Mencapai Husnul-Khatimah -

Oleh: Mohd Safwan Bin Muda

ABSTRAK

Seseorang itu tidak tahu apakah akhir hidupnya akan ke syurga atau ke neraka. Dia menyangka dengan amal yang dibuat sudah pasti tempatnya di syurga. 

Tetapi setelah dia kembali kepada Allah Azzwajalla, rupa-rupanya neraka tempat tinggalnya. Mengapa?sedangkan dia telah beramal sama ada yang fardu mahupun yang sunat. malahan perbuatan yang dilarang sungguh-sungguh dijauhinya. Akhirnya dia ke neraka juga. 

Lantaran itu timbul kemusykilan, apakah ini keadilan?kerana itu bukannya amalan seseorang itu menjadi sebab ia masuk ke syurga tetapi kerana…?

Sehubungan dengan itu buku yang telah saya ringkaskan ini menbincangkan segala persoalan mengenainya di samping member panduan agar kita berada di penghujung hayat di dalam mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 

Pengertian “Husnul –khaatimah”

Husnul-khaatimah bermaksud penyudah yang baik di mana seseoarang mati dalam keadaan beriman dan bertauhid pada Allah SWT. Iman dan tauhid ini dibuktikan dengan ucapan terakhir iaitu menyebut kalimah Allah (tiada tuhan melainkan Allah). 

Dengan kata-kata lain difahamkan bahawa perkara aqidah (kepercayaan) adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dan paling mustahak dalam kehidupan di dunia ini, di mana nilai hidup seseorang manusia adalah dinilai kepada keadaan dan keperihalan semasa dia hendak menghembuskan nafas terakhir sama ada dia beriman atau tidak, islam atau bukan islam. 

Nilai iman ini diperlukan, tidak lain disebabkan dia adalah merupakan anak kunci untuk memperoleh keridhaan Allah SWT dan memasuki syurga yang telah disediakan untuk para hambanya. 

Allah SWT sangat murka kepada orang yang syirik (menyekutukan Allah) kerana dia adalah lawan tauhid (mengesakan Allah). Oleh kerana itu Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang syirik, dan sesiapa mati dalam keadaan yang syirik, maka kematiannya adalah paling buruk dan sekali-kali dia tidak akan dapat masuk syurga dan dihumbang ke dalam neraka sampai bila-bila. 

Manakala kufur pula adalah sikap mengingkari Allah atau menentang kewujudan Allah serta agama dan peraturan (sistem) hidup keagamaan yang diciptakannya termasuk hukum-hukumnya (hudud) serta syariatnya. Hanya agama islam yang diterima Allah untuk menjadikan panduan hidup dimana setiap manusia mesti berfikir dan bertindak mengikut garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah (Al-Hadith). maembuang agama islam atau menghinanya adalah suatu kekufuran. 

Murtad pula adalah bermaksud kembali kepada agama asal atau lebih dikenali sebagai agama jahiliah termasuk kembali kepada agama yahudi atau nasaara yang telah dibatalkan berikutan kerasulan Nabi Muhammad SAW. 

Manakala nifaaq pula bererti tetap kufur Cuma dilahirkan dalam bentuk islam dengan berpura-pura islam atau berpura-pura beriman kepada Allah atau agama islam. 

Seterusnya adalah syak atau ragu-ragu terhadap Allah SWT dan para nabi atau rasulnya, ragu-ragu terhadap para malaikat, ragu-ragu terhadap kandugan kitab-kitab suci yang asal (murni) termasuk kandungan Al-Quran, syak terhaap Qadar dan Qadhaa (adakah benar-benar Allah menentukan nasib seseorang dan benar-benar Allah menggerak dan mendiamkan seseorang berdasarkan kehendaknya diman tiadalah sesuatu yang telah berlaku dan akan berlaku sama ada bergerak atau diam semuanya dengan kehendak Allah dan dalam pengetahuannya belaka sekalipun terhadap sekecil-kecil perkara atau urusan) juga syak atau ragu-ragu tentang kewujudan hari kiamat atau hari akhirat. semua ini adalah suatu perkara yang boleh merosakkan atau membatalkan iman seseorang. 

Syirik, kufur, murtad, nifaaq dan syak adalah merupakan penyakit jiwa manusia yang membawa nasib malang dalam kehidupan yang sementara ini dan bila terlibat dengan suasanaseseorang yang hendak mati atau menemui tuhan, maka dia merupakan Suu’Al-khaatimah (penyudah yang buruk) sebagai lawan Husnul-Khaatimah (penyudah yang baik). 

Peranan iblis dan syaitan adalah amat besar dan ketara untuk menjadikan seseorang insan yang lemah agar mati dalam Suu’ Al-Khaatimah supaya manusia akan bersama-sama syaitan dan iblis di dalam neraka pada hari kiamat nanti. 

Syaitan dan koncu-koncunya akan mengganggui seseorang yang beriman paling kurang dalam dua peristiwa penting:

Pertama: semasa seseorang mula masuk dalam sembahyang sehinggalah dia selesai melakukan ibadah ini. Sebab itulah kebanyakan orang bersembahyang secara tidak khusuk melainkan para hamba Allah yang dapat menghalaukan syaitan. 

Kedua: semasa seseorang hendak menghembuskan nafas terakhir, syaitan dikatakan selalu menyediakan air untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang sedang kehausan air sebelum pesakit itu meninggal dunia. Menerusi pemberian air inilah syaitan cuba membuat beberapa gambaran ajaib dan aneh yang datang dalam beberapa bentuk dalam kepala, pemikiran dan khayalan pesakit yang menyebabkan dia membuat persangkaan dan ketetapan yang bukan-bukan sehingga dia terjerumus ke dalam syirik, kufur dan murtad. 

Jadi, dapatlah difahamkan bahawa Husnul-Khaatimah itu ialah suatu kejayaan di mana seseorang dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah untuk menemui tuhannya di akhir hayatnya. 

Atau dengan kata-kata yang lain ialah suatu kemudahan yang berlaku di kala seseorang akan menghembuskan nafas di mana tubuhnya sihat (tiada ganguan kesihatan), hatinya tenang membening (tanpa bimbang dan ragu-ragu) dan dia mampu untuk mengucapkan kalimah tauhid tersebut. 

Keadaan ini berlaku disebabkan di seorang yang ikhlas, lurus lagi jujur dan berterusan mematuhi Allah dan rasulnya juga dia segera bertaubat sebelum lagi menjelang kematian, manakala kematian itu selalu dituggu-tunggukan dengan memohon rahmat dan meminta pada Allah agar dikurniakan kepadanya Husnul-khaatimah di akhir hidupnya. 

Orang yang begini, kita mendapatinya dia menghembuskan nafas dalam keadaan yang baik, seperti orang yang sedang tidur nyeyak menikmati mimpi yang mengembirakan. kita dapati wajah mukanya senyum manis lagi berseri-seri, tak puas-puas kita melihat dan merenungnya, dahinya berpeluh dan cahaya kulitnya tidak berubah kepada hitam atau gelap. 


Berita-berita Gembira menanda Husnul-Khaatimah

Nabi SAW telah mendedahkan beberapa berita gembira yang menandakan berlakunya kematian dalam Husnul-Khaatimah iaitu apabila seseorang hamba meninggal dunia dalam salah satu keadaan berikut antaranya:
1. Seseorang mengucap kalimah tauhid dikala hampir menigggal dunia. kalimah tauhid yang dimaksudkan ialah menyebut perkataan “La ilaahaillallaah”iaitu bermaksud tiada tuhan melainkan Allah. 
2. Seseorang terkorban syahid dengan niat meninggikan kalimah Allah yang maha tinggi, di mana Allah telah berfirman:

“Dan janganlah kamu sangka bahawa orang-orang yang terkorban di jalan Allah itu mati malah hidup mereka itu di sisi tuhan mareka dengan menikmati rezeki (pemberian nimat). 

Mereka berkeadaan gembira disebabkan kurniaan Allah kepada mereka, dan mereka merasa girang terhadap orang-orang yang masih tingggal di belakang yang belum menyusuli mereka bahawa tiadalah kebimbangan terhadap mereka dan tiada (pula) mereka bersedi. 

Mereka merasa girang dengan nikmat dan kurniaan yang besar daripada Allah, sedang sesunguhnya Allah tiadalah menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. ”

3. Orang yang mati bertempur di jalan Allah ataupun mati dalam masa ihram haji. Ini berdasarkan dua sabda nabi SAW. yang berbunyi:

“sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia terkorban syahid dan sesiapa mati dijalan (encari kerehdaan) Allah maka dia juga mati syahid. ”

“hendaklah kamu memandikannya dengan air biasa dan (dicampur) bidara dan kapanilah dia dalam dua helai kain tetapi janganlah menutupkan kepalanya kerana sesungguhnya dia akan dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan bertalbiya (beriham haji). ”

4. Seseorang yang akhir amalanya dalam mentaati Allah seperti sabda nabi SAW bersabda sesiapa mengucapkan kalimah tauhid kerana mengharapkan wajah (keridhaan) Allah (ikhlas) di mana dia mengakhiri hayatnya dengannya, akan dapat masuklah syurga. 

Sesiapa berpuasa pada suatu hari kerana mengharapkan wajah Allah (ikhlas) di mana dia mengakhiri hidupnya dengannya, maka akan dapat masuklah dia ke syurga. 

Dan sesiapa yang bersedekah (berzakat) dengan satu sedekah (zakat) kerana mengharapkan wajah Allah di mana dia mengakhiri hayatnya denganya jiga akan dapat masuk syurga. 

5. Seseorang mati kerana mempertahankan lima perkara yang perlu dipertahankan di mana semuanya disuruh pelihara oleh syariat islam iaitu agama, jiwa, hartabenda, kehormatan dan akal. sabda nabi ada mengatakan bahawa sesiapa yang mati karana mampertahankan harta bendanya yang halal maka matinya adalah mati syahid, sesiapa yang mati kerana mempertahankan anak isterinya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa mati kerana mempertahankan agama dan darahnya adalah mati syahid. 

6. Orang yang mati dalam keadaan bersabar lagi mengira-ngira pahalanya dengan sebab salah satu penyakit yang berupa waba’ Antaranya:

 (a) Penyakit ta’un
 (b) Mati lemas
 (c) Penyakit rusuk
 (d) Sakit perut
 (e) Mati terbakar
 (f) Mati kerana runtuhan
 (g) Mati kerana melahirkan anak

7. Mati pada malam jumaat

8. Mati dalam keadaan berpeluh di dahi

Sebab-sebab Penyudah Buruk

1. mengangan-angankan untuk bertaubat

Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa itu adalah wajib ke atas setiap orang mukallaf dalam setiap ketika, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-Quran iaitu kita sebagai orang islam hendaklah bertaubat kapada Allah agar mendapat kejayaan. 

Al-Aghr Al-Muzani pernah memberitakan bahawa rasulullah SAW bersabda”wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana sesungguhnya saya sendiri pada setiap hari bertaubat kepadanya seratus kali”. sesuggunya rasulullah SAW telah menyatakan bahawa orang yang bertaubat daripada dosa itu adalah seperti orang yang tiada dosa. 

Antara helah Iblis yang paling Berjaya di mana dia dapat memperkosa manusia ialah mengangan-angankan untuk bertaubat maka dia mewaswaskan kepada orang yang melakukan maksiat supaya bertangguh untuk bertaubat dengan harapan di depannya masih terdapat satu tempoh yang panjang sedang sekalipun dia telah bertaubat sekarang tetapi dia berbuat lagi dosa maka tidaklah mungkin diterima taubatnya sesudah itu maka dia termasuk dalam golongan penghuni neraka. 

Ataupun Iblis menewaskan dengan berangan-angan bahawa apabila dia mencapai umur 50 atau 60 tahun, misalnya, maka barulah dia pasti bertaubat dengan taubat nasuuh (taubat sebenar) dan dia akan melazimi masjid dan membayangkan perkara-perkara yang mendekati diri kepada Allah SWT. 

Adapun sekarang, kemudahan dan kegemilangan umurnya dipergunakan untuk memberi kepuasan kepada dirinya. Justeru itu dia tidaklah akan menyusahkan dirinya dengan melazimi melakukan ketaatan kepada Allah sejak awal-awal lagi. 

Ini merupakan sebahagian tipuan Iblis dalam mengangan-angankan taubat. Disamping itu sebahagian As-salaf Ash-Shaalih berkata”saya memberi amaran kepada kamu tentang angan-angan untuk bertaubat kerana sesunguhnya angan-angan itu adalah sebesar-besar angkatan tentera iblis. Sebagai contohnya orang mukmin yan teguh hati bertaubat kepada Allah daripada segala dosa pada setiap waktu kerana bimbang kepada penyudah hidup yang buruk dan kasih kepada Allah. 

Manakala perumpamaan orang yang melampaui batas lagi mengangan-angankan untuk bertaubat tetapi menagguhkan taubatnya adalah seperti keadaan sesuatu kaum dalam suatu perjalanan, dimana mereka memasuki sebuah kampung tiba-tiba lalu seorang mukmin yang teguh hati tadi, maka dia membeli barangan yang boleh member kesempurnaan perjalanannya dan dia duduk dalam keadaan bersedia untuk berangkat. 

Adapun orang yang melampaui batas, pada setiap harinya dia akan berkata”saya akan bersedia untuk besok”sehinggalah ketua rombongan mengumumkan untuk berjalan sedangkan pelampau ini tiadalah mempunyai bekalan. Ini adalah perumpamaan mngenai manusia semasa berada di dunia ini. 

2. Panjang Angan-angan:

Panjang angan-angan ini merupakan antara sebab kecelakaan bagi ramai manusia, di kala mereka ditipu syaitan. dimana dia mengambarkan bagi mereka bahawa dihadapan mereka terdapat umur yang panjang atau lanjut dan akan menyusul tahun demi tahun mereka membina padanya angan-angan yang tinggi lalu terkumpullah cita-cita mereka untuk menghadapi usia lanjut ini. 

Bagi membinakan cita-cita ini mereka melupakan akhirat dan tidak ingin kepada kematian lagi dan apabila pada suatu hari dia disebutkan mengenainya maka dia merasa bosan kerana mengingat kematian itu akan menyekatkan pergerakan dirinya dan mengeruhkan kejernihan kehidupannya. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengingatkan kita dengan suatu peringatan yang serius iaitu rasulullah telah bersabda:
“sesunguhnya perkara yang saya paling takutkan ke atas kamu ialah dua kebiasaan iaitu mengikutkan keinginan nafsu dan panjangnya angan-angannya. Adapun orang yang mengikutkan keinginan nafsu, maka sesungguhnya dia ialah orang yang mencintai (kemewahan dunia”. 

Apabila seseorang manusia itu sangat mencintai dunia melebihi Akhirat dan sibuk dengan perhiasan, keindahan dan keenakannya maka dia tidaklah membuat pembangunan (hakiki) untuk kediaman di akhirat bagi berjiran dengan Allah SWT bersama-sama orang yang memperoleh nikmat iaitu kalangan para nabi, para siddiiq (pembenar), para syuhadaa’ dan orang-orang soleh. 

Sebaliknya bila seseorang itu pendek angan-angannya, maka akan tampak dia bersegera melakukan amalan-amalan soleh dan mempergunakan saat-saat hidupnya (umurnya yang paling berharga) kerana sesungguhnya gerak nafas itu terhad dan tempoh hari-hari itu telah ditentukan sedangkan apa yang terluput tidaklah sekali-kali akan dapat ditarik kembali dan perjalanan itu penuh dengan rintangan. 

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah membimbing orang-orang mukmin kepada perkara yang menjauhkan mereka dari panjang angan-angan dan beliau menampakkan mereka akan hakikat dunia yang sementara. justeru itu beliau menyuruh mereka mengingati mati, menziarahi pesakit dan mengunjungi orang-orang soleh kerana sesunguhnya setiap perkara ini dapat menyedarkan hati daripada kelalaiannya dan dapat menampakkan perkara yang akan berlaku lalu mereka bersiap-siap menghadapinya. 

3. Suka mendekati dan selalu melakukan maksiat:

Apabila seseorang mendekati suatu maksiat (larangan Allah) dan dia tidak bertaubat daripadanya maka syaitan akan menguasai hatinya dan mempengaruhi pemikirannya sehingga ke saat-saat akhir hidupnya. Apabila seseorang kerabat bagi orang yang hampir meninggal dunia ingin mengajar mengucap maka amalan maksiatnya menggodai fikirannya, lalu membawa dia mengucapkan kata-kata yang menurut seleranya

4. Membunuh Diri:

Apabila seseorang islam terkena musibah atau bala maka hendaknya dia mengira-ngirakan kebajikan pada Allah di mana dia akan memperoleh pahalanya dan jika dia keluh-kesah dan merasa sempit hidup ini maka tidaklah dia memperoleh pahala dan hendaklah dia memikirkan sebaik-baik jalan yang boleh melepaskan dia daripada penyakit-penyakit ini dan juga masalah-masalah iaitu perbuatan membunuh diri. Jika ini berlaku, maka sesungguhnya dia telah memilih kedurhakaan (maksiat) dan segera memperoleh kemurkaan Allah. 

Sabda Rasulullah: “Orang yang mencekek dirinya itu akan dicekekkan di dalam neraka dan orang yang menikam dirinya akan ditikam pula dia di dalam neraka. ”

Tanda-tanda suu’ Al-Khaatimah

Suu’ Al-Khaatimah bermaksud penyudah yang buruk. Kita boleh dapati beberapa tanda antaranya:

 (1) Tanda sewaktu menghembus nafas
a. Tidak ingin mengucap kalimah syahadah. 
b. Melafazkan kata-kata kufur, syirik atau murtad. 
c. Mati tanpa sempurna kalimah syahadah. 
d. Marah dan benci kepada orang yang mengajarnya mengucap. 
e. Menggunakan kata-kata kedurhakaan. 

Kejadian ini berlaku kepada seorang perempuan yang menderhakai ibunya sehingga tergamak memukul si ibu yang kemudian sakit membawa maut. Maka di kala perempuan ini hamper meninggal dunia dalam keadaan kesakitan yang luar biasa, setiap masa dan waktu dia berteriak memanggil ibunya dan mengeluh”ibu! Maafkan saya!” sehiggalah dia meninggal dunia dalam teriakan ini dan bukan dengan akhir nafasnya dengan mengucap kalimah syahaadah seperti yang dikehendaki syarak atau seperti yang dipesankan oleh Rasulullah SAW. 

 (2) Tanda sewaktu mayat dimandikan:

Menurut Asy-syaikh Al-Qahtaani semasa mayat dimandikan, terdapat tanda suu’ Al-Khaatimah dengan perubahan kulit mayat yang putih kepada hitam (disebabkan tidak melaksanakan sembahyang lima waktu), keperihalan yang buruk seperti tangan kananya memegang tangan kirinya sejak sewaktu mati, memasukkan tangan atau hujung jari ke dalam faraj atau terbau busuk daripada faraj disebabkan melakukan kerja keji atau zina dan ada pula yang terdengar seolah-olah suatu bunyi desus daripada api masuk ke dalam kemaluan perempuan. 

 (3) Tanda sewaktu mayat dikebumikan:

Pernah berlaku peristwa di mana sewaktu mayat hendak dikebumikan, tiba-tiba didapati ular besar berada dalam kubur dan setiap kali digali dan dipindahkan ke kubur lain, masih didapati ular dan akhirnya dikebumikan begitu sahaja. 
Ada seorang gadis moden yang selalu mendedahkan aurat dan menonjolkan rambut sewaktu keluar dari rumah bersegak menggangu dan mempersonakan lelaki yang melihatnya. Apabila dia mati dan dikebumikan tiba-tiba mayatnya telah separuh dimakan ular besar. 

PENUTUP

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan saya yang sedikit-sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan buku yang bertajuk ‘mencapai Husnul-Khatimah’iaitu penyudah yang baik yang saya ulaskan dari hasil penulisan Dr Abdullah bin Muhammad Al-mutlaq. 

Selain daripada rakan-rakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana telah banyak member tunjuk ajar kepada saya bagi memastikan buku yang saya hasilkan ini lengkap, sempurna dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Saya berharap dengan terhasilnya buku yang bertajuk Husnul-Khatimah ini, pembaca dapat mengambil iktibar, pengajaran dan sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca. Sekian terima kasih dan selamat membaca…

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com