Indahnya Sabar -

Oleh: Mohd Safwan Bin Muda

PENDAHULUAN

Assalamualaikum, saya Mohd Safwan Bin Muda berasa bersyukur terhadap illahi kerana dapat menyiapkan ringkasan buku yang bertajuk personanya sabar ini dengan lancar dan jayanya. Saya telah menyiapkan buku ini dengan bersumberkan daripada buku yang disusun oleh Adil Akhyar iaitu buku keluaran syarikat Darul Nu’man. 

Buku ini menbincangkan dan memperkatakan tentang indahnya sabar, sabar mengerjakan ketaatan, kemuliaan sabar, panduan mengembangkan sifat sabar, makna sabar, sabar dan manfaatnya dan banyak lagi. 

Akhir kata, saya berharap usaha yang saya lakukan ini dapat menjadi sumber rujukan kepada rakan-rakan atau ummat islam agar kehidupan seharian kita menjadi tersusun dan lebih baik bagi menyemai sifat sabar dalam diri agar menjadi ummat islam yang dicintai Allah dan semua ummat islam dan semua manusia di dunia ini dan menjadi seorang yang sentiasa berfikir secara rasional dan bersabar dalam melakukan sesuatu perkara agar apa yang kita lakukan itu menjadi lebih baik dan sempurna…insyaallah.. 

ABSTRAK

Mukmin yang sejati apabila ditimpa kesusahan, dia akan berfkir tentu Allah mahu memberinya pahala sabar. sesungguhnya pahala sabar itu ‘bighairi hisab’ tidak terhitung. 

JIka kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda atau paling tinggi satu sehingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar terpulang kapada Allah untuk member balasannya. 

Orang mukmin masih boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan Allah swt kerana dia tahu dia akan diberi pahala. itulah yang dimaksudkan dengan hadith qudsi yang berikut:

“Aku hairan dengan orang mukmin. Diberi nikmatpun dia memperolehi pahala, diuji dengan kesusahan pun dapat pahala. ”

Menurut Abu Talib al-makky, sabar adalah kunci syurga dan menyelamatkan diri dari neraka, kerana telah dinyatakan dalam hadith bahawa syurga dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai dan neraka pula dikelilingi oleh syhwat (nafsu). 

Oleh itu, orang mukmin perlu bersabar terhadap perkara yang tidak disukai supaya membolehkannya masuk syurga dan bersabar terhadap syahwat agar dapat menyelamatkannya dari neraka. 

Indahnya sabar tidak dapat dinilai dengan kata-kata, ia hanya dapat dinilai dengan praktik dan amalan sebagaimana besarnya pahala sabar tidak dapat dinilai dengan angka. indahnya sabar hanya dirasai oleh mereka yang mempraktikkannya. 

INDAHNYA SABAR

Sabar ialah salah satu akhlak yang mulia disisi agama islam. Ia merupakan pegangan bagi setiap individu mukmin. Orang yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang, tenteram, mampu menaha diri dari bencana dan ujian serta mepunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam semua keadaan. 

Keutamaan Sabar
Allah swt telah menggambarkan dalam al-quran tentang ketinggian sifat sabar sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesugguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki agar diambil berat (melakukannya). ”

Selain itu, orang yang sabar juga akan diberi ganjaran yang banyak daripada Allah swt. Ia juga boleh meninggikan nilai rohani seseorang. Nilai ini penting dalam kehidupan manusia, tetap malangnya kadang-kadang ia dipersiakan. 

Keutamaan sabar dalam meniggikan nilai ini banyak disebut dalam al-quran yang mana kebanyakannya mengabungkan dengan keyakinan, syukur, tawkkal, solat, jihad, takwa, kebenaran, amalan soleh, rahmat dan lain-lain. 

Rasulullah SAW perah bersabda bahawa sabar adalah sebahagian daripada iman. Apabila ia telah dikategorikan seperti berikut, sabar adalah tergolong dalam perkara wajip yang perlu dimiliki oleh mereka yang beriman. 

Secara umumnya, sabar boleh dibahagi kepada dua:
1. Sabar daripada perkara yang disukai. 
2. Sabar daripada perkara yang dibenci. 

Selain itu, sabar juga boleh dibahagikan seperti berikut:

1. Sabar mengerjakan ketaatan
Kita perlu bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt kerana tanpanya kekuyukan dan penumpuan dalam ibadah akan hilang. 

2. Sabar daripada melakukan maksiat
Cabaran yang biasa dihadapi oleh manusia ialah tarikan dan dorongan untuk melakukan maksiat yang bercaggah dengan syariat Allah. Oleh itu, untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa, ianya memerlukan pengorbanan dan ketabahan. 

3. Sabar atas segala takdir
Perkara yang di luar kemampuan kita sebagai manusia dan merupakan milik allah swt ialah Qada’ dan Qadar. 
Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan segalanya. Justeru itu, abar dan redha diperlukan untuk menghadapi setiap takdirnya, 
Memandangkan bertapa besarnya keperluan dan kepentingan sifat sabar, setiap individu harus memupuk sifat yang mulia ini dengan harapan iman mereka akan meningkat. 

Kemuliaan sabar
Sabar adalah sifat yang mulia, namun terdapat salah faham di kalangan umat islam mengenai tuntutan sabar yang sebenarnya. 

Kerana itu mereka mengambil sikap menerima dan menyerah apabila menghahapi rintangan dan halangan, padahal islam menghendaki kita berusaha dan berikhtiar bagi mengatasi halangan hingga mencapai kejayaan. 

Para-para nabi dan orang soleh adalah individu yang memiliki sifat sabar yang tinggi. Meraka adalah contoh yang diciptakan oleh Allah swt untuk menjadi ikutan masyarakat seluruhnya. 

Malah, dikalangan para nabi terdapat pula sekumpulan mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi yang dikenali sebagai Nabi”ulul Azmi”. 

Sejarah hidup mereka yang penuh dengan perjuangan yang terpaksa dihadapi dengan sabar, cekal hati dan terus berusaha. Contohnya, kesabaran rasulullah saw yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan rohani dan jasmani dalam menjalankan tugas dakwahnya. 

Suatu ketika dulu, ada seorang perempuan yang sering melakukan kejahatan dengan membuang ajis di hadapan rumah Rasulullah swt. Namun, berkat kesabarab baginda, akhirnya perempuan tersebut beriman kepada Allah dan Rasulnya. 

Demikian juga kesabaran baginda sehingga Berjaya menyakinkan para sahabat yang pada mulanya kurang berpuas hati dengan perjanjian damai hudaibiyah. 

Ini kerana pada pandangan mereka perjanjian tersebut merugikan islam. Tetapi akhirnya ternyata perjanjian tersebut member kemenangan besar kepada perjuangan islam. 

Selain daripada contoh kejayaan Rasulullah saw yang menggambarkan betepa tingginya tahap kesabaran yang dimiliki oleh baginda, kita juga dapat melihat banyak tanda dan bukti kejayaan yang dicapai oleh seseorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam hidup mereka. 

Ini bermakna orang yang sabar bukan sahaja akan mendapat perlindungan dan hidayah daripada allah swt, malah akan Berjaya di dunia dan akhirat. 

Oleh itu, marilah kita menghayati sifat sabar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya dan berdoa agar Allah sentiasa mengurniakan kekuatan kepada kita untuk terus menjadi orang yang sabar. 

Panduan mengembangkan sifat sabar
Berikut adalah beberapa panduan untuk memampatkan sifat sabar dalam diri kita:
1. Jangan terlalu berfikir mengenai sesuatu masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain. 
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara ini, lebih teruk keadaan anda nanti. semua perkara akan menjadi kelam kabut, hati terluka dan merasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli. 
3. Jangan fikir untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang dilakukan. 
4. Terimalah hakikat bahawa sukar untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. pastikan anda bersikap adil, wajar dan biarkan masa yang menentukan. 
5. Jangan fikir anda mengetahui apa yang terbaik untuk orang lain. 
6. Terimalah hakikat boleh terus memujuk, tetapi ada kesukaran dalam mengharapkan agar mereka apa yang kita kehendaki. Ini akan menceuskan ketidaksabaran kedua belah pihak. 
7. Jangan fikirkan bahawa jika mareka tidak bersetuju dengan anda, mereka akan bersifat tidak wajar terhadap anda. 
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak ke atas pandangan yng dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama. 
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk ke atas diri anda. 
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehat. cuba lihat di luar daripada diri anda. 
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar. 
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu dalam diri seseprang adalah terlalu penting. 
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah dan tidak menentu. Hadapi dengan tenang dan cuba kawal sifat diri anda. 
14. Jangan fikir bahawa citi-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting. 
15. Terima hakikat bahawa wujud kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri sendiri dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar. 

SABAR MENGHADAPI RINTANGAN

Makna sabar

Menurut kamus dewan, perkataan sabar mempunyai dua erti, pertama, sangup menahan penderitaan dan kedua tidak terburu-buru. Kedua-dua erti ini mengambarkan nilai atau sifat yang baik dan mulia. 

Sabar pada erti pertama iaitu mengingatkan kita supaya mampu menghadapi kesusahan dan penderitaan dalam mencapai cita-cita untuk hidup bahagia. 

Manakala sabar pada erti kedua mengajar kita supaya berwaspada dan melaksanakan tugasan dengan berhemah dan cermat. 

Kita harus mengakui bahawa hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan rintangan. Apa yang kita mahu dan perlukan tidak akan sampai dengan mudah dan senang. 

Malah kadang-kadang terpaksa bertungkus lumus mencurahkan tenaga yang banyak, namun hasilnya masih belum kelihatan. Inilah gambaran dunia yang mencabar kesungguhan, ketekunan dan kesabaran kita. 

Untuk mendapat semua itu, Allah swt menyediakan kekuatan dalam diri kita supaya mampu menghadapi segala cabaran. Dorongan Allah supaya kita bersabar merupakan tanda kasih sayangnya kepada kita. 

Walaupun erti sabar sangat jelas, namun masih terdapat di kalangan ummat islam yang tidak memahami atau keliru mengenainya. 

Bagi golongan ini, sabar tidak memerlukan apa-apa usaha dan ikhtiar bagi mngatasi kesusahan dan penderitaan yang diterimanya. 

Contohya, jika ditimpa sakit, dia hanya menahan kesakitan tanda apa-apa ikhtiar untuk menghilang atau mengubatinya. 

Begitu juga apabila ditimpa kemiskinan dan tiada makanan, dia hanya berlapar tanpa berusaha mencari makanan. 

Pemahaman seperti ini adalah salah dan tidak menepati kehendak islam sebenar. menurut islam, jika kita berada dalam kesusahan, kita hendaklah sabar dan cekal menerima kesusahan di samping berikhtiar mengatasinya dengan bijaksana. 

Sabar dan manfaatnya

Sikap sabar dipandang mulia di sisi Allah swt kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. 

Sikap tersebut perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian. Terdapat lebih 70 ayat al-quran yang menyebut mengenai keperluan sabar dan kebaikannya. 

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu pertama, sabar menahan diri daripada perkara yang disukai tetapi dilarang oleh agama. Kedua, sabar menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi. 

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan, menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara yang sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia manghadapi tempoh yang panjang untuk mendapatkan sesuatu. 

1. Mendapat kegembiraan dan rahmat

Allah swt menyebut bahawa orang yang bersabar akan mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripadanya. 

Oleh itu, setiap orang mesti bersabar dalam menhadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan Allah swt kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tidak ada tolok bandingnya. 

Sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersia-siakan kesabaran setiap hambanya yang sanggup menanggung sesuatu masaalah yang dihadapi. 

Setiap kesusahan yang menimpa adalah merupakan ujian daripada Allah swt. Sesiapa yang Berjaya melepasi ujian tersebut, nescaya akan mendapat balasan lebih baik daripada apa yang disangkanya

2. Mendapat kejayaan

Mereka yang menhadapi ujian dengan sabar dan sentiasa memohan rahmat daripada Allah swt, pasti akan mendapat pertolongan daripadanya. contohnya bersabar dalam usaha untuk mendapat sesuatu perkara yang dihajati. 

Sesungguhnya melakukan sesuatu denagan sabar akan membuka peluang untuk Berjaya dengan lebih cemerlang. 

Setiap usaha yang dilakukan dengan fikiran lapang dan berhemah akan membuahkan kejayaan yang lebih baik. 

Kejayaan daripada hasil usaha yang lama dan menghadapi kesukaran adalah lebih baik bermakna dan dihargai. 

Sememangnya sikap sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu usaha adalah tangga kejayaan. Jika dilihat pada diri tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, kejayaan yang mereka kecapi itu dicapai hasil daripada sikap sabar dan tekun dalam usaha yang dilakukan. Mereka sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai apa yang dihajati. 

Sabar dan ikhlas

Kesabaran akan lahir dalam diri orang yang ikhlas. Keikhlasan akan menimbulkan rasa minat yang mendalam dan sikap tekun melakukan sesuatu sehingga Berjaya. 

Gabungan sikap sabar dan ikhlas akan melahirkan insan yang tidak mudah mengaku kalah kepada cabaran yang dihadapi. 

Segala cabaran dan kegagalan yang dihadapi dijadikan azimat untuk terus berusaha dengan lebih gigih. 

Allah swt berjaji kepada mereka yang bersifat sabar, sesungguhnya setiap usaha ada kejayaan dan setiap masalah ada penyelesaian. semua ini bergantung kepada sejauh mana kesabaran dan usaha yang dilakukan. 

Sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersia-siakan hambanya yang bersabar jika apa yang diharapkan di dunia tidak tercapai, pasti kebaikan di akhirat tetap akan dinikmati. 

Sabar sebagai bukti takwa

Sikap sabar dalam menghadapi apa jua keadaan, sebenarnya menzahirkan ketakwaan dalam diri. 

Semua yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah swt. Hamba yang bertaqwa sentiasa melakukan perkar yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. 

Allah swt akan mengurniakan kepada mereka yang bersabda dan bertaqwa dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka. 

Sesuatu keburukan yang mungkin berlaku akan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan atas sifat rahmatnya. 

Setiap muslim perlu mengamalkan sikap sabar dan taqwa sepanjang masa. Contohnya, sikap sabar ketika memandu. Elakkan daripada memandu terlalu laju dan berbahaya kerana sikap tidak sabar akan memberikan kesan yang buruk. Sebaliknya patuhilah undang-undang dan peraturan semasa di jalan raya. 

Jika terjadi sesuatu perkara yang tidak menyenagkan seperti kesesakan lalu lintas, hadapinya dengan sabar. Jangan melakukan perkara yang menyalahi moral orang islam. 

Sabar mengelakkan bencana

Kebanyakan kemalangan berpunca dari sikap tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kesabaran adalah jalan terbaik untuk mengelak daripada berlaku bencana yang tidak di ingini dan diketahui. 

Mungkin kesukaran adalah penyebab berlakunya perkara yang lebih buruk. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketetapan Allah swt. 

Hakikatnya, sesiapa yang sentiasa mengamalkan sikap sabar dan taqwa, nescaya Allah swt akan mendampingi dirinya sepanjang masa dan member petunjuk serta pertolongan yang tidak disangka-sangka. 

Kesabaran Nabi Dan Para Sahabat

Abu Nuaim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, pernah pada suatu hari aku melihat nabi saw bersembahyang sambil duduk. Maka aku bertanya kepada baginda, ”apa sebabnya tuan sembahyang sambil duduk ya rasulullah?”

Baginda menjawap, ”Aku tidak kuat bardiri kerana lapar. ”

Apabila mendengar jawapan nabi saw, Abu hurairah menangis dan nabi saw berkata, ”wahai Abu hurairah, janganlah kamu menangis, sesungguhnya perhitungan di hari kiamat tidak dapat dibandingkan dengan kesulitan lapar di dunia ini. ”

PAda suatu hari ketika nabi saw merasa lapar, maka baginda meletakkan batu pada perutnya sambil bersabda:

“Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunuia, kelak akan lapar dan telanjang di hari kiamat. ”

Saad bin Abi waqas berkata, ”ketika kami masih berada di mekah bersama nabi saw, kami telah biasa menghadapi kelaparan, kerana itu setiap kali mendapat ujian kami akan bersabar. ”

Dari Abu Hurairah menceritakan, ”pada suatu hari aku merasa sangat lapar sehingga terpaksa menyendal perutku dengan batu. Aku diajak oleh rasulullah saw masuk ke rumah baginda. Di rumah baginda terdapat segelas susu. Rasulullah saw bertanya kepada orang yang berada di rumah, ”dari manakah datangnya segelas susu ini?”kata mereka, ”susu ini adalah pemberian seseorang. ”

Kemudian rasulullah saw menyuruhku memangil ahli suffa yang tinggal di serambi masjid (mereka adalah tetamu islam yang tidak mempunyai harta dan keluarga). 

Jika Rasulullah mendapat hadiah daripada seseorang, maka baginda mengambil sebahagian dan sebahagian yang lain diberikan kepada mereka (ahli suffa). Jika terdapat sedekah, maka Rasulullah bsaw mamberi kesemuanya kepada ahli suffa kerana baginda tidak menerima sedekah. 

Dalam hatiku barkata, ”Jika aku memanggil mereka dan mereka meminum bersama, pasti aku tidak berpeluang minum susu tersebut, tetapi jika aku tidak memanggil mereka aku tidak taat kepada perintah rasulullah, padahal taat kepada Allah dan rasul adalah wajib. Tetap aku ingin minum susu itu semua agar badanku menjadi kuat. ”

Apabila mereka dating, Nabi saw menyuruhku memberikan segelas susu ini kapada mereka terlebih dahulu secara bergilir-gilir dan mereka semu minum susu tersebut sehiangga puas. 

Apabila selesai semuanya, barulah gelas itu diberikan kepada rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw melihat wajahku sambil berkata, ”wahai Abu hurairah, sekarang tinggal untukku dan kamu sahaja. ”

Jawabku, ”Benar ya Rasulullah. ”Baginda menyuruhku duduk dan minium dari lebihan susu itu sehingga aku merasa kenyang lalu aku berikan kepada rasulullah saw, tetapi Baginda tetap menyuruhku minum sehingga aku sendiri tidak mahu, selepas itu barulah Rasulullah saw minum susu yang masih ada. 

SABAR MENAHAN NAFSU

Sabar sebagai perisai
MAKSUD ‘sabar’ dalam konteks amalan hati ialah menahan nafsu dari dipengaruhi oleh gelora, gempar hati, perasaan, rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, gelisah, sungul, kecewa atau putus asa akibat kesusahan, ketudakselesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. 

Kesabaran harus meliputi empat tindakan iaitu:
1. Tabah dan tekun melakukan ketaatan. 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran. 
3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan. 
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cubaan musibah. 

Matlamat Dan Tujuan Sabar
Sabar adalah tuntutan agama dan perisai menahan diri daripada fitnah nafsu yang bergelora. Orang yang tidak sabar akan gagal di dalam hidup dan rugi di dunia dan akhirat
Antara ujuan sabar ialah:
• Beribadah dengan tenang
• Berfikir secara Rasional
• Melahirkan sifat takwa
• Melahirkan kekusyukan
• Mendapat kemanisan iman

Panduan Melatih Kesabaran
Langkah-langkah untuk memperolehi sabar bagi seseorang adalah:
• Ilmu islam yang sempurna dan tepat, agar segala tindakan dapat diselaraskan dengan syariat dan kehendak Allah swt melalui hokum yang telah ditetapkan. 
• Yakin. Keyakinan sangat penting. Oleh itu, kita wajib belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan. Jangan biarkan keyakinan dicelahi oleh keraguan. keraguan mesti dilawan dengan ilmu pengetahuan bukan dengan akal semata-mata. 
• Beramal dengan ilmu yang telah difahami dan diyakini. 
• Istiqamah dalam beramal. Iaitu melakukan amalan ketaatan dan ibadah serta menjauhi kemungkaran secara berterusan. 
• Sentiasa berdoa kepada Allah swt. Jika hanya dengan usaha zahir sahaja tanpa mengharapkan bantuan daripada Allah, maka mustahil bagi kita untuk membuang nafsu yang jahat yang ada di dalam diri kita. 
• Bermujahadah. Iaitu melawan nafsu yang mendorong kea rah kejahatan dan menghalang diri dari melakukan maksiat zahir dan batin. 

PENUTUP
Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana sudi member tunjuk ajar kepada saya kerana tanpa tunjuk ajar daripada ustaz mustahil saya dapat menyiapkan ulasan buku ini dengan sempurna dan jayannya. 

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam proses mencari bahan rujukan bagi menyiapkan buku ini dan yang telah banyak memperbetulkan kesalahan yang telah saya lakukan bagi menyiapkan kerja yang telah ditanggugjawapkan oleh ustaz kepada saya. 

Akhir kata daripada saya, setiap manusia hidup di dunia akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Berjaya atau gagal bukan menjadi ukuran kerana semuanya telah ditentukan. 

Ganjaran dibalas atas usaha dan kesabaran yang disulami doa serta tunduk menyerah pada kuasa ilahi. Berkat kesabaran, Rasulullah saw Berjaya mengubah dunia walaupun pada mulanya dihina dan dicerca oleh kaum yang tidak dapat melihat kebenaran. 

Semoga kita sama-sama dapat menikmati pesona kesabaran dan mengamalkan sepanjang nyawa dikandung badan, insyaAllah…sekian.. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com