Ibadat Puasa -

Oleh: Wan Sharu Adam Bin Wan Ismail

Abstrak

Ringkasan buku yang bertajuk ‘Ibadah Puasa’ ini menceritakan tentang tanggungjawab dan tugas serta kewajipan kita tentang ibadah puasa. Huraian dari buku ini di buat oleh para ilmuan dan para doktor yang bertungkus lumus mengungkap kebenaran dan mencapai hasil yang memuaskan. 

Dalam ringkasan yang telah saya siapkan ini adalah mengenai tentang pemilihan makanan untuk bersahur dan juga untuk berbuka puasa. Dalam huraian tersebut di jelaskan dengan lebih mendalam tentang perkara tersebut. Selain itu, ia juga merangkumi tentang rukhsah puasa. Terdapat pelbagai kenyataan tentang yang boleh di rukhsah kan puasa. Ringkasan ini juga menerangkan tentang hari-hari yang di sunat kan atau makhruh atau haram untuk berpuasa. Malah, syarat-syarat wajib puasa dan perkara yang membatalkan puasa juga di nyatakan dalam ringkasan ini. 

Sebagai kesimpulan nya, sama-sama lah kita mengerjakan rukun Islam yang ke-3 ini dengan sempurna. Semoga Allah SWT merahmati segala perbuatan dan amalan-amalan kita di muka bumi ini. 

Mukaddimah

Melalui buku ini saya ingin menjelaskan hubungan antara puasa dengan aspek-aspek kehidupan manusia. Huraian ini di buat berdasarkan penelitian –penelitian yang di lakukan oleh sekelompok ilmuwan dan para doktor yag berusaha mengungkap kebenaran sesuai dengan ilmu moden agar mencapai hasil yang memuaskan. 

Inilah segi pengetahuan yang baru dicapai oleh para ilmuwan sampai saat ini. Namum begitu, pintu masih terbuka lebar untuk kita membuat kajian lebih lanjut agar terungkap segala hikmah yang bersumber dari keagungan ilahi dari semasa ke semasa. 

Semuanya adalah segi lain selain dari ibadah yang merupakan dasar bagi di wajibkan berpuasa. Ibadat puasa memang merupakan tugas dan kewajipan kita, sama ada kita mengetahui atau tidak hikmah berpuasa tersebut. 

Mudah- mudahan dengan membaca lembaran yang sedikit ini akan membuat kita merasakan nikmat berpuasa pada hari-hari selain bulan Ramadan, agar di sebalik itu kita dapat memetik manfaat yang banyak di dunia, di samping pahala yang besar di akhirat kelak. semoga allah menunjuki kita jalan yang lurus dan benar. 

Sejarah Ringkas puasa

Puasa bukan bermaksud untuk penyeksaan, tetapi untuk kesihatan, pendidikan, ketaatan dan latihan berdisiplin. disiplin adalah pangkal kemajuan. 

Sejarah, ilmu dan agama mengakui bahawa berpuasa itu adalah sebahagian keperluan hidup, mengingat banyak faedahnya bagi jiwa, raga dan kehidupan bermasyarakat. 

Puasa adalah suatu kebenaran yang di tetapkan oleh al-quran yang tidak mungkin diingkari lagi. apabila kita membaca sejarah, akan kta dapati orang-orang mesir kuno, khususnya dukun-dukun dan pembesar agama, yang melaksanakan puasa. waktunya dari seminggu sampai enam minggu. 

Orang-orang cina dan yunani kuno juga melaksanakan puasa meniru kebiasaan orang mesir kuno. lain halnya dengan orang rumawi, mereka berpuasa untuk memohon bantuan melawan musuh. begitu juga kaum yahudi, mereka sangat memperhatikan puasa, terutama ketika di ancam oleh sesuatu bahaya atau bencana besar. kaum nasrani juga berpuasa sesuai dengan cara mereka. 

Islam juga menganjurkan kaum muslimin supaya berpuasa pada hari-hari selain dari bulan Ramadan. rasullullah SAW. kadang –kadang berpuasa pada kesempatan tertentu. orang yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian di ikuti enam hari pada bulan syawal, sama dengan berpuasa selama setahun. selain itu ada puasa wukuf pada hari arafah, puasa sunat hari khamis dan isnin, puasa kaffarah dan lain-lain. 

Memilih Makanan untuk Berbuka dan Bersahur

Berbuka

Makanlah sejumlah tamar yang manis sebagaimana yang dianjurkan oleh rasullullah SAW. kerana gula yang terdapat dalam tamar itu cepat meresap ke dalam darah. dengan demikian akan hilanglah rasa lapar dan badan anda segar semula. Selain itu kita juga tidak di galakkan untuk terus makan, sebaliknya anda tunaikan solat maghrib terlebih dahulu. 

Selesai solat bolehlah anda makan hidangan ringan seperti bubur sebagai permulaan perut bekerja. Kerana perit kita tidak boleh menerima makanan yang terlalu berat sebagai permulaan. Hindari makanan berempah kerana ia merangsang selaput lendir pada perut yang boleh menyebabkan radang

Hindari makanan berlemak kerana ia akan memberatkan perut. Ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih lama. 

Bersahur

Makanan untuk bersahur seharusnya yang agak ringan seperti mentega, keju, sup daging, buah-buahan. Makanan seperti ini dapat member kan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja di siang hari. Jangan terus tidur selepas bersahur kerana alat percernaan lambat bekerja semasa kita tidur. Oleh itu kite perlu memberi kesempatan kepadanya untuk bekerja sebelum kita tidur. 

Makanan yang dibakar jauh lebih baik daripada makanan yang di goreng kerana makanan yang di goreng banyak mengandungi lemak. lemak yang terkandung dalam makanan tidak sesuai untuk tubuh badan kita tambahan di bulan puasa. Zat makanan yang sempurna adalah yang terdiri daripada protein, lemak, zat kanji, mineral, vitamin. Oleh itu usahakanlah agar makanan untuk bersahur mengandungi unsur-unsur tersebut. 

Jika anda perlu makan ubat dan sangup berpuasa, maka jangan sampai terlupa makan ubat. Sekiranya penyakit itu mengganggu kesihatan maka anda di galakkan untuk tidak berpuasa. Ubat mesti di teruskan walaupun pada bulan puasa. 

Rukhsah Puasa


Pesakit cirit-birit kerana pesakit ini memerlukan cairan dan garam sebagai pengganti yang hilang. kalau tidak, dapat membahayakan ginjal dan peredaran darah. Selain dari itu ialh mengidap deman panas, di mana suhu badabnye memuncak tinggi dan menambah pembakar di dalam badan. dalam keadaan ini pesakit memerlukan ubat-ubatan dan makanan yang sesuai. 

Pesakit gastrik kerana penyakit ini memerlukan pengidap makan jika perut kosong akan menyebabkan sakit bertambah teruk. Pesakit gastric di haruskan untuk rukhsah puasa kerana ianya boleh membahayakan kesihatan. Pengidap anemia iaitu kekurangan darah. penyakit ini banyak penyebabnya. pesakit perlu makan ubat secukupnya. 

Pengidap lemah jantung atau yang berkaitan dengan jantung. Pesakit ini tidak mampu untuk berpasa, maka di haruskan untuk tidak berpuasa. Pesakit ini juga perlu makan ubat pada waktu yang telah di tetapkan. Malah sekiranya pesakit ini berpuasa ianya boleh memudaratkan kesihatan. Pengidap kencing manis yang teruk. Biasa nya pesakit kencing manis memerlukan ubat yang perpanjangan serta mengikut waktu yang di tetapkan oleh doktor. 

Nasihat untuk Orang Yang Berpuasa

Orang yang bekerja di ruangan berhawa dingin seperti pejabat, rumah, kilang, dan lain-lain jelas dapat berpuasa. Ini kerana mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak. malah mereka juga tidak merasa penat jika nak di bandingkan denagn ornag yang bekerja di tengah panas. Manakala orang yang terpaksa bekerja di luar ruangan berhawa dingin bolehlah melakukan pekerjaan mereka pada malam hari atau pagi hari agar terhindar daripada sengatan matahari secara langsung. 

Perlu kita perhatikan tambahan garam pada makanan semasa berbuka dan makan sahur, untuk mengimbangi tenaga yang akan di keluarkan pada siang hari di samping itu juga kita harus banyak minum. Orang yang merasakan suhu badannya tidak normal sebaiknya berbuka puasa kalu tidak akan menyebabkan pengsan. Ini kerana di khuatiri akan memudaratkan kesihatan. 

Kita perlu menutup kepala, memakai pakaian yang berwarna putih dan longgar pada siang hari untuk membantu udara keluar masuk dan agar peluh mudah mengewap. Ianya dapat mengurangkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan rasa kepenatan. 

Panduan Tentang Makanan Yang Baik

Di sini juga di nyata kan panduan tentang cara pemakanan yang baik yang boleh kita ikuti sepanjang bulan ramadhan ataupun pada hari-hari puasa sunat. Antaranya ialah kadar makanan yang kita ambil atau makan perlulah mencukupi. 

Makanan harus sempurna iaitu mengandungi zat makanan yang penting. Makanan yang sempurna ini dapat membantu kita memberikan tenaga yang mencukupi untuk badan kita sepanjang hari berpuasa. Panduan yang seterunya ialah makanan yang kita ambil itu seharusnya indah di pandang, enak rasa dan baunya. 

Makanan harus babas daripada bahan-bahan beracun atau berbahaya dan dapat menimbulkan penyakit. Ini kerana makanan ini tidak mendatangkan kebaikan untuk diri kita sendiri. Kurangkan makanan seperti kuih bawang, manisan dan makanan-makanan yang di perbuat daripada tepung gandung dan gula. 

Hindari rokok, minuman keras, cuka makan, lada, cili dan makanan yang pedas. makanan seperti ini sememang nya tidak bagus untuk kesihatan. Tambahan pada hari puasa, kita memerlukan makanan yang berkhasiat untuk tubuh. Utamakan memakan daging dan ikan bakar daripada yang di goreng. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang segar kerena ia kaya dengan unsur-unsur zat makanan yang sangat manfaat kepada tubuh. 

Hari-Hari Yang Sunat Atau Makhruh Atau Haram Berpuasa

Sunat

Hari isnin dan khamis. Hari isnin merupakan hari lahir rasullullah SAW. Seterunya hari pertama dari bulan-bulan yang haram, seperti muharram, rejab, zulkaedah, zulhijjah. Hari-hari yang dinyatakan ini sememangnya di sunatkan untuk berpuasa. Malah pahala yang di terima amat besar ganjaran nya. 

Selain daripada itu kita juga di galakkan untuk sunat berpuasa pada hari-hari putih selama 3 hari pada setiap bulan dan menentukannya dengan tanggal 13, 14, 15. 

Puasa pada hari arafah atau pada tanggal 9 zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji. Hari tersebut merupakan hari yang baik untuk kita berpuasa. Kita juga di sunatkan untuk berpuasa pada hari asyura. Seterunya ialah puasa pada bulan Syaban. Puasa 6 hari dari bulan syawal sesudah hari raya aidilfitri. 

Makhruh

Hari jumaat secara menyendiri dengan kata lain tidak puasa sesudah dan sebelumnya. Kita perlu berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada hari khamis atau hari selepasnya iaitu pada hari sabtu. Selain itu puasa juga akan jadi makhruk bila seseorang itu berpuasa sepanjang masa kecuali hari raya puasa dan korban. 

haram

Terdapat beberapa hari yang di haram kan oleh Allah untuk berpuasa iaitu yang pertama pada hari raya puasa dan hari raya korban. Allah telah memberikan kebebasan kepada kita semua pada hari tersebut untuk merayakan hari kebesaran umat Islam. Selain itu hari yang di haramkan untuk berpuasa ialah pada hari-hari tasriq iaitu 11, 12, 13 zulhijjah. 

Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin kuasa terletak di tangan suaminya. Oleh itu puasa sunat seorang wanita yang suaminya tidak mengizinkan di haramkan untuk berpuasa. Isteri atau wanita tersebut perlulah meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu untuk berpuasa sunat. 

Puasa pada hari arafah yang di ragukan permulaan zulhijjah kerana kemungkinan hari raya korban. Ini kerana pada hari raya korban seluruh umat meraikan hari kebesaran kita semua dan hari tersebut di haramkan untuk berpuasa. selain itu puasa pada hari yang diragukan apakah hari ke-30 syaban ataukah awal Ramadan. 

Puasa seorang wanita dalam keadaan nifas. Pengertian nifas ialah keadaan atau keluar darah bagi seorang wanita yang baru melahirkan zuriat. wanita seperti ini di haramkan untuk berpuasa. Seterunya ialah pada hari setengah bulan yang ke-2 dari bulan syaban. 

Syarat Wajib Puasa

Islam tidak memaksa semua umat nya untuk melakukan ibadah. Oleh sebab itu, terdapat rukhsah puasa untuk orang yang tidak mampu dari segi kesihatan untuk tidak berpuasa seperti yang telah di nyatakan di atas. Di sini terdapat beberapa syarat- syarat wajib puasa. Antara nya ialah penganut agama islam atau umat Islam di wajibkan untuk berpuasa. Rukhsah diberikan kepada yang tidak mampu. 

Selain itu, dewasa atau baligh. Kanak- kanak yang belum baligh atau yang kebanyakan nya di bawah umur 12tahun tidak di wajibkan untuk berpuasa. Syarat yang seterusnya ialah waras atau berakal. Bagi orang yang gila tidak di wajib kan untuk berpuasa. Ini kerana mereka tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak boleh membezakan yang mana baik dan buruk. 

Syarat yang ke empat ialah mampu untuk berpuasa. Maksud nya orang tersebut mampu dari segi kesihatan untuk berpuasa. Puasa yang boleh memudaratkan kesihatan tidak di wajibkan untuk berpuasa. Islam amat sempurna dalam atur kerja nya kerana orang seperti ini tidak di wajibkan untuk berpuasa. 

Yang Membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa. Antaranya ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Rongga yang di maksudkan tidak semestinya mulut sahaja bahkan kesemua yang terdapat pada anggota tubuh badan kita. Contoh nya hidung. Bagi orang lelaki pula puasa akan terbatal sekiranya mengeluarkan air mani secara sengaja. 

Seterunya ialah muntah dengan sengaja. Bagi mereka yang sengaja untuk muntah akan terbatal puasa nya. Lain hal dengan muntah secara tidak sengaja. Selain itu bagi pasangan suami atau isteri atau sesiapa sahaja yang bersetubuh di siang hari akan terbatak puasa nya. Malah Islam melarang sama sekali untuk bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan. 

Gila walaupun sekejap. Orang seperti ini juga akan terbatal puasa nya. Seterusnya ialah beralih agama atau murtad. Ornag yang beralih agama atau murtad akan terbatal puasa nya. Ini kerana beliau bukan lagi penganut agama Islam. 

Penutup

Jika kami telah mengajak para pembaca untuk menyingkap sebahagian dari rahsia-rahsia puasa, ini bukan bererti kami sudah mengungkapkan kesemuanya. tidak kerana ini hanya sebahagian dan merupakan batas daya pengetahuan kami dalam soal ini. Tetapi namum demikian, kami beranikan diri semoga apa yang kami persembahkan ini bermanfaat kiranya bagi mereka yang berminat dan suka membaca selanjutnya menjadi bahan pemikiran dari kita bersama dalam usaha mengamalkan dan menghayati ajaran islam yang suci. 

Pasti dan yakin, yang kami kemukakan ini masih banyak kekurangan dan tidak mustahil pula banyak kekeliruan, tetapi harapan kami sangat besar semoga kekurangannya di lengkapkan oleh para budiman dan cendekiawan. 

Sesudah itu semua, kepadanya jua kita tetap mempersembahkan segala bentuk karya dan amal, mudah-mudahan kiranya di terima degan kemurahan-nya sebagai satu ibadat yang mendekatkan diri kita kepadanya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com