukannya di ciptakan oleh Allah SWT. sebagaimana yang dilakukan oleh kaum yahudi. 

s) Hati yang keras -Hati yang tidak khusyuk ketika membaca dan mengingati ayat-ayat Allah SWT. Ini merupakan sifat yahudi yang telah di tegah oleh allah SWT daripada merasa khusyuk. 

BAB 3 : KESIMPULAN

Sesungguhnya persoalan tashabbuh atau budaya meniru adalah merupakan yang patut diberikan perhatian oleh kaum muslimin, kerana didapati banyak dari kalangan kaum muslimin hari ini telah terjerumus ke dalm bermacam-macam jenis budaya meniru yang boleh membawa kepada hukum kafir, sesat, syirik, bid’ah dan lain-lain. Walaupun perbuatan budaya meniru pernah terjadi di kalangan kaum muslimin di masa lali, namun begitu mereka sebenarnya tidak pernah terjerumus hingga ke tahap yang sungguh dasyat sebaigaimana apa yang terjadi pada hari ini. 

Kaum muslimin di zaman ini banyak meniru orang kafir dalam banyak urusan. Perbuatan meniru mereka bukan setakat aspek juz’iyyat di dalam persoalan ibadah atau adat dan yang seumpamanya. Bahkan mereka meniru secara menyeluruh di dalm kebanyakan sudut kehidupan, baik di dalam bidang akidah, syariat, akhlak, tingkahlaku, cara berfikir, sistem pendidikan, perekonomian dan juga politik. Termasuklah di dalamnya perbuatan meniru sistem perundangan ciptaan manusia dengan mengenepikan agama Allah SWT berkaitan dengan hukum-hakam dan sistem kehakiman. Ini adalah nikmat Allah SWT yang wajib kita memeliharanya. 

RUJUKAN

Baharuruddin Ayuddin (1995). Budaya meniru menurut pandangan islam, Subang Jaya : Penerbitan Al-Ramadhan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com