Isu Murtad Di Malaysia -

Oleh: Mohd Faizal Bin Mat Zain

Allah menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri. 

Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah (murtad) berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar) penguatkuasaan undang-undang yang terlalu lemah mengakibatkan gejala murtad menjadi buruk tanpa dapat dibendung. 

Al-Ismaili mengeluarkan hadith dari riwayat Al-Au’zaie daripada Umair Ibn Hani daripada Ali ra bahawa beliau mendengar nabi salallahualaihiwasalam bersabda :

“ Akan berlaku selepas peninggalanku kemunculan banyak fitnah apabila orang yang beriman tidak mampu lagi mengubah kejahatan dengan tangan dan lisannya” lalu aku bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah bagaimana keadaan tersebut berlaku ? lalu dijawab ; “ Mereka menentang dengan hatinya

DEFINISI RIDDAH
Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam. 
Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu. 
Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan. 
Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu. 
Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam. 

SEBAB BERLAKU RIDDAH DI KALANGAN UMAT ISLAM
Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antaranya ialah Mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani. Disamping itu juga kerana mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih. Antaranya juga ialah Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah. Malahan itu juga Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya dan Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat juga adalah sebab berlaku riddah, Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh dan Orang yang meninggalkan solat kerana berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya. Antara sebab berlaku riddah paling ketara ialah mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi muhammad SAW, Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya, Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya, Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan, Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainyadanTidak mengamalkan hukum-hukum Islam juga selain itu juga bernmahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad. Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad, seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat. 

SYARAT SAH SESEORANG ITU BOLEH JADI MURTAD

–SYARAT PRRTAMA BERAKAL:
hadith ini juga memiliki riwayat yang lain daripada Ibn Mas’ud). 
Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad. 
Para ulama menetapkan bahawa hukum murtad pada seseorang itu berlaku apabila dia terbukti memenuhi syarat-syaratnya iaitu yang pertama ialah hendaklah seseorang itu telah pun baligh dan berakal ini berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwasallam yang baginda bersabda. 

Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan –
Berlaku murtad itu dalam keadaan tidak dipaksa sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri adapun sekiranya seseorang itu dipaksa untuk murtad maka tidaklah jatuh murtad ini berdasarkan firman Allah swt : “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah beriman kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya tetap beriman tetapi barangsiapa yang terang dadanya (hatinya) kepada kekufuran maka bagi mereka kemurkaan Allah dan disediakan kepada mereka azab yang besar” (Surah An-Nahl ayat : 106). 

Maksud ayat مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا ialah mempunyai kehendak untuk murtad dari Islam dalam erti kata lain ialah mempunyai niat yang terang dan jelas kepada kekufuran dan melakukannya dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan atau gangguan akal atau kegilaan sebaliknya dengan penuh kesedaran dan keterangan. 

Akhirnya hendaklah seseorang itu mengetahui hal dan hukum murtad serta perkara yang membuatkan dirinya menjadi murtad sehingga apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa telah pun menjadi murtad dari Islam. 

AKIBAT BURUK APABILA MURTAD

Peristiwa murtad seorang gadis melayu pada tahun 1950 yang bernama Natrah akibat kelemahan undang-undang Islam kepada undang-undang sivil ciptaan manusia seterusnya berlanjutan di Negara kita sehinggalah pelbagai kes murtad berlaku selepas itu seperti kes murtad Hartina Jamaluddin pada tahun 1988, peristiwa murtad Aisyah Bukhari pada tahun 1997 dan seterusnya pelbagai lagi sehinggalah kepada isu yang hangat baru-baru ini dengan kemunculan kes Azlina Jelani yang telah murtad dan mahu menukarkan nama dan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kepada nama dan agama Kristian. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu terputus hubungan sebagai suami isteri. Hal ini disebabkan perbezaan agama antara suami dan isteri. Selain itu, seseorang itu juga diharam menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam. Ini kerana harta pusaka daripada pewaris hanya berhak dibahagikan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Orang yang murtad juga akan diharamkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Dan mereka akan menjadi penghuni neraka buat selamanya. 
Permasalahan murtad ini sebenarnya telah lama berlaku di dalam sejarah Islam dan ianya bermula sejak di zaman rasulullah lagi apabila wujud umat Islam yang munafiq dan beriman kepada baginda disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk kepentingan dunia seterusnya kufur dan lari daripada Islam apabila mereka merasakan wujud peluang untuk berbuat demikian seperti Abdullah ibn Jahsy dan Abdullah ibn Khathai juga seperti kisah yang terdapat di dalam hadith Muadz Ibn Jabal ra yang mengarahkan dibunuh yahudi yang murtad setelah memeluk Islam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. 

PERANAN IBUBAPA DALAM MENANGANI ISU MURTAD
Perintah untuk mendidik anak telah disyaratkan kepada para bapa dan bagi ibunya pula diminta bertindak memberi pertolongan dan dorongan kepada pemimpin keluarga di dalam hal-hal yang berkaitan dalam cara didikan anak mengikut lunas Islam. Di dalam ayat Al-Quran jelas dinyatakan bahwa bapa dipertanggungjawabkan mengambil peranan sebagai pemimpin dan penentu dalam mendidik anak, sedangkan ibu berperanan dalam mendidik anak mengikut jalur-jalur kebijaksanaan yang telah ditetapkan berlandaskan ajaran Islam. 
Terdapat 2 objektif yang perlu dititik-beratkan oleh ibu-bapa dalam mendidik anak-anaknya. 
• Pertama, jangan membangkitkan perasaan marah di dalam hati anak-anak. 
• Kedua, harus mendidik secara berfikiran positif dan terbuka kepada mereka agar sesuai dengan ajaran, keperluan berhadapan dunia luar dari kelompok keluarga dan nasihat dalam Islam. 
Pada umumnya, anak-anak mudah menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka, khususnya terhadap bapanya. Ini terjadi apabila bapa lebih menerapkan sifat kepemimpinan bersifat Ortodoksi pada masa anak-anak itu masih kecil dan menerap sifat kepemimpinan Partisipatori ketika anak-anak meningkat remaja. Akibat kekurangan iman, seorang bapa tidak menerapkan sifat kepemimpinan Ortodoksi hinggalah anak-anaknya telah meningkat remaja atau dewasa. Tindakan seperti ini akhirnya menimbulkan kemarahan pada anak-anak apabila cara tersebut diperbetulkan supaya berubah mengikut aliran yang benar. 
Selanjutnya, kemarahan akan timbul pada diri anak-anak, apabila seorang bapa tidak menunjuk teladan yang baik kepada anaknya. Bapa yang tegas dan suka mengarahkan anaknya agar rajin belajar, berdoa dan membaca Al-Quran, padahal ia tidak pernah menjadi teladan atau menyelam perasaan tekanan dan hati si anak dalam bidang-bidang ini, sangat menimbulkan kekecewaan dan kemarahan pada si-anak. Bapa yang bertindak tegas dalam mengajar anak-anak pada peringkat awal akan menyebabkan anak-anak tersebut apabila dewasa bertindak di luar batasan. Seseorang bapa adalah mendidik keluhuran pada Islam, Al-Quran dan Allah kepada anak-anaknya. Sesungguhnya, anak-anak adalah kurniaan Allah kepada kedua ibu-bapanya. 

MENANAM RASA SIFAT CINTA KEPADA ALLAH SWT

Setiap keluarga muslim haruslah berusaha menerapkan rasa cinta anak-anak mereka kepada Allah swt dan kepada rasulullah dan bukannya mengajarkan anak-anak mereka merasa takut kepada Allah swt dengan mengugut mereka dengan kemurkaan Allah swt sehingga terhasil satu persepsi negatif terhadap rahmat tuhan dan Islam ini menjadi agama yang mengazab manusia dan bukannya pemberi rahmat dan juga bukan melatih mereka menjadi benci kepada sunnah rasulullah.. 

" Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih "

Para ibubapa hendaklah mengalakkan anak-anak mencintai Allah swt dengan mengajarkan anak-anak akan sikap penyayang dan pengasih Allah swt, mengisahkan kepada mereka perkara-perkara yang memberi harapan dan kebaikan serta disamping menjelaskan kepada mereka larangan dan kemurkaan Allah yang mengandungi matlamat untuk kebaikan dan mencapai kebahagiaan. Jangan memberitahu anak-anak bahawa hendaklah bersolat dengan segera sekiranya kamu tidak mahu masuk ke neraka sebaliknya beritahulah anak-anak bahawa hendaklah segera bersolat untuk mendapat rahmat dan pahala kebaikan yang banyak. 

Biasakan anak-anak dengan ganjaran kebaikan dan rasa tenteram dengan agama sewaktu kecil sehinggalah mereka boleh berfikir sendiri dan pujuklah mereka dalam melakukan amalan kebaikan bukan dengan mengugut mereka sehingga akan nantinya dijadikan modal oleh sdengan mengambarkan kasih srasululah kepada umat sehingga lahir perasaan syukur dan sayang. 

Hiburkan anak-anak dengan kisah-kisah rasulullah dmenjadikan kisah-kisah rasul sebagai idola dan sebagai sumber motivasi dalam kehidupan dan memandu mereka dalam membuat keputusan. 

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah) ” (Surah An-Nisa : 27). 

Latihlah mereka dengan sunnah rasulullah yang mudah dan menjadi perkara yang diperlukan oleh mereka dan bukannya dengan sunnah yang susah dan tidak diperlukan oleh mereka sebaliknya akan menjadi satu kesusahan kepada mereka. 

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan”. (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim). 
Latihlah mereka dengan bersiwak dengan mengunakan berus gigi dengan mengatakan sunnah ialah menjaga kebersihan mulut dan gigi disebalik memberikannya kayu sugi yang akan menyusahkan anak-anak mengunakannya dan membuatkan mereka hilang perasaan ibadah apabila nantinya menggunakan berus gigi dan membuatkan perasaan menunaikan sunnah hilang dari mereka lantaran disempitkan pemikiran mereka sunnah hanya pada kayu sugi. 

RENUNGAN KELUARGA DALAM MEMBESARKAN ANAK

"Didiklah anak menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pula dia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu"
Al-Quran mengajar kita supaya mendidik anak- menurut ajaran Islam dan segala bentuk pendidikan yang dapat menerapkan pendidikan dan pengalaman Islam yang patut baginya. Seorang anak yang dididik dengan benar dan berfikiran positif dan terbuka dalam segala bentuk pendidikan mengikut lunas-lunas Islam, akan kekal menjadi umat Islam hinggalah keakhir hayatnya. Anak ini tidak akan menyimpang, ia tidak akan murtad, ia tidak akan meninggalkan agamanya dan ia akan setia dalam agamanya hinggalah keakhirnya. Betapa indah janji Allah ini bahawa akhirnya sudah pasti anak-anaknya tidak akan menyimpang dari jalanNya. 
Tetapi sering kita lihat dari pengalaman dan bacaan, bagaimana seorang anak yang rajin pergi ke sekolah, penuh didikan mengikut acuan Islam, ketika kecil hingga menjadi remaja tiba-tiba bertukar perwatakan imannya dan akhirnya hilang Islamnya entah mengapa?, atau seorang anak yang alim pada masa mudanya tetapi selepas dewasa berubah pegangan agamanya, hilang tanpa tujuan, misi dan visi yang terus kabur. Mengapa demikian ? Al-Quran menjelaskan penyebabnya, Ini terjadi kerana dididikan agama yang diberikan padanya tidak mencukupi serta iman dalam dada masih lagi bergoncang tanpa pendirian dan ketetapan yang luhur menurut ajaran Islam. 
Ajaran Islam dan pedoman yang diterapkan dalam keluarga masih tidak mencukup kerana adakalanya sebagai ibu bapa kita merasakan bahawa sebarang tindakan dan pengajaran yang diterapkan dalam diri anak-anak ini telah mencukupi, tetapi sebaliknya kita sering alpa bahawa anak-anak ini jika tidak diberikan pendidikan secara fikiran terbuka dan positif gBagiditerimanya dari keluarganya sendiri kerana ibu-bamenghadapi dunia luar yang penuh mencabar. 

PERANAN AHLI AGAMA DALAM MENANGANI ISU MURTAD DIKLANGAN UMMAT ISLAM KINI

Ahli agama yang wujud sejak dahulu di tanahair kita seringkali mengajarkan aqidah agama Islam ini dalam kaedah yang salah ataupun lebih buruk mereka mengajarkan perkara yang salah sebagai aqidah Islam sehingga menyukarkan proses pemahaman akidah yang sahih oleh masyarakat melayu. 
“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116). 

Manusia mempunyai fitrah yang sangat jelas dalam masalah tuhan iaitu mahukan perlindungan daripada tuhan-Nya dan mempunyai keinginan dan perasaan untuk mengenal tuhannya. Masalah ini jika melibatkan agama lain seperti Kristian, Budha dan Hindu akan mendapat jawapan yang mudah sehingga menyenangkan pengikutnya tetapi apabila menemui umat Islam melayu maka akan menjadi sukar diselesaikan. 

Bagi Hindu misalnya, apabila ditanya di manakah tuhannya maka mereka akan menjawab bahawa patung-patung dan simbol itu ialah tuhan mereka sehingga keyakinan mereka pada sesuatu benda itu menghidupkan semangat diri mereka. Juga ditanya bagaimanakah mereka akan mendapat perlindungan dari tuhan ? Maka dijawab ialah dengan menyembah para dewa dan tuhan patung mereka itu tanpa berbelah bagi. 

"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy". (Al-A'raf :54). 

PERANAN ILMU IMAN DALAM MEMBENDUNG GEJALA MURTAD YANG BERLAKU DEWASA KINI

Gejala murtad berlaku disebabkan kejahilan merupakan satu hujah yang benar dan kenyataan yang perlu diterima sekalipun di dalam kes Aisyah Bukhari dikatakan gadis ini merupakan pelajar lulusan sijil tinggi agama namun hendaklah difahami sejauh manakah kebenarannya kaedah mengukur ilmu seseorang itu ialah dengan sijil dan peperiksaan yang diambilnya ?

"Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama” (Surah Al-Fathir : 28). 

Kejahilan yang berlaku kepada umat Islam ialah kejahilan terhadap ajaran Islam yang sahih serta mereka dijahilkan daripada mengetahui cara pengamalan Islam yang sebenar sehingga mereka tidak mengetahui keberkesanan agam Islam sebagai panduan hidup yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. 

“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmat-Ku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu. " (Surah Al-Mai'dah : 3). 

Ilmu iman ialah pengetahuan yang menambahkan keimanan dan mengkaji serta meneliti perkara yang menguatkan keimanan manusia terhadap agama Islam melalui hujah naqli iaitu berdasarkan kitab dan sunnah serta hujah aqli iaitu berdasarkan akal dan kajian manusia melalui kebijaksanaan mereka dalam mencungkil kebenaran agama Islam sehingga dapat membuktikan kebenaran Islam dan menyingkap kebathilan dan kesalahan agama-agama lain yang menyalahi Islam. 

PANDANGAN ISLAM TERHADAP GOLONGAN MURTAD

"Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". 
Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie. 
Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh. 
Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad. 

Sedangkan maksud 'tidak ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka. 
Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin. " (Riwayat Bukhari & Muslim) 

PENYELESAIAN GEJALA RIDDAH MENURUT KACA MATA ISLAM

Antara sebab-sebab percubaan murtad ialah kelemahan iman, tidak ada suasana yang boleh membentuk kekuatan iman dan tidak ada orang yang membimbing. Selain itu juga ada komplot tertentu bagi memecahbelahkan umat Islam melalui ajaran Kristian dan Hindu dengan meminum air holywater dan sebagainya. 

Cara-cara untuk mengatasinya:
Antaracara mengatasinya ialah dengan berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan ajaran agama yang sesat yang menyeleweng daripada akidah Ahli sunnah Waljamaahdan kesedaran melalui usaha-usaha dakwah. Selain itu juga menguatkuasakan Akta Pencegahan murtad dan Akta Pemulihan di Pusat-Pusat Pemulihan Akidah di negeri-negeri yang akan digazet dan dilaksanakan secepat mungkindan mengenalpasti kumpulan/gerakan yang cuba memurtadkan individu/umat Islam dan membuat aduan segera ke Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan. Bagi untuk menguatkan iman, disarankan umat Islam kembali menghayati cara kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan kepada kita melalui Al-Quran dan sunnahnya. 
Gejala riddah di Malaysia semakin serius berlaku. Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. 

PERSATUAN IFC DI MALAYSIA

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh. Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. 
Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
Antara tuntutanya ialah seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam dan Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Selain itu sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil serta tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam dan Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak dan Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 

GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia. Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2). 

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’, iaitu ”riwayat hidup Isa” (a. s. ) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh ‘Kairos Research Centre’. 

Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab sepeti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3). Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42. 
Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51. 

5 : Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya. 
Kita sebagai seorang Mulim Gambar sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia. 

KESIMPULAN
Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah. 
Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ” (Surah Muhammad:7) 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com