Hutang Piutang -

Oleh: Mohd Erdi Fikri Bin Ismail

Hukum hutang piutang bersifat fleksibel tergantung situasi dan toleransi. Pada umumnya pinjam-meminjam hukumnya sunah / sunat bila dalam keadaan normal. Hukumnya haram jika meminjamkan wang untuk membeli narkoba, berbuat kejahatan, menyewa pelacur, dan lain sebagainya. Hukumnya wajib jika memberikan kepada orang yang sangat memerlukan seperti tetangga yang anaknya sedang sakit tenat dan memerlukan wang untuk membeli ubat. 
Dalam Hutang Piutang Harus Sesuai Rukun yang Ada :
- Ada yang berhutang / peminjam / piutang / debitor
- Ada yang memberi hutang / kreditor
- Ada ucapan kesepakatan atau ijab qabul / qobul
- Ada barang atau uang yang akan dihutangkan

Hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat / syafaat kepada kedua belah pihak. Hutang piutang merupakan perbuatan saling tolong menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah SWT selama tolong-menolong dalam kebajikan. Hutang piutang dapat mengurangi kesulitan orang lain yang sedang dirudung masalah serta dapat memperkuat tali persaudaraan kedua belah pihak. 

Hutang penghalang untuk masuk syurga

Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat. 

Islam amat mengambil berat tentang kesejahteraan penganut-penganutnya baik dari segi fizikal iaitu melalui penjagaan dan amalan hidup yang bersih dan sihat mengikut pandangan dan ajaran Islam, bahkan juga dari segi kesejahteraan mental dan jiwa seseorang itu pun diberi perhatian oleh ajaran Islam, supaya setiap orang Islam itu jangan sampai setiap masa dalam keadaan fikiran yang runsing, kusut dan resah-gelisah, sehingga mengganggu bukan sahaja ketenangan hidup bahkan ketenangan dan kekhusyukan beribadat khasnya dalam ibadat sembahyangnya. 

Mengikut ajaran Islam di antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit runsing atau tekanan jiwa (stress) ialah akibat dari menanggung beban hutang yang banyak. 

Apa yang diistilahkan banyak menanggung beban hutang itu ialah bilamana seseorang itu berhutang melebihi dari pendapatan dan kemampuan untuk membayar balik hutangnya itu. Keadaan yang demikian itulah yang dikatakan oleh syarak sebagai 'alhamm' iaitu keadaan runsing dan risau yang ada di dalam diri dan fikiran seseorang sehingga menyebabkan hidupnya tidak merasa tenteram dan tenang. 

hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman. ’’ Riwayat Al-Imam Al-Bukhari. 

Salah satu kesan yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan dan ahli-ahli waris tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. ’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi). 

Walaupun Islam tidak menghalang kita berhutang, tetapi adalah elok jika kita dapat mengelakkan diri dari berhutang, apatah lagi jika berhutang kepada pemberi hutang yang mengambil kesempatan. Perlu diingat, berhutang memanglah senang tetapi membayarnya sangatlah susah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengajarkan doa hutang yang dibaca pada waktu pagi dan waktu petang, doanya ialah memohon kepada Allah Subhanahu Wataala akan memberikan perlindungan daripada hutang, doa tersebut ialah yang bermaksud: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan dan aku berlindung dari lemah dan tidak berdaya dan rasa malas dan aku berlindung dari sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari tenggelam dalam hutang dan tekanan (kezaliman) orang. ’’

Sebenarnya Islam telah mengajar kita dalam soal berbelanja dan cara mengurus pendapatan ini. Andainya kita menghayati ajaran-ajaran Islam, sudah pasti kita tidak terjebak dalam timbunan hutang yang membelenggu kehidupan kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Furqan ayat 67 yang tafsirannya: “Dan juga mereka yang diredai Allah itu ialah yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara itu (boros dan bakhil). ’’

Oleh itu sebagai seorang Islam biarlah kita hidup dengan sifat kanaah iaitu sifat hidup berpada dan bersederhana dalam memenuhi keperluan hidup seharian. Ukurlah baju di badan sendiri, ingatlah kekayaan sebenar seseorang itu bukan terletak pada hartanya akan tetapi adalah di dalam hidup yang bersifat kanaah iaitu yang bersederhana dalam hidup. 
Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 26 - 27 yang tafsirannya: “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. ’’

Hukum Pertanggungan Hutang Dalam Islam (Dhaman) 
Dhaman berarti menganggung hutang orang yang berhutang. 
Hukum-hukumnya :
• Kerelaan dhamin (penanggung). 
• Hutang madhmun (tertanggung) tidak lunas kecuali dilunasi oleh dhaman. 
• Dhamin tidak harus mengenal madhmun, begitu juga sebaliknya. 
• Dhaman hanya pada hutang yang pasti. 
• Dhamin boleh lebih dari 1 orang, dan diperbolehkan dhamin ditanggung oleh orang lain. 

Bersegera membayar hutang puasa

Puasa Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang difardukan ke atas setiap muslim dan bulan yang penuh keberkatan dengan bermacam Rahmat Allah SWTKefarduan puasa Ramadan dan menggantikan puasa yang ditinggalkan ke atas setiap Muslim dijelaskan dalam firman Allah SWT. :

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya (orang yang sakit berat, yang tersangat tua, hamil atau menyusui), wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (memberi makan kepada lebih seorang dari orang miskin untuk satu hari), maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al-Baqarah: 183-184). 

Harus diingat hutang bukan sekadar wang ringgit dan harta benda tetapi juga terhadap amal ibadah rukun lain termasuk puasa Ramadan. 

Dalam Islam, setiap pemiutang wajib melunaskan hutang-hutang semasa hayatnya. Jika tidak ia akan dipusaka oleh ahli warisnya apabila ia mati. 

Setiap mukmin sepatutnya mesti takut dan menghindari dari kedua-dua bentuk hutang ini, lebih-lebih lagi dalam amal ibadah yang telah difardukan. 

Hutang juga bukan hanya setakat melibatkan hak sesama manusia malah lebih utama hak terhadap Allah SWT. Hutang sesama manusia mungkin boleh terlepas dan dilepaskan serta ditanggung oleh ahli waris secara jelas selepas hayatnya berakhir. 

Tetapi tidak dengan puasa dan amalan fardu lain kerana ia melibatkan terus akan hak Allah SWT dan hanya individu terlibat yang tahu jumlah hutangnya yang sebenar. Setiap puasa yang ditinggalkan wajib diqada mengikut apa yang ditetapkan al-Quran dan al-sunah. 

Setiap perkara yang wajib pula mestilah diutama atau didahulukan. Melunaskan hutang puasa jangan dilengah-lengahkan sehingga menjelang Ramadan akan datang, sebab ajal itu datangnya bila-bila masa tanpa boleh ditangguhkan walau sesaat sekalipun. 

Malah Rasulullah SAW. bersabda:

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa. (Riwayat jemaah ahli hadis kecuali Bukhari dan NasaĆ¢€™i). 

HARTA PUSAKA ISLAM
Perihal Hutang

Antara hal yang perlu diketahui oleh setiap Muslim ialah agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku sederhana dalam semua tindak - tanduk kehidupan seharian mereka. 

Dengan kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan apa yang ada. Suasana ini akan dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang. Rasulullah SAW tidak suka umatnya membiasakan berhutang. Dalam pandangan Islam hutang adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Justeru itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah SWT supaya terhindar dari berhutang. 

Agama Islam menitikberatkan masalah hutang dan nilai melunaskan pembayarannya. Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya, iaitu dalam masalah kebaikan. Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang - piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya. 

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”. 

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r. a, Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”. 

Rasulullah SAW ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”. 

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun, ayat 8 :-

Tafsirnya : “ Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikul dan janjinya”. 

Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan

Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :

a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita. 

b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya. 

c] Dan akhir sekali, membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah. Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”. 

Hutang kepada Allah SWT, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris. 

Pendapat Jumhur Ulama :

Hutang seperti ini wajib dibayar seperti hutang kepada sesama manusia. Membayarnya tidak memerlukan niat kerana bukan ibadat semata, tetapi hak-hak yang berkaitan dengan harta. Biaya untuk membayarnya diambil dari peninggalan si mati. 

Bahkan menurut mazhab Syafie didahulukan membayar hutang ini daripada hutang sesama manusia. Menurut mazhab Maliki didahulukan membayar hutang kepada manusia. 

Dalil mengenai hutang

Dalil al-Quran : Surah an-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud :“pembahagian-pembahagian tersebut sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”. “sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”. “sudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu”. “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). 

Dalil Hadis : Hadis Abu Hurairah r. a : “Sesungguhnya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah SAW, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menaklukkan negeri, baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin dari pada diri mereka sendiri. Oleh itu sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya”. 

Hadis Aisyah r. a isteri Nabi SAW :“Nabi SAW sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata :Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah Dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah SAW: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari”

Ali bin Abi Talib berkata : “Mungkin kamu memahami ayat itu dengan mendahulukan wasiat daripada hutang, tetapi Rasulullah mendahulukan hutang daripada wasiat”. 

Adapun hikmah mendahulukan sebutan wasiat dalam ayat, kerana hutang tetap menjadi hak orang yang berpiutang sebelum dan sesudah wafatnya orang yang berhutang. Apabila orang yang berhutang meninggal dunia, orang yang punya piutang mungkin menuntut kepada ahli warisnya. Maknanya hutang akan dibayar juga. 

Berlainan dengan wasiat si mati yang mungkin tidak ada pihak lain yang menuntut, maka didahulukan sebutannya dalam ayat supaya diingat dan menjadi perhatian. 

HARTA PUSAKA - CARA PEMBAHAGIAN DALAM ISLAM

Pengurusan pewarisan dalam Islam sangat penting. Di antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau sebagainya. 

Sehubungan ini Rasulullah SAW. bersabda : Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid, maka sesungguhnya ilmu faraid adalah suruhan daripada agama kamu, dan bahawa ilmu faraid adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut daripada umatku. (Riwayat Ahmad) 

Ilmu faraid

Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW : Allah SWT. tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya daripada manusia. Sebaliknya Allah SWT. mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang yang jahil menjadi pemimpin. Apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula (Muttafaq `alaih) 

Sesungguhnya pada masa ini tidak ramai di kalangan ulama kita yang mahir dalam ilmu faraid jika dibandingkan dengan ilmu fikah lain seperti solat, puasa dan lain-lain, sedangkan hadis yang pertama di atas menerangkan tentang betapa pentingnya ilmu faraid sehinggakan di anggap sebagai seperdua daripada ilmu. Dalam hadis yang lain, 

Rasulullah SAW. bersabda : Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia, maka sesungguhnya akulah orang yang di dalam genggaman Allah dan bahawa ilmu faraid itu kelak akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperoleh orang yang menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara kedua-duanya. (Ibnu Majah) 

Orientalis

Sebaliknya mereka yang memahaminya dengan jelas, memberikan komen yang baik, walaupun mereka terdiri daripada orientalis yang sentiasa mencari jalan memperlecehkan Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis, Rumsey menyatakan: “Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun. ”

Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan: “Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap, dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dengan ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan bagaimana sekalipun, boleh ditentukan. ”

Kepentingan ilmu faraid mendapat tempat di dalam al-Quran. Al-Quran sendiri menerangkan dengan panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka. Sedangkan ia bukan salah satu daripada rukun Islam yang lima. 

Berdasarkan kepada al-Quran, hadis serta pandangan dan pendapat sahabat, para ulama membuat beberapa rumusan bagi memudahkan orang awam seperti kita mengetahui tentang pembahagian harta pusaka menurut Islam. 

Mereka menyatakan, waris-waris yang layak menerima harta pusaka adalah seperti berikut :

Dari pihak lelaki : Anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, bapa, datuk sebelah bapa ke atas, saudara sekandung, saudara seayah, saudara seibu, anak lelaki daripada saudara sekandung, anak lelaki daripada saudra seayah, bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati, bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati, anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah), anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah), suami. 

Dosa tak diampun jika lengah bayar hutang

Konsep berhutang menurut perspektif Islam ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian bahawa orang yang diberi pinjam itu akan membayar dengan kadar sama. Amalan berhutang kini menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. 

Firman Allah SWT bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya" (Surah al-Baqarah ayat 282). 

Dalam ayat sama Allah melanjutkan FirmanNya bermaksud "Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. 


Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya"

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan. 

sebenarnya kesudian memberi pinjam kepada orang lain adalah digalakkan terutama kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah. FirmanNya yang bermaksud : "Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Surah al-Maidah ayat 2). 

Rasulullah juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas'ud: “Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali". 

Perkara zalim dalam urusan hutang piutang mesti dielakkan dan dijauhkan seperti mengenakan riba', faedah dan bunga yang tinggi kerana ia ternyata membebankan si penghutang. Lebih parah dengan kadar bunga yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku nilai bunga yang sepatutnya dibayar semula jauh lebih tinggi daripada kadar wang dipinjam. Ia ternyata penganiayaan kepada manusia lemah dan tidak berkemampuan. 

Adab Hutang - Piutang

Dalam ajaran Islam, hutang-piutang adalah muamalah yang dibolehkan, tapi diharuskan untuk ekstra hati-hati dalam menerapkannya. 

hadits Rasulullah saw: “Bahawasanya ada seseorang yang meninggal dunia lalu dia masuk syurga, dan ditanyakanlah kepadanya, ‘amal apakah yang dahulu kamu kerjakan?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya dahulu saya berjualan. Saya memberi tempoh (berutang) kepada orang yang dalam kesulitan, dan saya memaafkan terhadap mata wang. ” (HR. Muslim) 

fadhilah bagi pemberi utang:
• Siapa yang memberi pinjaman atas kesusahan orang lain, maka dia ditempatkan di bawah naungan singgahsana Allah pada hari kiamat. (HR. Thabrani, Ibnu Majah, Baihaqi) 
• Barangsiapa meminjamkan (harta) kepada orang lain, maka pahala shadaqah akan terus mengalir kepadanya setiap hari dengan jumlah sebanyak yang dipinjamkan, sampai pinjaman tersebut dikembalikan. (HR. Muslim, Ahmad, Ibnu Majah). 
Menghindari hutang. 

Sebaliknya, Islam menyuruh pembeli menghindari hutang semaksima mungkin jika ia mampu membeli dengan tunai. Kerana hutang, menurut Rasulullah SAW, penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Hutang juga dapat membahayakan akhlaq, kata Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang apabila berutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri. ” (HR. Bukhari). 

Rasulullah pernah menolak mensolatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya. ” (HR. Muslim). 

Bagaimana Islam mengatur berutang-piutang yang membawa pelakunya ke surga dan menghindarkan dari api neraka ? Perhatikanlah adab-adabnya di bawah ini:

Adab Umum

• Agama membolehkan adanya hutang-piutang, untuk tujuan kebaikan. Tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjaman untuk keperluan maksiat. (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Hakim) 

• Pembayaran tidak boleh melebihi jumlah pinjaman. Selisih pembayaran dan pinjaman dan pengembalian adalah riba

• Jangan ada syarat lain dalam hutang-piutang kecuali (waktu) pembayarannya. (HR. Ahmad, Nasa’i). 

Adab untuk pemberi hutang

• Sebaiknya memberi tempoh pembayaran kepada yang meminjam agar ada kemudahan untuk membayar. (HR. Muslim, Ahmad). 

• Jangan menagih sebelum waktu pembayaran yang sudah ditentukan. (HR. Ahmad) 

• Hendaknya menagih dengan sikap yang lembut penuh maaf. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi). 

• Boleh menyuruh orang lain untuk menagih hutang, tetapi terlebih dahulu diberi nasihat agar bersikap baik, lembut dan penuh pemaaf kepada orang yang akan ditagih. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Hakim). 



Adab bagi pengutang

• Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam membayar hutang (tidak menunda-nunda). (HR. Bukhari, Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi). 

• Yang berutang hendaknya berniat sungguh-sungguh untuk membayar. (HR. Bukhari, Muslim) 

• Menunda-nunda hutang padahal mampu adalah kezaliman. (HR. Thabrani, Abu Dawud). 

• Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari. (HR. Baihaqi). 

• Bagi yang memiliki hutang dan ia belum mampu membayarnya, dianjurkan banyak-banyak berdoa kepada Allah agar dibebaskan dari hutang, serta banyak-banyak membaca surat Ali Imran ayat 26. (HR. Baihaqi) 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com