Kejahatan-Kejahatan Lidah Serta Wajah-Wajah Manusia Dari Kubur -

Oleh: Hasnur Husna Bt Hasnan

ABSTRAK

Kejahatan-kejahatan lidah serta wajah-wajah manusia dari kubur ini menceritakan tentang balasan-balasan dari Allah kepada umatnya yang melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Antara kejahatan-kejahatan lidah ialah berkata yang tidak perlu, mengambil tahu hal orang lain, terlibat dalam kemungkaran, berbantah-bantah dan bertengkar, melaknat, menghina atau mengejek-ngejek, membuka rahsia, mengumpat orang, mengadu domba, berbohong dalam percakapan dan sumpah, bercakap-cakap kotor, memaki hamun dan lidah-lidah lancang. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah. Selain itu, rupa-rupa wajah manusia ketika dibangunkan dari kubur di Padang Mahsyar di akhirat nanti ialah wajah orang yang suka menfitnah, wajah orang yang suka makan yang haram, wajah saksi-saksi palsu, memuas nafsu serta mencari keseronokan dengan cara haram, orang yang suka mengumpat, orang yang suka makan riba dan dua belas golongan dibangkit di hari akhirat nanti. Terdapat beberapa wajah manusia yang telah diberi balasan oleh Allah. Ada yang menyerupai binatang, dan ada yang berjalan dalam keadaan mabuk. Mudah-mudahan kita dapat mengenali sifat-sifat lidah yang jahat kita dapat menghindarkannya dari berlaku ke atas diri kita. Begitu juga mudah-mudahan kita dapat mengetahui dan memahami rupa wajah manusia di akhirat nanti apabila dibangunkan dari kubur. Agar dengan itu kita dapat mengelakkan diri kita dari terjadi seperti itu. 

PENDAHULUAN

Tidak syak lagi di zaman kemuncak pembangunan material kini orang dapat mencapai menggunakan pelbagai alat-alat canggih dalam kehidupan seharian. Namun pembangunan material hanya mampu menyelesaikan sebahagian kecil penyakit masalah lahiriah namun penyakit batin atau jiwa bertambah meningkat di kalangan manusia. Maka jadilah orang berkuasa zalim, orang kaya bakhil, pemimpin menindas, orang miskin hasad dan pelbagai lagi masalah hingga timbul kerosakan di mana-mana sahaja, akibatnya manusia itu sendiri menderita. Rasulullah telah menyarankan tiga jenis pil untuk mengubat penyakit ini. Pertama tanam kembali dalam hati manusia itu rasa cinta Allah dan Rasul, merasa hebat dan gerun dengan kudrat Allah. Kedua hati manusia itu dicapai supaya yakin dengan hari akhirat, cinta syurga Allah dan Rasul, gerun dengan azab neraka Allah. Dan yang ketiga pula ialah menanam semangat dan perasaan cinta sesama manusia terutama sekali umat Islam sesuai dengan masa kebangkitan Islam kini. Oleh itu, ini sebagai pedoman dan iktibar kepada kita semua. Jadi peliharalah lidah kita daripada bercakap yang dimurkai oleh Allah. 

KEJAHATAN YANG PERTAMA: BERKATA YANG TIDAK PERLU
Selagi ia menghabiskan dan membuang waktunya pada perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak mendatangkan apa-apa faedah atau mendatangkan keuntungan pahala di akhirat, maka orang itu telah mensia-siakan modalnya. Dan di akhirat nanti menjadi orang miskin tanpa apa-apa keuntungan. Mengapa kita membuang masa dan tenaga dengan bercerita atau bercakap dengan sesuatu yang tidak perlu. Ini menunjukkan sesuatu yang akan merugikan kita di akhirat nanti. Oleh itu, kita hendaklah menghindarkan diri dari berkata-kata yang tidak perlu untuk keselamatan dan keuntungan diri. 

KEJAHATAN YANG KEDUA: MENGAMBIL TAHU HAL ORANG LAIN
Kita tidak dibenarkan berkata-kata tentang hal ehwal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan diri kita atau menyakitkan orang lain. Kerana itu janganlah kita berkata-kata dengan perkataan yang tidak ada kaitan dengan kita, kalau ada kaitan dengan diri kita maka hendaklah berkata dengan ringkas dan padat sahaja, jangan panjang menjela-jela. 
Ibnu Omar berkata ‘‘Perkara yang patut sangat dibersihkan oleh seseorang itu ialah lidahnya. 

KEJAHATAN YANG KETIGA: MELIBATKAN DIRI DALAM KEMUNGKARAN
Melibatkan diri ke dalam kebatilan atau kemungkaran itu ertinya berbual-bual dalam hal-halyang bersangkutan dengan maksiat. Seperti menceritakan tentang majlis minum arak, suasana panggung wayang, hal-hal dan keadaan wanita, dan duduk bersama-sama dengan orang fasik. Kita tidak sepatutnya melibatkan diri dalam ini, perkara-perkara maksiat terlalu banyak kerana orang yang hanya berkata-kata atau melakukan apa-apa yang perlu dan penting sahaja mengenai urusan agamanya dan faedah dunianya. 

KEJAHATAN YANG KEEMPAT: BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKAR
Sifat bantah-membantah atau berbahas itu ialah menyanggah percakapan orang lain dengan melahirkan kekurangan dan kelemahan dalam percakapan mereka sama ada dalam lafaz atau maknanya. 
Jika berlaku perbahasan dalam hal-hal ilmiah lebih baiklah kita diam saja, kalau mahu menyoal, soallah dengan lemah lembut sekadar ingin tahu sahaja bukannya bertujuan untuk mengalahkan hujah orang lain, melemahnya hingga tidak dapat menjawab hujah kita. 

Di akhir zaman ini banyak orang berbahas, dengan tujuan untuk menang, melahirkan kehebatan berpidato, mengalahkan lawan, menunjukkan diri ada keupayaan, mematah dan mematikan hujah lawan, akhirnya biar orang tahu dirinya adalah orang yang hebat dalam berbahas maka ini adalah sifat tercela. Untuk menghilangkan sifat suka berbahas hendaklah kita mematah perasaan ego yang terbit daripada muka menunjukkan kehebatan dan kepintaran diri dan hendaklah menghapuskan sifat suka merendah rendahkan pendapat, pandangan, hujah dan peranan orang lain. Sesungguhnya berbahas-bahas dan berbantah dalam apa saja perkara adalah ditegah dalam Islam. Yang boleh ialah bermuzakarah, berbincang, bertukar pendapat dengan lemah lembut dalam suasana ukhwah tidak membantah percakapan orang lain dan dengan penuh tawaduk. Bukan dengan suara yang lantang menunjukkan kepintaran berpidato, bukan dengan cara melahirkan kelebihan diri dalam mematahkan huajh orang lain, bukan dengan merendah-rendah serta menolak pendapat orang lain dengan kelantangan suara dengan tujuan memperlihatkan kehebatan diri. 

KEJAHATAN YANG KELIMA: PERTENGKARAN
Pertelingkahan adalah di antara sifat-sifat yang terkeji dan dilarang oleh agama. Dalam berbantah-bantah berbahas dan bertelingkah itu terdapat banyak keburukan. Pertelingkahan dicampur adukkan dengan kata-kata yang menyakitkan hati, sindiran-sindiran, dan bermaksud sengaja hendak menunjukkan musuh dan

mematahkan semangatnya. Permusuhan itu berpunca daripada segala kejahatan, begitu juga dengan sifat suka bantah-membantah atau bertengkar-tengkar. Oleh itu janganlah
hendaknya dibukakan pintu untuk perkara yang terlarang ini, kecuali dalam keadaan yang amat darurat sekali, itu pun hendaklah dipelihara lidah baik-baik dan hati dari kata yang terlanjur. Jangan sengaja membuka gelanggang untuk perdebatan yang disertai oleh dua pihak dan disediakan satu tajuk untuk di;pertengkarkan, diperbahaskan dan dipertelingkah, kemudian dihakimi pula sesiapa yang paling bijak mematahkan kata-kata lawan, sesudah itu diberi hadiah siapa yang menang. Ini bukanlah cara Islam, bahkan dilarang dalam Islam. Maka orang yang menganjurkan serta membuka gelanggang ke arah itu adalah tercela, kerana ia suka pengikutnya atau muridnya pandai bertengkar dan berbantah-bantah. 

KEJAHATAN YANG KEENAM: MENIRU PERCAKAPAN YANG INDAH-INDAH
Ertinya bercakap lancar yang dibuat-buat, memaksa diri berkata-kata dengan bersajak atau meniru cara orang lain semua ini termasuk diri yang tercela dan terlarang dalam agama menyampaikan kata-kata yang berbunga-bunga yang tak perlu, maka itu termasuk dalam perkara yang tercela. 

KEJAHATAN YANG KETUJUH: BERCAKAP KOTOR-KOT0R, MEMAKI HAMUN DAN LIDAH YANG LANCANG
Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada memaki kaum musyrikin yang terbunuh dalam peperangan Badar itu, sebab caci maki itu tidak memberi kesan kepada mereka, bahkan menyakiti orang-orang yang masih hidup (keluarga si mati). Bercakap kotor seperti mencarut-carut, memaki hamun, mengeji, mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan lain-lain perkataan kotor lagi ghaib, semuanya itu adalah bruk lagi tercela. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhi dari sifat-sifat terkeji itu. 

KEJAHATAN YANG KELAPAN: MELAKNAT
Mendoakan seseorang agar ditimpa kejahatan atau sesuatu keburukan dan malapetaka adalah dilarang, walaupun yang didoakan itu adalah seorang yang zalim. Maka perbuatan mendoakan seperti itu adalah hampir-hampir menyamai perbuatan melaknat. Ini adalah dilarang dan tercela. Yang sebaiknya kita doakan kebaikan kepada seseorang itu. Kalau dia seorang yang zalim, maka kita doakan agar dia berubah menjadi baik dan adil. Kesimpulannya perbuatan melaknat adalah perbuatan yang dilarang. Oleh tiu, wajiblah kita menghindarinya. 

KEJAHATAN YANG KESEMBILAN: MENGHINA ATAU MENGEJEK-NGEJEK
Memandang rendah atau sengaja melahirkan kekurangan atau kelemahan orang lain untuk dijadikan bahan ketawa lalu hati orang ditujukan kelemahan itu menjadi terusik dan sakit, maka inilah yang dikatakan perbuatan mengejek. Ejekan dan penghinaan yang sedemikian adalah haram hukumnya. Orang yang suka mengejek-ngejek atau menghina serta mendedahkan kelemahan orang lain itu adalah orang bersifat sombong lagi meninggi diri. Sedangkan sifat sombong itu amat tercela. Selain dari itu, mengejek dan menghina ini adalah perbuatan menyakitkan hati orang lain. Maka menyakitkan hati orang lain ini adalah haram lagi berdosa. Oleh itu, jika kita bersifat demekian maka tinggalkanlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta minta maaf dari orang yang kita ejek dan hina itu. 

KEJAHATAN YANG KESEPULUH: MEMBUKA RAHSIA
Rahsia ialah sesuatu perkara yang telah diamanahkan kepada kita agar menyimpannya dari disebarkan orang lain. Sebarang rahsia seseorang yang kita ketahui yang perlu kita jaga hendaklah kita amanah menjaganya jangan sampai bocor rahsia itu. Sesungguhnya sesiapa yang menutup keaipan seseorang yang lain maka Allah SWT akan menutup keaipannya pula diakhirat nanti. 

KEJAHATAN YANG KESEBELAS: MENGUMPAT ORANG
Mengumpat bermaksud menceritakan sesuatu keburuka atau kelemahan seseorang saudara Islam di belakangnya yang boleh menimbulkan kebencian tau kemarahan bila ia mendengarnya. Menceritakan kekurangan pada anggota badannya seperti kita kata ia pendek, juling atu lain-lain kekurangan bila diketahuinya ia merasa benci atau tentang kekurangan pada keturunannya atau kekurangan pada rupa parasnya, itu semua kalau didengar olehnya ia rasa benci. Orang yang bersama-sama mendengar dan mengiyakan umpatan orang lain, maka dia dikira seperti mengumpat juga. Manakala orang yang mendengar saja tetapi tidak pula membantah maka dia juga mendapat dosa mngumpat sama. Kecualilah bila dia dengan kata-kata umpatan itu dia membantahnya dengan lisan atau sekurang-kurangnya membantah dalam hati, jika tidak sanggup mendengarnya. Terdapat beberapa punca mengumpat, antaranya ialah untuk memuaskan hati iaitu bila ia merasa marah kepada seseorang mungkin oleh kerana sesuatu sebab, jadi untuk memuaskan hatinya ia menceritakan keburukan-keburukan orang yang dimarahnya itu pada orang lain. Hanya menonjolkan kelebihan yang ada pada dirinya dengan jalan menceritakan keburukan orang atau kelemahan atau kekurangan yang ada pada dirinya dengan mntakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Dengki dan iri hati. Menurut kehendak rakan-rakan. Mencaci dan mengejek-ngejek orang lain dengan maksud untuk menghinanya. 

Cara-cara untuk mengekang lidah dari mengumpat ialah hendaklah dia yakin bahawa mngumpat itu satu perbuatan yang dimurkai Allah. Hendaklah sentiasa melihat
kelemahan-kelemahan serta kekurangan. Mengumpat yang dibolehkan ialah meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kejahatan dari seseorang untuk
kebaikan. Mengingatkan seseorang Islam lain supaya jangan terjebak dengan kejahatan
seseorang jika kita tahu seseorang itu jahat, maka kita ingatkan orang lain, supaya jangan mendekatinya. 

Untuk membersihkan diri dari dosa mengumpat agar jangan dihukum di akhirat nanti maka wajib baginya rasa menyesal dan bertaubat atas dosa-dosanya itu, kemudian hendaklah minta maaf dari orang yang diumpat itu. 

KEJAHATAN YANG KEDUA BELAS: BERMUKA-MUKA
Orang yang bermuka-muka ini juga dikenali sebagai lidah bercabang. Kalau ada dua
orang atau dua pihak yang bergaduh maka dia jadi orang tengah untuk menyemarakkan lagi api pergaduhan. Orang pengadu domba ini gembira bila melihat orang lain bermusuh. 

KEJAHATAN YANG KETIGA BELAS: MEMUJI
Memuji-muji orang itu adakalanya dilarang, kerana dalam pujian itu ada enam bahayanya, pada pemuji dan yang kena puji. Bahaya pada pemuji ialah berlebih-lebihan dalam pujiannya hingga akhirnya jadi dusta pula. Dengan dia memuji itu timbul riak dalam dirinya seolah-olah ia menunjukkan sayangnya terhadap orang dipujinya itu. Apabila seseorang itu dipuji maka nanti akan ada keburukan-keburukan yang menimpa orang itu di antaranya ialah dengan dipuji itu, akan timbul dalam dirinya perasaan bongkak dan ujub iaitu rasa sombong dan merasa diri hebat. Dengan menerima puji-pujian hatinya akan merasa senang tentang kesalahannya. Dan menganggap dirinya sudah sempurna lalu ia tidak menambah usaha lagi untuk berbakti kepada Allah. 

KEJAHATAN YANG KEEMPAT BELAS: BERBOHONG DALAM PERCAKAPAN DAN SUMPAHBohong ertinya menceritakan atau memperkatakan sesuatu yang tidak ada atau yang tidak benar. Bercakap bohong adalah diharamkan. Tetapi kadang-kadang bila bohong itu mengandungi maslahat untuk kebaikan maka itu dibolehkan. Atau untuk mendamaikan dua orang yang bergaduh atau untuk mengeratkan perhubungan suami isteri yang memerlukan berbohong, maka ia diharuskan. 

BAB KEDUA : RUPA-RUPA WAJAH MANUSIA KETIKA DIBANGUNKAN DARI KUBUR DI PADANG MAHSYAR DI AKHIRAT NANTI
Meyakini kedatangan hari kiamat adalah wajib. Kedatangan hari kiamat nanti tidak seorang pun makhluk yang dapat mengetahuinya, kecuali Allah sahaja. Namun begitu, Allah lahirkan juga tanda-tanda kedatangan hari kiamat itu untuk pengetahuan manusia. Ada tanda kecil dan tanda besar. 

DI ANTARA TANDA-TANDA YANG KECIL ITU IALAH:-
Ilmu agama Islam tidak diambil berat lagi oleh umatnya. Perbuatan zina menjadi-jadi, disebabkan oleh pihak berkuasa. Kejahilan tentang agama Islam menjadi-jadi, hanya segelintir sahaja yang mahu mempelajarinya. Peminum-peminum arak berasa bangga, serta bebas pula meminumnya. Kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi perempuan. Manakala lelaki lebih ramai pula mati dahulu dari wanita. Lahirnya kuncu-kuncu dajjal, ramai pendusta yang mengaku utusan Allah. Banyak berlakunya gempa bumi. Banyak berlakunya fitnah. Ramai orang kaya harta. Musim tidak menentu. Masa terlalu cepat berlalu. 

DI ANTARA TANDA-TANDA YANG BESAR ITU IALAH:-
Naik matahari dari sebelah barat. Munculnya binatang-binatang yang aneh-aneh. Keluar Imam Mahdi. Keluarnya dajjal. Turunnya Nabi Allah Isa, menyambung syariat Rasulullah SAW. Keluarnya yakjuj dan makjuj. Bumi dipenuhi oleh asap (selama 40 hari). Kaabah mula diruntuhkan dan dirosakkan orang. Hilang Al-Quran dari mashaf (buku/kertas) dari hafalan hati. Semua manusia menjadi kafir, sehingga tidak ada seorang manusia pun ketika itu yang menyebut nama Allah. 

Maka ketika itulah, Allah perintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama. Tiupan itu datangnya secara mengejut sahaja, hinggakan seluruh manusia terpinga-pinga dan kelam-kabut tidak menentu. Kerana kuatnya tiupan itu, seluruh manusia mati, gunung ganang hancur lebur, lautan-lautan menyemburkan airnya ke darat, segala cerekawala berguguran ke bumi, maka matilah segala yang bernyawa serta musnahlah dunia ini semusnah-musnahnya, kecuali Allah yang Maaha Suci lagi Maha Kaya. 
Setelah semuanya telah hancur lebur bagaikan debu berterbangan, entah berapa lama pula masanya, maka Allah pun memerintahkan malaikat Israfil: ‘‘Wahai Israfil, bangunlah dan tiuplah sangkakala ppembangkitan!’’. Lalu dengan kehendak Allah hiduplah semula Israfil dan seterusnya meniup sangkakala yang kedua, seraya menyeru: ‘‘Wahai roh-roh yang keluar, tulang-tulang yang hancur, tubuh-tubuh yang busuk, otot-otot yang putus, kulit-kulit yang koyak, rambut-rambut yang gugur! Bangunlah kamu semua! Untuk memutuskan hukuman ’’. Lalu bangunlah semuanya dengan perinath Allah. 

PUAK YANG PERTAMA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan berupa kera, mereka adalah orang-orang yang suka membuat fitnah di antara manusia. Itulah rupa orang yang suka menabur fitnah sama ada pada diri perseorangan atau pada sesuatu kumpulan manusia sama ada meleui lisa, tulisan atau suart-surat khabar. 

PUAK YANG KEDUA:
Dibangkitkan (dari kubur) dengan berupa seperti babi. Mereka ini adalah orang yang uka makan yang haram. Contohnya arak, tipu, riba, curi, perniagaan haram dan lain-lain lagi. 

PUAK YANG KETIGA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan buta lagi bingung. Sedangkan badannya digayuti dan dipegangi oleh manusia yang ramai. Mereka ini adalah orang yang sama-sama melanggar hukum-hukum Allah. (sedang mereka adalah ornag yang alim atau menjadi pemimpin kepada suatu kaum). 

PUAK YANG KEEMPAT:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan bisu lagi pekak. Mereka adalah orang yang ujub (kagum) dengan amalannya. Mereka ini menyombong diri kerana telah berasa dirinya hebat, banyak ilmu pengetahuan lalu memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya. 

PUAK YANG KELIMA:
Dibangkitkan dalam keadaan mengalir nanah dari mulutnya, serta mengalir darah dari lidah-lidahnya. Mereka ini adalah orang-orang yang alim (dalam ilmu agama Islam) yang tidak bertepatan cakap dengan perbuatannya. Mereka ini adalah golongan yang cakap tak serupa bikin. Oleh itu, janganlah berbangga dan menyombong diri dengan keilmuan. 

PUAK YANG KEENAM:
Dibangkitkan dalam keadaan badannya penuh dengan luka-luka yang parah (lagi menyakitkan), mereka ini adalah saksi-saksi palsu. Akan terdapat orang-orang yang suka menawarkan dirinya menjadi saksi dalam sesutu hal, sedangkan doia adalah saksi palsu lagi dusta. 
PUAK YANG KETUJUH:
Dibangkitkan berkeadaan tapak kakinya tersangkut di keningnya serta terikat pula pada ubun-ubunnya, sedangkan bau badannya terlebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah orang yang ska memuaskan hawa nafsunya serta mencari keseronokan dengan jalan yang haram. Contohnya berzina, pembunuh, perogol, penipu, pemabuk arak dan banyak lagi. 

PUAK YANG KELAPAN:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang amat sangat), rebah ke kiri dan ke kanan (menuju padang masyar), mereka ini adalah orang yang mencegah, menahan hak Allah. Mereka ini adalah di antara sifatnya di dunia dulu ialah kalau harta atau wang ringgit itu digunakan untuk menambah kekayaan dirinya atau untuk jalan maksiat. 
PUAK YANG KESEMBILAN:
Dibangkitkan dengan dipakaikan pakaian dari minyak tar (yang panas). Mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan tidak mahu menjauhkan diri daripadanya. Umpat-mengumpat, kata-mengata, mencari-cari kesalahan orang lain, ini adalah perbuatan orang-orang yang terkutuk, mereka nampak kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi mereka lupa tentang diri mereka sendiri yang juga banyak kelemahan dan kesilapan. 

PUAK YANG KESEPULUH:
Dibangkitkan dalam keadaan keluar lidahnya daripada tengkuknya. Dia adalah orang yang suka mengadu dumba. Mereka ini suka melihat orang lain bergaduh. Mereka mengadu dumba dalam bentuk lisan, tulisan atau perkhabaran. 
PUAK YANG KESEBELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang teramat sangat). Mereka adalah orang yang suka bercakap hal-hal dunia di dalam masjid. 

PUAK YANG KEDUA BELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan rupa babi, mereka adalah orang yang suka makan riba. 

DUA BELAS GOLONGAN DIBANGKIT DI HARI AKHIRAT
GOLONGAN PERTAMA:Dibangkitkan dari kuburnya dengan tidak berkaki dan tidak bertangan, kemudian menyeru dari sisi Tuhan;’Mereka ini adalah orang-orang yang suka menyakiti jirannya dan amti mereka dengan tidak bertaubat. ’

GOLONGAN KEDUA:
Dibangkitkan dari kuburnya dengan berupa binatang, dikatakan berupa babi, kemudian diseru dari arah Tuhan yang Maha Pemurah. ’Mereka adalah orang-orang yang meringankan fardhu sembahyang. Kalau sampai mati tidak bertaubat, maka itulah balasan bagi mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka. ’
Sama ada sembahyang atau tidak, sembahyang lewat-lewat waktu atau tidak khusyuk akan ditimpakan kepadanya 15 seksaan di dunia dan di akhirat. 
Di antara seksaannya ialah tidak diberkati hidup, kesempitan dalam mencari rezeki, dihilangkan seri muka orang mukmin dari mukanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Tuhan, ketika mati nanti ia akan menerima azab. Kuburnya disempitkan, akan dipatuk oleh seekor ular yang sangat bisa yang diutuskan neraka yang bernama Iqrk Syujaah dan banyak lagi seksaan di akhirat nanti. 

GOLONGAN KETIGA:
Dibangkitkan dari kuburnya berkeadaan perut seperti bukit yang dipenuhi ular-ular dan kala jengkingyang besarnya seperti (sebesar) seekor keldai lalu dipanggil oleh zat pemanggil arah Tuhan: “Merekalah orang-orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak bertaubat hingga mati. ”

GOLONGAN KEEMPAT:
Dibangkitkan dari kuburnya keluar darah mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar terburai ke bumi dan keluarlah api dari mulut-mulut mereka, maka menyerulah zat penyeru dari sisi Allah: “Mereka itulah orang-ornag yang dusta dalam jual beli dan menipu sukatan (timbangan), maka mereka mati tanpa bertaubat maka itulah balasan bagi mereka. 

GOLONGAN KELIMA:
Golongan ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan menyamar dari para manusia, bau badan mereka lebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah golongan orang-orang yang menyembunyikan kemaksiatan dari diketahui oleh manusia lain-lain. Tetapi hati tidak sesekali malu dan takut kepada pengawasan Allah. Maka mati mereka itu itulah balasan atas mereka. 

GOLONGAN KEENAM:
Mereka ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan semuanya leher terputus-putus (luka-luka yang mengerikan) dari tengkoroknya. Mereka itulah golongan orang-orang yng menjadi saksi palsu lagi dusta. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat. 

GOLONGAN KETUJUH:
Mereka dihalau dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah. Darah dan nanah mengalir keluar dengan banyaknya dari mulut-mulut mereka. Mereka itulah orang-orang yang mencegah peraksian dala perkara benar. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat. 
GOLONGAN KELAPAN:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan tunggang-langgang iaitu kepalanya ke bawah, kaki ke atas kepala. Dari kemaluan mereka keluar mengalir nanah-nanah yang panas mendidih lagi busuk. Mereka itu semua adalah orang-orang yang melakukan perbuatan zina, liwat. Dan mereka mati dalam keadaan masih tidak bertaubat. 

GOLONGAN KESEMBILAN:
Mereka dihalau dari kubur dalam keadaan wajah mereka berwajah hitam rentung matanya terkeluar dan perutnya penuh dengan bara api yang panas membakar. Meerka semua itu adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan jalan belot. Dan mereka mati dalam keadaan masih belum bertaubat, itulah balasan mereka. 

GOLONGAN KESEPULUH:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan badannya penuh dengan kudis yang bias lagi berbelang-belang. Mereka itu adalah orang-ornag yang menyakiti kedua ibu bapanya atau slah seorang darinya. Dan mereka mati dalam dosa demikian dan tidak bertaubat. Itulah balasan mereka. 

GOLONGAN KESEBELAS:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan buta hati (bodoh). gigi mereka sebesar tanduk lembu, bibir mereka besar terjulur hinnga menutupi dadanya, lidah mereka menjilat-jilat perutnya sendiri, perut mereka besar hingga menutupi pehanya dan dari perutnya keluar nanah-nanah yang busuk lagi panas mendidih. Itulah balasan kepada mereka yang tidak bertaubat. 

GOLONGAN KEDUA BELAS:
Mereka digiring dari kubur mereka dalam keadaan wajah-wajah mereka berseri-seri keriangan dan kepuasan seperti sinar bulan purnama. Mereka melintasi titian Siratulmustaqim seperti kilat yang memancar lajunya. Mereka ini adalah orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan tidak melakukan perkara larangannya. Meraka juga sentiasa patuh memelihara dan melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu dengan tidak pernah ditinggalkannya, secara berjemaah pula. Dan mereka mati dalam keadaan telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Inilah ganjaran mereka dan tempat tinggal mereka seterusnya adalah di dalam syurga. Mereka masuk ke dalam syurga dengan kemampuan, rahmat dan keredhaan Allah SWT kerana mereka redha kepada Allah dan Allah pula redha ke atas mereka. 

KESIMPULAN
Demikianlah rupa wajah dan keadaan manusia ketika bangun dari kubur di akhirat nanti untuk dihalau berkumpul di Padang Mahsyar. Selain itu, seluruh rupa wajah dan bentuk itu adalah mengikut perangai dan sikap serta perbuatan kita semasa hidup di dunia ini. Oleh itu kita pilihlah perbuatan yang baik-baik agar kita termasuk orang-orang yang bergembira di hari akhirat nanti. Dan janganlah sesekali memilih jalan yang kotor dan berdosa, kerana ianya akan menyusah dan menyeksakan kita di hari kemudian. Kejarlah kehidupan syurga di akhirat nanti dan tinggankanlah kehidupan jahat dan dosa di dunia ini. Marilah kita bertaubat sebelum terlambat. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com