Dosa –Dosa Wanita -

Oleh: Maszafirah Binti Ishak

ABSTRAK

Wanita merupakan seorang insan yang lemah. Oleh itu, wanita sentiasa memerlukan dorongan dan tunjuk ajar agar dapat menjadi wanita yang solehah. Perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil merupakan masalah tersendiri dan menjadi topic perbahasan yang panjang dalam kalangan ahli-ahli fikah. Wanita muslimah harus tahu bahawa dosa kecil itu boleh diibaratkan satu titik hitam yang kecil di dalam hati. Tetapi lama-kelamaan semua hati boleh menjadi hitam sehingga dosa kecil itu berubah menjadi dosa besar. 

Penghalang utama menghindari dosa adalah taat kepada Allah, takut terhadap seksa dan kemarahan-Nya. Antara dosa –dosa yang selalu wanita melakukukannya ialah masalah bejana, mencabut bulu kening, solat tanpa tudung kepala, wanita menyerupai lelaki, lesbian, tidak taat pada suami. membelanjakan harta suami tanpa pengetahuannya, tidak keluarkan zakat barang perhiasan, dan banyak lagi. 

Diharap selepah ini. agar akan muncul gadis-gadis mukminah, isteri-isteri yang solehah atau ibu mithali yang dapat mendidik anak-anak supaya bertakwa kepada Allah.. 

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah, syukur pada allah. Kaum wanita sentiasa memerlukan pelbagai rujukan dan pendedahan bagi menjelaskan kewajipan amalan –amalan mereka, hal-hal yang disunnahkan dan dimakhruhkan kepada mereka, agar muncul gadis-gadis yang mukminah serta solehah dan bertakwa kepada Allah. 

Oleh itu, saya menyediakan topik mengenai dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil, serta kesalahan-kesalahan wanita. Di sini terdapat himpunan dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil khusus kepada wanita. 

BAB 1
MASALAH –MASALAH IBADAH

Ibadah merupakan kewajipan yng di syariatkan oleh Allah SWT. agar dikerjakan setiap umatnya yang beragama islam. Namun di antara ibadah-ibadah ini ada yang sunat untuk dikerjakan yang berfungsi untuk menambahkan kekuatan TAQARUB dan merupakan jalan yang di tempuh untuk sampai ke tingkat dan kedudukan yang lebih tinggi. 

TAHARAH
Taharah dari pengertian etimologi ialah kebersihan dan menjauhkan dari hal-hal kotor. Manakala dari sudut terminology ialah sifat hukum yang seperti menetapkan pembolehan solat, berkenaan dengan apa-apa yang disifatkannya dan diikuti dengan masalah-masalah lain. Antaranya:

1. Masalah Bejana
2. Menyetubuhi wanita haid
3. Wanita solat ketika haid
4. Mencabut bulu kening
5. Membuat tatu
6. Mengikir gigi

SOLAT
Solat maksudnya secara meluas ialah doa. Ini daripada pendapat jumhur ahli bahasa dan fikah serta lain-lainnya. Wanita harus menutup aurat serta suci dari hadas besar apabila ingin mengerjakan solat. wanita perlu dalam keadaan baik ketika menghadap Allah serta melaksanakan salah satu rukun agama, dia lebih baik mengenakan dan muncul dalam keadaan yang paling baik. 

KEIMANAN WANITA
Wanita sebenarnya boleh menjadi imam bagi wanita lain. Tetapi merka tidak boleh menjadi imam bagi lelaki. Menurut pandangan Al-hasan Al-bashry dan Mazhab maliki, wanita tidak boleh menjadi imam bagi wanita lain baik dalam solat fardu mahupun solat nafilah. Tetapi tidak ada dalil yang menyokong pendapat ini. Menurut pendapat-pendapat yang lain, wanita boleh menjadi imam bagi wanita lain dan tidak makhruh. 

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi imam bagi wanita lain dalam solat fardhu mahupun nafilah. Tetapi jikalau terjadi wanita mengimamkan orang lelaki secara sengaja, maka telah mlakukan dosa besar. 

KELUAR SENDIRIAN
Pendapat daripada Abu Sa’id Al-Khudry berpendapat wanita tidak dibenarkan keluar dengan perjalanan selama 3 hari kecuali bersama keluarganya serta muhrimnya. Manakala daripada Abu Hurairah pula berpendapat wanita tidak boleh keluar dengan jarak perjalanan sehari semalam kecuali bersama muhrimnya. Hal ini sudah dijelaskan kerana selalunya wanita yang berpergian sendirian akan meninggalkan perbuatan cabul dan keji yang lama kelamaan menjurus kepada perbuatan zina. Pengharaman wanita keluar tidak hanya terbatas dengan apa yang disebutkan di sini, iaitu keluar sendirian. Tetapi pengharaman juga berlaku jika wanita bersama lelaki selain muhrimnya walaupun jaraknya tidak jauh meskipun untuk melakukan amal ketaatan seperti mengerjakan haji atau umrah. 

WANITA MENYERUPAI LELAKI
Rasulullah SAW melaknat orang –orang banci (tidak lelaki dan tidak perempuan) dari kalangan lelaki dan di antara wanita yang bersikap seperti lelaki. 

Dari hadis-hadis dan laknat yang disebut di dalamnya dapat disimpulkan bahawa penyerupaan ini termasuk dosa besar. Terdapat 2 pendapat yang menonjolkan mengenai hukum penyerupaan ini di kalangan ulama. 
Penyerupaan itu haram
Penyerupaan itu makruh

PAKAIAN UNTUK TABARUJ
Pakaian wanita yang dimaksudkan untuk tabaruj dan menonjolkan kecantikan dirinya termasuk dosa besar, hal ini kerana ia disertai ancaman yang keras. Tabaruj ialah wanita yang menyelempangkan tudung di kepalanya tetapi tidak menutupinya sehingga rantai, anting-anting, lehernya masih nampak. hal ini kerana itu dimaksudkan berhias dan tabaruj. Antara wanita yang dilaknat ialah wanita yang menampakkan hiasan dan kecantikannya. Pelakunya mendapat kemarahan Allah di dunia dan di akhirat. 

MEMBELANJAKAN HARTA SUAMI TANPA PENGETAHUANNYA
Jika wanita menggunakan harta suaminya tanpa pengetahuannya dia akan berdosa. Jika mendapat izin suaminya dia boleh membelanjakannya. Jika isteri diizinkan untuk menafkahkannya maka pahala bagi keduanya. Jika isteri menafkahkan tanpa izin suami maka pahala bagi suami dan dosa bagi isterinya. Jadi, tidak dapat diragukan, bahawa jika isteri mengeluarkan sedekah dari harta suami tanpa izinnya, maka dia mendapat dosa. 

TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT PERHIASAN
Pada awal permulaan islam, perhiasan dari emas dan perak diharamkan bagi para wanita. Maka dari itu harus dikeluarkan zakat. Namun kemudianperhiasan emas dan perak diperbolehkan. Untuk itu zakat harus dikeuarkan terhadap perhiasan yang berlebihan dan yang disimpan. Oleh itu, wanita yang tidak engeluarkan zakat perhiasannya akan mendapat dosa. Maka wanita muslimah harus memerhatikan zakat perhiasannya. Hal ini baik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai jalan menuju ketaqwaan dan maghrifah. 

SIFAT KEDEKUT ISTERI TERHADAP SUAMI DAN AHLI KELUARGA
Kadang-kadang isteri memiliki harta yang melimpah, sedangkan suaminya tidak memiliki apa-apa. Demi untuk memantapkan sendi-sendi rumah tangga, maka isteri diseur agar tidak kedekut memberikan hartanya kepada suami. Wanita yang kedekut terhadap suaminya adalah wanita yang berdosa, kerana dia menderhakai hisap terhadap dirinya dihadapan Allah. 

BERSETUBUH PADA BULAN RAMADHAN
Orang yang melakukan persetubuhan pada bulan ramadhan harus mengelurakan kafarat. Ia bermaksud jika dia tidak membayar kafarat maka dia mendapat dosa besar. begitu juga isteri yang mengajak suami dan reda melakukan persetubuhan pada bulan ramadhan. Seharusnya dia mengingatkan dan menolaknya dengan cara yang halus. jika dia memaksa, maka hukumannya adalah hokum bagi orang yang mendapat paksaan. 

PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMI
Wanita tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya. Ini kerana puaanya akan menghalangi pemenuhan haknya. Ketetapan syariat ini dimaksudkan untuk memantapkan rasa cinta dan keselarasan dalam rumah tangga Muslim, dan menyingkirkan hal-hal yang boleh mengeruhkan suasana. Oleh itu, jika isteri puasa sunat tanpa izin suaminya, maka dia berdosa. 

MEMAKAN ATAU MEMASAK MAKANAN YANG HARAMKAN ALLAH
Manusia sudah biasa memberi tugas kepada para wanita agar memasak dan menyiapkan makanan. Hal ini kerana orang yang membantu melaksanakan sesuatu yang diharamkan sama dengan orang yang melakukannya, maka seorang tukang masak makanan yang haram sama dengan orang yang mengusahakan makanan tersebut atau yang memakannya kecuali jika dipaksa. Makanan –makanan yang haramantaranya ialah:
Bangkai
Darah
Daging khinzir
Haiwan yang disembelih atas nama selain Allah
Haiwan tercekik
Haiwan dipukul, di tanduk
Disembelih untuk sembah berhala

WANGIAN WANITA
Wanita hanya boleh memakai wangian ketika bersama suaminya sahaja. Akibatnya jika mengenakan wangian agar baunya boleh dicium lelaki bukan muhrimnya sama dengan menampakkan dirinya di hadapan mereka dan membangkitkan berahi mereka. Maka tidak hairan jika wanita seperti ini disebut sebagai wanita penzina. 

BAB 2
MASALAH MUAMALAH
Pada dasarnya muamalah wanita adalah pergaulan bersama keluarga, sanak saudara, dan suami. Oleh itu, terdapat beberapa masalah yang harus diketahui oleh wanita dalam kaitannya dengan muamalah ini seperti masalah perkahwinanan penceraian. Selain itu, terdapat situasi-situasi yang memaksa wanita untuk bermuamalah dalam pelbagai sector kehidupan. Oleh itu, setiap wanita harus berusaha untuk mengutarakan beberapa perkara yang perlu diwaspadai oleh wanita dalam muamalah. 

PERNIKAHAN
Nikah dari sudut bahasa adalah menyatu dan berpadu. dari sudut syariat nikah ialah akad nikah. Iaitu akad yang mengandungi pembolehan persetubuhan dengan lafaz yang bersifat menikahkan atau yang serupa. Namun, ada sesetengah wanita yang memencilkan diri dan tidak mahu menikah kerana denagn mengatakan masalah peribadi atau pandangan yang terpesong, kerana suka mentafsirkan pelbagai peristiwa membeza-bezakan kegagalan orang lain atau yang pernah dialaminya sendiri. Hal ini tidak boleh terjadi samaada kaum lelaki ataupun wanita. 

MEMPERKECIL-KECILKAN SUAMI
Perbuatan ini dianggap berdosa besar. Hal ini kerana akan menjayuhkan maruah keluarga. Selalunya perkara seperti ini lebih sering dilakukan oleh kelompok wanita. Mereka sangat berbual kosong sehingga melebihi had dengan orang lain, sehingga akhirnya memperkecil-kecilkan suami sendiri. 

KETAATAN WANITA YANG DITALAK TIGA UNTUK MELAKUKAN TAHLIL
Tahlil ialah perkahwinan seorang wanita yang ditalak tiga dengan lelaki lain, agar suaminya yang pertama dan talah menjatuhkan talak tiga kepadanya dapat dinikahinya semula setelah dia diceraikan oleh suami keduanya. 

Oleh kerana didorong oleh cinta yang buta, adakalanya sesetengah wanita yang sudah ditalak tiga mahu kahwindengan seorang lelaki yang diniati untuk bercerai agar dia boleh kahwin semula dengan bekas suaminya yang telah menceraikannya dengan talak tiga. Orang yang melakukan tahlil dan yang ditahlil sama-sama mendapat dosa. 

BERSETUBUH DI HADAPAN ORANG LAIN
Persetubuhan yang dilakukan oleh suami isteri di hadapan orang lain ini termasuk dalam dosa besar. Perbuatan ini menunjukkan ceteknya pengetahuan agama mereka yang melakukannya. Perbuatan ini telah jelas merosakkan fikiran dan mental orang lain yang melihatnya. Malah kesan yang akan timbul boleh menjadi besar dari apa yang difikrkan. Selain itu, kedua-duanya boleh diibaratkan syaitan, yang suka bersetubuh agar boleh dilihat oleh orang lain. 

PERNIKAHAN WANITA TANPA WALI
Tidak dapat digusarkan perikahan wanita tanpa redha walinya merupakan dosa kecuali jika penolakannya dengan alas an yang tidak logic. Jika hal ini terjadi maka dia boleh mengadukan masalahnya ke pejabat Negara. 

ISTERI MENOLAK AJAKAN SUAMI
Kita dapat mengetahui dengan jelas bahawa isteri harus mencari keredaan suami dan seboleh-bolehnya jangan membuatkan kemarahannya naik. Dengan ini suami boleh memperoleh kenikmatan yang mudah dari isteri. Tetapi tidak boleh melakukan semasa isteri haid atau nifas kecualisetelah dia sudah mandi dan darahnya sudah berhenti. Isteri harus menempatkan dirinya seperti layaknya budak yang dimiliki oleh suaminya. Isteri harus mendahulukan hak-hak suami daripada hak kerabatnya sendiri, malah adakalanya dia harus mendahulukan hak suami daripada haknya sendiri. Isteri tidak boleh angkuh kerana kecantikannya dan tidak boleh mencela keburukan diri suaminya. Kesimpulannya, isteri tidak boleh menolak permintaan suami kerana jika isteri menolak permintaan suami ia tergolong dalam orang yang melakukan dosa besar. 

ISTERI MEMINTA CERAI TANPA ADA SEBAB KEKERASAN
Di dunia ini jelas menunjukkan bahawa ia penuh dengan cubaan yang keras sehigga kadang-kadang hal ini memaksa wanita terasa tertekan hatinya. Dia hanya mahu jalan penyelesaian yang termudah dan terbaik lalu meminta cerai daripada suaminya. Oleh itu, dia harus menyedari akibatnya meminta cerai daripada suami dan harus sedari kesan perbuatan serta harus tahu bahawa hal ini tergolong dalam melakukan dosa besar. 

TIDAK BERKABUNG ATAS KEMATIAN SUAMI
AL-Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa seorang wanita yang ditinggal oleh sebab kematian suaminya harus tetap berada di dalam rumahnya. Hal ini merupakan ketetapan baginya sehingga tamat tempoh waktu iddahnya. Selepas tamat tempoh dia boleh menikah lagi. Jika dia tidak melakukannya ini beerti dia menyalahi syariat Allah dan jalanNya dan ini beerti dia berdosa. 

MENDATANGI PERAMAL DAN DUKUN
Dukun ialah seorang yang mengkhabarkan hal-hal yang terselindung. Sesetengah yang dinyatakan oleh dukun kadangkala benar tetapi kebanyakannya diantaranya adalah salah. Peramal juga seperti dukun. Menurut para ulama, menggunakan khidmat dukun atau peramal adalah dosa besar. Ramai wanita yang suka menggunakan khidmat dukun dan peramal. 

BERLAGAK SEBAGAI WANITA SOLEHAH
Kini di Negara kita ramai wanita yang bersikap seperti wanita-wanita solehah dan mengenakan pakaian seperti wanita solehah. Padahal mereka adalah orang-orang yang paling jauh dari agama Allah dan melakukan kewajipanNya. Mereka juga adalah orang-orang paling keras dalam melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah. Walaubagaimanapun kita tidak boleh menyuruh mereka menanggalkan pakaian mereka kerana mereka tetap sebagai muslimah. Hanya kita perlu mengingatkan kepada mereka mengenai kemurkaan Allah. 


LESBIAN
As-sihaq atau lesbian adalah hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan. Tidak dapat di ragukan perbuatan ini termasuk dalam dosa besar. Hal ini beerti dosa lesbian lebih besar dari dosa besar. Maksudnya dosa lesbian lebih besar daripada zina sendiri yang diqiyaskan kepada homoseksual. 

MENYAKITI TETANGGA
Wanita sering dikatakan menykiti wanita lain dalam kehidupan berjiran, apabila hidup di dalam satu kelompok yang ramai seperti perkampungan. Hal ini berlaku kerana mereka sering bertemu, berpeleseran ke sana ke mari bersama, dan berbual kosong. Ini seterusnya akan menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan. Tidak dapat di nafikan, akhirnya perbuatan ini akan tercenderung kepada untuk saling menyakiti. 

PENUTUP

“tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”, ”Pemudi tiang Negara”. Ini adalah diantara perumpamaan-perumpamaan yang di tujukan kepada wanita. Kini, wanita ingin bersaing dengan kaun lelaki. Bagaimanapun wanita wajib dibimbing, sehigga mengetahui semua perkara agar segala perbuatan mereka tidak melanggar landasan agama islam. Wanita harus mengetahui segala bentuk dosa kecil dan dosa besar yang kebiasaannya meliputi pelbagai masalah seperti ibadah, muamalah dan banyak lagi. Oleh itu, tajuk dosa-dosa wanita ini dituju untuk wanita supaya menjadi panduan agar muncul gadis-gadis mukminah, isteri solehah, atau ibu mithali yang dapat mendidik anak-anak supaya bertaqwa kepada Allah. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com