Kenikmatan Syurga -

Oleh: Mohd Faizal Bin Mat Zain

Segala puji bagi allah, kita memujinya memohon pertolongan dan ampun kepadanya dan kita memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan-kejahatan nafsu dan keburukan-keburukan amal kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan olehnya, maka tak ada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Saya bersaksi bahawa sesunguhnya tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya. Dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya muhammad saw hamba dan utusannya. Sesunggunya sebaik-baik perkataan adalah kitab allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad saw, dan seburuk-buruk urusan ialah yang diada-adakan, tidak sesuai dengan aslinya. Setiap yang diadakan adalah bid”ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka. Islam datang kepada kita untuk memperlihat dan mempertunjukkan kepada kita mengenai akidah, keyakinan yang ghaib dan hakikat kebenaran dari allah, lalu meyuruh kita mempercayainya mengerjakannya secara tekun semua ajaran islamyang berbentuk undang-undang dan akhlak yang mulia. Dasar akidah tersebut ialah megenai hakikat allah s. wt dan mengetahui hakikat hidup di akhirat dan segala sesuatu yang telah disediaka oleh aalh disana berupa yang baik (syurga) atau pun yang buruk (neraka). untuk menanam kan dan meneguhkan hakikat yang pertma (hakikat allah swt) dihati umat manusia, al quran tekah menerangkan sifat-sifat kesempurnaanya takut pada siksanya, lalu mereka tidak berani menderhakainya. 

KEJADIAN SYURGA DAN NERAKA

Ketahuilah, sesungguhnya allah telah menciptatakan syurga dan neraka. Kedua-duanya adalah makhluk allah yang diciptakan olehnya. ini merupakan soal iman yang wajib diyakini dipercayai setiap muslim, kerana ketetapannya dari allah dan Rasulnya. Allah telah memagari dan menutpi syurga dengan hal-hal yang tidak disenangi oleh nafsu dan memagari neraka dengan syahwat (hal-hal yang disenangi dengan nafsu) sebagai cobaan bagi hamba-hambanya. Maka barangsiaaapa yang sabar dan tahan uji meninggaalkan larangan-larangannya berbahgia dengan surge. Dan barangsiapa yang melepaskan kendali dirinyanya demi hawa nafsunya ia akan hina, terjerumus kedalam nereaka jahanam. Semoga allah menjauhkan kita dari neraka. 

PINTU-PINTU SYURGA DAN JUMLAHNYA

Syurga mempunyai lapan pintu. setiap pintu dikhususkan untuk golongan orang mukmin yang dipanggil masuk dari pintu masing-masing pintu. orang-orang yang biasa mengerjakan solat, dipanggil dari pintu solat. Orang-orang yang biasa bejihad dijalan allah dipanggil dari pintu jihad. Dan barangsiapa ahli puasa (shaun) dipanggil dari pintu ar-rayan (pintu kesegaran). 

KEABADIAN NIKMAT SYURGA

Tiadalah sempurna kenikmatan itupun walaupppun megah dan agung kecuali dijamin kelangsungaan dan terus menerus dapat dinikmati. Oleh kerana kenikmatan dunia ini idak sempurna sebab, kenikmatan dunia tidak kekal danaka musnah, untuk menikmatinya terbatas pada orang yang kesihatanya serta kesegarannya. kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang abadi, kekal selama-lamanya. Orang-orang yang mendapatkannya tidak akan sakit, tidak akan merasa bosan dan tidak akan kekuranggan. 

KENIKMATAN SYURGA MELEBIHI DARI APA KITA BAYANGKAN

Ketahuilah sesungguhnynya Allah SWT menyediakan untuk hamba-hambanya yang soleh kenikmatan yang kekal, melibihi dari apa yang kita gambarkan dan apa yang kita fikirkan serta melebihi dari apa yang kita bayangkan, dan melebihi dari keberhasilan yang kita capai. Didalam syurga terdapat apa saja yang kita inginkan dan menyedapkan pandangan mata. Didalamnya terdapat temapat berteduh yang memanjang, air yang mengalir, sungai-sungai yang berair susu, madu bersih dan sungai yang berair tuak yang lazat. Semua itu sebagai penghormatan, anugerah, rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya yang bertakwa. 

TINGKATAN SYURGA

Ketahuilah, bahawasanya manusia di syurga itu berkelas-kelas bertingkat, tidak sama, seperti di dunia, bahkan lebih besar perbezaan tingkatanya daripada di dunia. Syurga tidak hanya satu, tetapi ada beberapa syurga yang berbeza-beza tingkatan baiknya, indahnya, dan kenyamananya. Orang yang disyurga ditempatkan pada tingkatan yang sesuai dengan imanya, kejujuranya, amalanya perjuanganya, keraktifan, kesungguhanya dalam mengajak ke jalan allah untuk menjungjung tunggi kalimah LAILLAHAILLAH serta menjauhkan diri mengerjakan maksiat dan larangan allah swt. 

Surah AL –ISRA:AYAT 21
Ertinya: Perhatikanlah bagaimana kami melebihkan sebahagian daripada mereka atas bahagian yang 3ain dan pasti kehidupan akhirat lebih tiggi tinggkatanya dan lebih besar keutamaanya. 

SIFAT-SIFAT PENGHUNI SYURGA

Penghuni syurga akan bersenang-senang menikmati kebagusan dan kenikmatan yang banyak lag5 besar yang telah disediakan oleh allah. mereka merasa lega dasn puas akan imbalan amalan yang diberikan oleh allah swt dengan dimasukanya ke dalam syurga. diantara kenikmatan yang sempurna para penhunu syurga tidak akan mendengar hal-hal yang merisaukan, perkataan yang tidak berguna atau dosa. penhuni syurga tak mengenal susah atau takut selama-lamanya, bahkan mereka selalu dalam kebahagia dan ketenangan yang tidak putus dan berubah

Ertinya: Sesungguhnya orang –orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman –taman) dan di dekat mata air mata air yang mengalir dikat kan kepada mereka:masuklah kedalamyan dengan sejahtera lagi aman, dakami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasaa bersaudara duduk berhadapan diatas katil_katil, mereka tida merasa lelah didalamnya dan mereka sekali kali tidak akan dikeluarkan daripadanya, (AL –HIJR AYAT 45-48) 

PENGHUNI SYURGA YANG PALING RENDAH KEDUDUKANYA

Kita melihat orang-orang fakir dan miskin di dunia, dan kita mengetahui betapa lama kefakikiran dan kesengsaraan mereka. Badan mereka kurus kerana kelaparan dan penyakit menular biasa berjangkit dan menyerang kehidupan mereka sebab kotor jalan-jalan dan sempitnya tempat tinggal mereka sedikitnya perhatian mereka terhadap kesihatan. Mereka hanya berpenghasilan rendah seolah-olah tidak dapat berbuat sesuatu kecuali mengerjakan pekerjaan itu-itu saja secara rutin. sepanjang waktu. Sekuat tenaga mereka bekerja, tetapi tidak memperoleh (mendapatkan) imbalan yang memadai, sangat menyedihhkan membuat gemuk badanya dan tidak dapat menghilangkan rasa laparnya

SIFAT-SIFAT BIDADARI SYURGA

Kekahuilah Allah SWT telah menjanjikan kepada hamba-hambanya yang beriman bahawa mereka di syurga mendapatkan isteri-isteri yang cantik jelita. ”AL-Mar`ah AL-Haura”ialah wanita yang putih bersih kulitnya, ”AL-A`yun AL-Huur”iaitu biji mata yang amat bersih ;yang amat putih dan yang hitam sangat. ”AL-Lu`lu AL-Makmnuun”ialah mutiara yang tersimpan dalam suatu tempat yang belum pernah tersentuh oleh tangan dan belum kena debu sama sekali. Ia tampak lebih bersih dan lebih cemerlang. Allah membersihkan mereka dari haidth dan penyakit serta sangat menyintai suami-suaminya dan mereka sebaya usianya serta sama baik budi pekertinya. 

WAJAH-WAJAH PENGHUNI SYURGA

Wajah- wajah manusia selagi didunia ada yang berseri-seri dan menawan di waktu muda. Tapi semua itu akan hilang kalau datang penderitaan, atau layu dimakan usia tua dan lanjut. Sedang di syurga mereka tetap kelihatan muda dan tiada yang tua. Sihat sentiasa, berseri, menawan, tidak ada penyakit dan tidak akan hilang. Selain itu mereka juga akan mendapat kekayaan yang melimpah dan kesenangan yang tak terbatas. Dada mereka menjadi lapang kerana rasa puas, kebahgian penuh dengan kenikmatan. 

KESIBUKAN PENGHUNI SYURGA

Sesungguhnya penghuni syurga sama sibuk dalam kenikmatan dan kesenangan bersama pasangan-pasangan. orang-orang salaf berkata;”penghuni-penghununi syurga tidak akan mendengar khabar penghuni-penghuni neraka. Agar hal itu tidak mengganggu kegembiraan merekadan mengurangi kenikmatan mereka. 

BUAHAN-BUAHAN DAN DAGING DI SYURGA

Buah-buahan di syurga banyak, tidak pernah berhenti dan tidak dilarang mengambilnya. Buahan-buahan itu tidak pernah terputus baik di musim hujan atau di musim kemarau. Bahkan setiap buah yang dipetik akan diganti buah yang sepadan dan di tempat semula. Buah-buahan itu boleh dipetik oleh penghuni syurga dan tidak ada yang melarang. Daun-daunnya melengkung sendiri, sehingga buahnya dapat dipetik sambil duduk atau sambil tidur. Daging di syurga tidak rosak dan busuk, mudah didapati setiap saat. Kalau salah seorang diantara mereka melihat seekor burung di udara dan mengiginkannya, maka burung itu akan jatuh sendiri dalam keadaan sudah masak dan baunya menyelarakan. 

ALAT PERKAKAS, PAKAIAN DAN PERHIASAN DI SYURGA

Permaidaniya sangat empuk kerana diperbuat dari sutera. Allah mengharamkan emas, mutiara, dan sutera bagi kaum lelaki didunia agar perhiasan-perhiasan itu disimpan dan dipakai disyurga nanti. Para penghuni syurga mengenakan pakaian-pakaian yang nipis dan halus tapi jahitannya kuat dan di bahagian luarnya mereka memakai mantel sutera. 

PENUTUP

Syurga dan neraka adalah tempat tinggal terakhir yang kekal dan abadi. Hidup kekal buat selama-lamanya. Bagi penduduk syurga memperoleh kenikmatan hidup dan kegembiraan yang belum pernah dan tidak mampu panca indera khayalkan. sedangkan penduduk neraka merintih dan mengeluh, dan ribuan siksa ditimpakan keatasnya. Hakikat syurga keadaanya, bentuk dan sifatnya, bahan bangunan dan tingkatnya, pelayan-pelayan dan hiasannya, makanan dan minuman ;tentu semua orang ingin mengenalnya berdasarkan dalil-dalil yang pasti dan benar. Adapun syurga merupakan impian setiap mukmin, namun bagi mendapatkannya bukanlah semudah yang digambarkan di dalam fikiran manusia. Justeru itu manusia haruslah mengorbankan keseronakkan nikmat-nikmat dunia yang hanya sementara ini, sebaliknya mentaati segala perintah dan larangan Allah SWT serta memohon kepadanya agar digolongkan dalam ahli-ahli syurga. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com