Roh Ibadah Haji Dan Umrah -

Oleh: Nurul Hafsah Binti Mahmud

ABSTRAK
Hidupkanlah hati dan akal melalui ibadah. Kerjakanlah haji untuk benar-benar merasai cinta dengan Allah. Marilah kita sekarang membuka hati serta fikiran kita mencungkil dan mengkaji, secara khusus, hikmah dan pengajaran daripada perlaksanaan perintah mengerjakan haji

Ibadah haji yang dilakukan dengan sempurna dan sungguh-sungguh lahir dan batinnya selaras dengan kehendak Allah dan Rasul serta dapat pula mencungkil serta menghayati hikmah-hikmahnya, maka ertinya mereka pulang dalam keampunan Allah, bersih dari dosa dan dalamkeadaan seolah-olah baru lahir daripada perut ibu

Oleh itu setiap kita yang mahu mengerjkan haji hendaklah membuat post-mortem atau muhasabah diri terlebih dahulu. Tinjau persediaan fikiran dan jiwa kita. Selidik bekalan-bekalan yang akan dibawa sama ada semuanya sudah disediakan dan layak untuk dibawa menghadap Allah sewaktu mengerjakan haji

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH…syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, tugasan yang kedua yang merangkap ‘back up assignment’ ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang dikehendaki. 

Terima ksih tidak terhingga kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin yang telah memberi peluang kedua kepada kami untuk membuat tugasan ini sekaligus memperbaiki kegagalan kami dalam ujian CTU 151 baru-baru ini. Harap tugasan ini dapat memperbaiki markah ujian kami. 

Kepada rakan-rakan, terima kasih di atas sokongan sama ada secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini. 

Sekian terima kasih


PENDAHULUAN

Buku Roh Ibadah Haji dan Umrah ini boleh dijadikan alternatif bagi menyediakan jalan keluar kepada pandangan dan pandapat umat terhadap ibadah, khususnya ibadah haji yang setiap tahun meningkat jumlah orang yang mengerjakannya di serata dunia. 

Hidupkanlah hati dan akal melalui ibadah. Kerjakanlah haji untuk benar-benar merasai cinta dengan Allah. Marilah kita sekarang membuka hati serta fikiran kita mencungkil dan mengkaji, secara khusus, hikmah dan pengajaran daripada perlaksanaan perintah mengerjakan haji. 

Supaya kita dapat melihat kebesaran dan kemuliaan ibadah haji itu dan dapat merasai nikmat dan rahmat yang tersembunyi dari Allah, khususnya kenapa ibadah haji diperintahkan

Roh haji beserta hikmah itu kalau dapat dirasai serta dihayati di dalam jiwa setiap orang yang mengerjakan haji, ertinya mereka akan pulang ke negeri masing-masing, dengan akhlaknya bertambah mulia daripada biasa. 

Mereka pulang ke tanah air dengan suasana diri mereka sudah berubah daripada tidak sabar kepada sabar, tidak redha kepada redha, tidak syukur kepada syukur, tidak tawaduk kepada tawaduk, tidak brtawakal kepada bertawakal dan daripada tidak bertaqwa kepada bertaqwa. 

BAB 1
IBADAH HAJI : MENUJU ALLAH

Allah berfirman : “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh” (Al Haj : 27) 

Perkataan Haji bererti Al-Qasdu, maksudnya menuju. Tegasnya, secara fizikal, jemaah haji itu menuju ke Makkah tetapi secara rohaniah atau hakikatnya, mereka menuju kepada Allah. 

Mereka membawa fizikal, fikiran dan perasaan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Tentulah mereka datang dengan penuh ikhlas, rasa cinta yang memuncak dan takut kepada-Nya. Seseorang hamba tidak akan menuju kepada Allah kalau tidak didorong oleh rasa taqwa yang memuncak. 

PROSES MENCAPAI HAJI MABRUR

Itulah hakikat ibadah haji yang sebenarnya, yang mana seseorang itu tidak akan memperolehinya sekiranya mereka tidak menempuh proses latihan yang sebelumnya. Maknanya sebelum itu mereka hendaklah melakukan ibadah-ibadah wajib yang lain yang turut dituntut dalam Rukun Islam iaitu :
• Mengucap dua kalimah syahadah
• Sembahyang lima waktu sehari semalam
• Puasa sebulan di bulan ramadhan
• Keluarkan zakat

Setelah semua tahap itu dilaksanakan, maka rasa kehambaan akan menjadi bertambah subur dan menebal di jiwa. 

Hasil dari mengerjakan ibadah haji dengan penuh rasa cinta pada Allah dan Hari Akhirat, padanya, kekayaan serta kesenangan dunia sudah tidak menjadi cita-cita atau tujuan utama hidupnya selain turut menjadikan mereka lebih halus dengan Allh atau sesama manusia. 

Sikap sombong, takabbur, atau ego yang menjadi pakain diri sebelumnya, sudah tercabut dari hatinya. perubahan secara mendadak ini boleh dan pasti berlaku sekiranya mereka berjaya menjalankan ibadah tersebut secara lahir dan batin dengan tepat. 

Akhlak yang mulia juga adalah buah ibadah. Hasil ibadah juga akan melahirkan sifat taqwa. 

Firman Allah : “ Hendaklah kamu berbekal. Dan sebaik-baik bekal ialah sifat taqwa” (Al Baqarah : 197) 

Apabila seseorang itu sudah memiliki sifat taqwa, maka layaklah dia menjadi kekasih Allah. Bertuahlah mereka yang telah menuju Allah di Baitullahil Haram. Kerana melaluinya, sifat taqwa akan dimiliki. 


BAB 2
KAEDAH MENGHAYATI ROH HAJI


Niat yang ikhlas
Lakukan ibadah dengan niat yang ikhlas. Yakini untuk mentaati perintah Allah dan menghambakan diri kepada-Nya dan tidak kerana kepentingan-kepentingan duniawi. 

Dan hanya orang yang ikhlas terselamat dari tipu daya syaitan dan layak mendapat pimpinan Allah. 

Beribadah dengan sukarela
Beribadah dengan redha, bukan dengan terpaksa. Allah memerintahkan kita beribadah sebab ibadah itu akan memberi kebaikan kepada kita. Walau[un pahit dan berat, tetapi hasilnya manis. Jangan buruk sangka dengan Allah. Kalau kita tidak beribadah, Allah tidak rugi apa-apa pun. Sebaliknya kita yang rugi. 

Tepat segala syarat rukunnya
Pastikan ibadah itu dilakukan dengan betul, tepat menurut syarat dan rukunnya. Faham yang wajib dan sunatnya, haram, makruh serta yang harus. 

Sedar bahawa Allah memerhati kita
Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar ucapan mulut, akaldan hati kita. Ia juga menilai dan membalas ibadah itu seadil-adilnya. 

Memahami maksud bacaan dan perbuatan dalam ibadah
Segala bacaan dalam ibadah itu mesti difahami maksudnya sama ada yang tersurat atau yang tersirat. Untuk memahami yang tersurat, kita boleh belajar sama ada dari guru atau kitab-kitab. Untuk memahami rahsia yang tersirat di sebalik ibadah-ibadah itu pula, caranya ialah dengan beramal bersungguh-sungguh secara istiqamah dan faham maksud segala bacaan dan perbuatan dalam ibadah itu. 
Apabila ia sudah sebati dengan akal dan roh kita, Allah akan tambahkan kefahamn kita itu sedikit demi sedikit. Lmakelamaan akan bertambah luas kefahaman kita, insya Allah. 

Bertertib melakukan ibadah
Dalam beramal ibadah perlu dititik beratkan persoalan adab sopan atau tata tertib sepertimana yang diajarkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Adab sopan inilah lambing akhlakkita sewaktu berhadapan dengan Allah. Ia tumbuh daripada hati yang sentiasa merasa kecil di hadapan Allah, hati yang sentiasa bersyukur terhadap pemberian Allah dan hati yang terlalu mengagungkan Allah. 



BAB 3
BAGAIMAN IBADAH HAJI DIHAYATI OLEH MEREKA YANG TIDAK BERPELUANG KE MAKKAH?


MELALUI AKAL
Akal hendaklah mengingati dan memikirkan hikmah-hikmah kejadian sejarah-sejarah yang pernah berlaku di bumi Makkah pada tanggal 10 Zulhijjah itu. Khususnya sejarah agung yang pernah berlaku kepada Nabi Ibrahim a. s dan anaknya Nabi Ismail a. s
a) kisah seorang ayah yang rela menyembelihkan anaknya yang tercinta demi membuktikan cinta yang agung dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah SWT. 
b) kisah penyerahan diri seorang anak dengan penuh rela untuk disembelih
oleh ayahkandungnya sendiri, demi menyahut perintah dari Allah. 

Hikmah dari dua kejadian agung ini kalau difikirkan oleh akal, seseorang itu akan sedar dan insaf, betapa untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba, ia mesti bersedia melakukan 2 perkara ini:

a) Seseorang itu mesti cinta kepada-Nya. Dari perasaan cinta itulah seseorang itu
Kita sanggup berkorban, taat, patuh, sanggup berbuat apa saja demi cintanya. 
b) Rela mengorbankan jiwa raga dan harta yang dicintainya untuk Tuhan
Penciptanya. 


MELALUI ROH
Caranya, dengan roh dapat merasakan kesan-kesan daripada ibada haji itu. Roh
hendaklah merasa gerund dan kerdil apabila berhadapan dengan Maha Hebatnya Kekuasaan Allah SWT. 
Roh boleh merasa gerun melalui bukti-bukti kesusahan-kesusahan yang mesti ditempuh oleh setiap calon haji, contohnya:
a) Berhadapan dengan cuaca di Makkah yang sangat panas, adakalanya melebihi 40 darjah celcius. 
b) Beribadah dalamsuasana yang berhimpit-himpit, bersesak-sesak, bertolak-tolak dan berasak-asak dalam lautan para jemaah haji yang berjuta-juta orang itu. 

Walaupun begitu, mereka tetap rasa tenang, terhibur dalam kesusahan dan kesesakan yang boleh membawa maut itu kerana Allah lah yang membuatkan hati-hati manusia cinta dan rindu pada Kaabah, rindu dengan tawaf, sa’I, melontar, maqam Rasulullah dan sebagainya. 

Sebab itu Makkah tidak pernah sunyidi musim haji setiap tahun. Ini semua berkat dan kabulnya doa Nabi Ibrahim a. s:
“Dan Nabi Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini (Makkah) negeri yang aman dan jauhilah aku dan keturunanku dari menyembah berhala”


BAB 4
IBADAH HAJI : KEMUNCAK AJARAN ISLAM

Ibadah haji adalah ibadah kemuncak ajaran islam kerana di dalamnya terkandung hikmah serta pengajaran yang amat luas dan mendalam sekali. Ibadah haji juga menjurus kepada pembinaan nilai diri manusia di hadapan Allah. Hal ini berlaku melalui 2 cara:

Melihat Kebesaran dan Keagungan Allah
Firman Allah: “Daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakanlangit dan bumi dan berlainan bahasa, dan warna kulit kamu” (Ar-Rum : 22) 

Apa yang diceritakan di dalam Al-Quran itu meyakinkan kita, terutama apabila melihat manusia yang berbondong-bondong datang ke situ dengan tujuan yang satu pula iaitu melahirkan rasakehambaan kepada Allah Yang Maha Esa. 

Ini tidak pernah berlaku di tempat lain di dunia ini, yang semua jenis manusia berkumpul di suatu tempat melainkan hanya di Tanah Suci Makkatul Mukarramah. 

Daripada pengalaman ini, nyatalah menunaikan ibadah haji ertinya dapat melihat kebesaran Allah, melihat keagungan-Nya, melihat Kekuasaan-Nya, melihat pentadbiran-Nya, melihat kebijaksanaan-Nya, melihat kehebatan-Nya, melihat ilmu pengetahuan-Nya dan melihat Iradah serta Qudrat-Nya. Semua ini dapat memperteguhkan iman. 


Membina Perpaduan Umat Islam Sejagat. 
Firman Allah: “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. ” (Al-Haj: 27) 

Di Tanah Suci, setelah masing-masing menjalin erat jiwanya dengan Allah SWT, maka secara sendirinya terjalinlah perpaduan umat islam yang bertaraf antarabangsa. 

Sumber asas-asas perpaduan umai islam ini sebenarnya telah pun dirinis terlebih dahulu melalui ibadah-ibadah harian, mingguan, dan tahunan yang dibuat sebelumnya. 

HAJI MABRUR

Ibadah haji yang dilakukan dengan sempurna dan sungguh-sungguh lahir dan batinnya selaras dengan kehendak Allah dan Rasul serta dapat pula mencungkil serta menghayati hikmah-hikmahnya, maka ertinya mereka pulang dalam keampunan Allah, bersih dari dosa dan dalamkeadaan seolah-olah baru lahir daripada perut ibu. Inilah petanda seseorang itu mendapat haji mabrur. 

Sabda Rasulullah:
“Haji yang mabrur itu tidak ada balasannya melainkan syurga”

BAB 5
HIKMAH HAJI


Hikmah serta pengajaran yang terdapat dalam ibadah haji, di antara lain boluh disimpulkan kepada beberapa bahagian :
Hikmah dari segi tempat
Hikmah serta iktibar dari peristiwa dan sejarah
Hikmah daripada pengalaman yang dtiempuh

PADANG ARAFAH :BAYANGAN MAHSYAR

Padang Arafah, sesungguhnya adalah bayangan Mahsyar. Seluruh manusia sama ada yang beriman atau tidak, kecil, tua atau muda, orang cantik, orang hodoh, orang cerdik dan orang bodoh semuanya, secara sedar atau tidak, sedang berarak menuju Mahsyar, iaitu padang perhimpunan agung yang akan berlaku selepas seluruh manusia dibangkitkan semula selepas dimatikan. 


TAQWA : DARJAT KEMULIAAN MANUSIA
Taqwa yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain. Siapa yang tinggi taqwanya, mulialah ia. Siapa lemah taqwanya maka terhinalah ia. 

Firman Allah: “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. ” (Al Hujurat :13) 

Bukan kaya dan miskin, cantik dan buruk, bukan alim dan jahil, yang berkuasa dan yang dikuasai yang menjadi perbezaan. Perkara-perkara tersebut kecuali sifat taqwa tidak dianggap perbezaan kerana :
Akal Kejadian Manusia Adalah Sama
Allah Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. 

BAB 6
BERHADAPAN DENGAN KEMUNCAK UJIAN

Kalaulah segala ujian serta kesusahan itu diterima dengan jiwa yang bersih dan fikiran terbuka, ertinya mereka berjaya menerima tarbiah dari Allah. 
Contoh ujian ialah:
• Kesusahan sewaktu dalam perjalanan pergi dan balik
• Kesusahan dalam berhadapan dengan cuaca yang ada di sana
• Harga barangan melambung tinggi, berganda-ganda dari harga biasa. 
• Kadang-kadang brlaku pertengkaran
• Perselisihan faham di antara sesama anggota rombongan di atas sebab yang kecil-kecil dan sebagainya. 

Orang yang dapat menempuh dengan baik ujian yang begitu berat, yang datangnya dalam bermacam-macam rupa dan bentuk itu, adalah orang yang hatinya suci dan bersih, hatinya sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT dan faham mengapa Allah timpakan bermacam-macam mehnah dan ujian ataupun bala bencana itu kepada dirinya. 

BAB 7
IBADAH HAJI MEMBUAHKAN KEHAMBAAN

Sesiapa yang boleh menyempurnakan hajinya secara lahir dan batin, hinnga dapat haji yang mabrur ertinya dia telah memperolehi rasa kehambaan yang tertinggi. 

Proses penghambaan jiwa raga kepada Allah mestilah dilaksanakan secara sistematik, istiqamah dan sungguh-sungguh. Bermula dari mengucap dua kalimah syahadah, kemudian lakukan sembahyang untuk melahir dan mencurahkan rasa kehambaan pada Allah SWT. 

Bertitik tolak dari sembahyanglah, seseorang itu mendapat kekuatan untuk melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 

Bila seseorng sudah merasakan dirinya adalah hamba Allah, maka dia tidak bakhil dan tidak takut lagi untuk berkorban dan bersusah payah kerana Allah. Sebab itulah dia rela dan sanggup mengorbankan wang ringgit, masa, tenaga dan keselesaan hidup semata-mata untuk melakukan ibadah haji dan mendapat keredhaan Allah

BAB 8
CINTA ALLAH MENUNTUT PENGORBANAN

Sewaktu mengerjakan ibadah haji, akan berlakulah kemuncak cinta seorang hamba dengan Tuhannya. Ini dapat dilihat daripada laungan jemaah haji:

“Labbaikallah humma labbaik, labbaika la syrika laka labbaik, innalhamda wanni’mata laka walmulka la syarika lak”

“ Kami datang kepadaMu ya Allah kami datang, tiada sekutu bagi Mu kerana itu kami datang menunaikan seruanMu, sesungguhnya pujian itu dan nikmat itu bagiMu dan pemerintah itu tidak sekutu bagiMu”

KECINTAAN KEPADA ALLAH DIBINA MELALUI IBADAH
Berikut adalah langkah-langkah atau proses Allah SWT mengatur dan mencorak hamba-Nya, peringkat demi peringkat supaya mencapai tingkat kecintaan tertingi
di sisi-Nya:

1) Seorang anak lahir ke dunia bersama rasa fitrah untuk bertuhan. 

2) Allah menunjukkan cara atau jalan untuk berhubung dengan-Nya, yakni dengan memerintahkan kita mengerjakan sembahyang sebanyak lima kali sehari semalam. 

3) Apabila telah tumbuh rasa cinta kepada Allah hasil daripada sembahyang yang didirikan, maka mulalah tumbuh rasa hendak berkorban untuk kecintaan itu. Waktu ini Allah SWT mensyariatkan perintah zakat. 

4) Bila hati sudah lunak dan jinak dengan Allah, Allah tambah lagi latihannya yang menambah cergaskan roh manusia. Roh yang tadinya sudah mula bernafas, hidup dan bergerak, mahu diaktifkan lagi supaya ia dapat berjalan dan berlari. Untuk itu, kita disuruh berpuasa lahir dan batin pada bulan Ramadhan. 

5) Maka tibalah saat kemuncak cinta seseorang hamba dengan Tuhannya. Pada waktu ini, cinta itu sudah dapat dikawal lagi atau tidak dapat ditahan-tahan lagi. Maka pada waktu inilah, manusia pun terus menuju Allah iaitudengan mengerjakan ibadah haji. 

BUKTI KECINTAAN
Cinta dibuktikan dengan ketaatan dan pengorbanan. Inilah tanda cinta kepada Allah. Korbankan masa, tenaga, harta benda, fikiran dan ilmu pengetahuan, kepentingan diri dan kalau perlu jiwa raga, semata-mata untuk Allah. 

TANDA ALLAH MENYINTAI KITA
Bukti atau tanda Allah belum mencintai kita ialaj kita belum mencintai Allah. Kalau kita mengingati Allah, Allah juga mengingati kita. Jika kita redha dengan-Nya, Dia juga redha dengan kita. 

Firman Allah :
“Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al Baqarah : 152) 

Kecintaan atau kebencian Allah terhadap kita boleh dikesan melalui perasaan kita sendiri terhadap Allah. Bila kita tidak mencintai Allah, itulah tanda Allah mencintai kita. Bila kita lalai dengan Allah, itulah tanda Allah telah melupakan kita. Kalau kita tidak redha dengan Allah, itulah tanda Allah tidak redha dengan kita. Kalau kita tidak sabar, itulah tanda Allah tidak pedulikan kita. 

SIKAP HIDUP ORANG YANG MENNYINTAI ALLAH
Seseorang yang benar-benar menghambakan diri pada Allah, hidupnya juga seperti hamba di dunia. Lihat Rasulullah dan para sahabat, harta benda habis diserah pada jihad fi sabilillah, tidur di atas tikar daun tamar. Mereka takut diberatkan hisab di Padang Mahsyar nanti. Doa Rasulullah : “Wahai Tuhanku, hidupkan aku dalam kemiskinan, matikan daku dalam kemiskinan dan masukkan aku ke dalam syurga bersama orang miskin”

BAB 9
PEMBINAAN MANUSIA DAN MASYARAKAT

Dengan ibadah haji, unsur-unsur penting dalam diri manusia diberi nafas baru, diberi kayu pengukur baru, sesuai dengan manusia itu sebagai hamba dan khalifah Allah. 

Dapat Bangunkan Iman
Setiap individu muslim menunaikan haji yang lengkap dengan syarat dan rukunnya, . tepat ibadah yang lahir dan diperhalusi yang batin, faham apa yang diperkatakan dan diperbuat, faham apa yang diucapkan dalam doa-doa dan perbuatan yang dilakukan serta peka dengan apa yang didengar dan dilihat serta yang dialami sepanjang perjalanan pergi dan balik, akan dapat membangunkan imannya menjadi tebal dan kebal. 
Ibadah haji boleh menghidupkan jiwa daripada bacaan-bacaan fardhu dan yang sunat, yang dibuat semasa mengerjakan haji:

Bacaan doa semasa tawaf
Doa di Hajar Ismail a. s
Doa semasa sa’i

Membangunkan Fikiran
Ibadah haji boleh membangunkan mental melalui cara-cara seperti semasa mengerjakan ibadah haji di Makkah, mahu tidak mahu ingatan kita akan kembali ke zaman silam mengingati berbagai kisah sejarah yang berlaku di sana. 
Fikiran yang hidup dengan sejarah-sejarah islam adalah fikiran yang memandu manusia untuk berjalan di atas landasan kebenaran seperti yang dikehendaki oleh ajaran Islam. 
Memahami perkara-perkara ini bererti mempunyai ilmu yang berguna untuk mencorak fikiran kita agar mempunyai pemikiran Islam yang tulen dan penting kepada kelangsungan Islam. 

Membangunkan Fizikal
Ibadah haji juga dapat mendidik fizikal menjadi cergas, tangkas, cekap dan kuat. Apabila tiba waktu mengerjakan haji, fizikal bekerja keras. Tujuh kali tawaf mengelilingi Kaabah. Tujuh kali berulang alik sambil berlari-lari anak antara Safa dan Marwah. Melontar ketiga-tiga jamrah, berpindah ranah dari Arafah ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina. 
Hal ini amat penting dalam hidup kita, sebab salah satu tugas mnusia ialah menjadi khalifah Allah. Orang yang boleh dan sanggup memperjuangkan hokum-hukum Allah hanyalah orang-orang yang mempunyai kekuatan dan ketangkasan fizikal. Yakni, mempunyai fizikalnyang sihat dan kuat dari hati dan fikiran yang bertakwa. 

BAB 10
KEGAGALAN UMAT MENGERJAKN HAJI


Allah SWT telah berjanji, melalui ibadah haji, kita akan dapat keuntungan yang besar. Tetapi tiba-tiba didapati hasil amalannya tidak membawa sebarang perubahan pada peribadinya, seperti iman tidak bertambah, rasa kasih sayang tidak terjalin, akhlak mulia tidak diperolehi. Bahkan adakalanya perangai jahatnya lebih menonjol dari sebelum menunaikan haji. 

Berlakunya hal ini, tentu ada penghalang atau hijabnya yang membentuk tembok penghalang daripada datangnya bantuan daripada Allah seperti :

Mungkin niat mengerjakan haji itu tidak betul

Mungkin wang ringgit dan bekalan yang dibawa itu daripada sumber haram, syubhat atau makruh

Mungkin tidak cukup atau sempurna syarat rukunnya. 

Mungkin juga tidak cukup ilmu pengetahuan yang dibawa ke sana hingga tidak dapat menangkap pengalaman dan ilmu pengetahuan. 

Mungkin sewaktu mengerjakan haji, hati masih dipenuhi sifat-sifat mazmumah yang tebal seperti riak, ujub, sombong, pemarah, hasad dengki, penakut, gila dunia, gila puji dan sebagainya. Mata hati jadi tertutup hingga kerana itu tidak dapat lagi menimba keinsafan dan kesedaran daripada kesan-kesan sejarah yang pernah terjadi di tempat tersebut. 

Mungkin kerana dosa-dosa kepada ibu ayah, guru atau pimpinan atau sesiapa saja yang belum dimaafkan lagi. 

Kadang-kadang terjadi sedimikian rupa kerana ibadah-ibadah sebelum itu sudah tidak berfungsi apa-apa. 

Di antara kesilapan yang mungkin berlaku sepanjang kita mengerjakan ibadah-ibadah itu ialah :

1) Tidak faham hakikat ibadah itu dikerjakan
2) Tidak ikut disiplin jemaah, kalau ibadah itu dikerjakan secara berjemaah. 
3) Tidak faham bacaannya. 
4) Tidak mengikut disiplin ibadah itu
5) Tidak mengikut syariat semasa melakukan pertemuan-pertemuan sesama sendiri sebelum atau selepas melakukan ibadah. Umpamanya menghadiri majlis yang diisi dengan umpat mengumpat, kata mengata, bercerita hal-hal dunia yang melalaikan, menceritakan kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kalau mengerjakan haji pula merempuh manusia, melangkah-langkah bahu orang lain dan masih membawa semangat kebangsaan masing-masing. 
6) Banyak pantang larang Allah yang dilanggar. 

Tegasnya, kegagalan umat membuat perubahan peribadi setelah menunaikan haji, sebenarnyabukan berpunca dari ibadah haji. Tetapi berpunca dari ibadah-ibadah yang dilakukannya sebelum itu lagi. 

PENUTUP
Semoga segala apa yang diperbincangkan dalam tugasan ini dapat memberi impak dalam kehidupan kita sehari-hari terutama mereka yang bersiap sedia untuk mengerjakan ibadah haji, walaupun tidak banyak tetapi sekadar sedikit sudah memadai. 

Nyatalah ibadah haji benar-benar mendidik kita untuk membangunkan fizikal, mental dan jiwa. Bangun untuk berbakti kepada Allah dan mengabdikan hidup hanya untuk-Nya. Agar tugas khalifah itu benar-benar kita laksanakan. 

Supaya umat islam dpat menegakkan hukum Allah pada diri, keluarga, masyarakat dan dunia seluruhnya, supaya dunia ini berjalan di atas landasan syariat islam dan supaya manusia hidup seperti hidupnya Rasulullah, Khulafa ur Rasyidin, para sahabat dan seluruh salafussoleh. 

Oleh itu setiap kita yang mahu mengerjkan haji hendaklah membuat post-mortem atau muhasabah diri terlebih dahulu. Tinjau persediaan fikiran dan jiwa kita. Selidik bekalan-bekalan yang akan dibawa sama ada semuanya sudah disediakan dan layak untuk dibawa menghadap Allah sewaktu mengerjakan haji

Seluruh persoalan ini mesti disediakan sungguh-sungguh agar amalan haji yang bakal dikerjakan itu membuahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan, menghasilkan mahmudah dan akhlak mulia serta menghasilkan kesedaran dan keinsafan yang benar-benar menjunam dalam lubuk hati yang akan membawa perubahan jiwa dan akal. 

Firman Allah: “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh” (Al Haj : 27) 

Sabda Rasulullah: “Haji yang mabrur itu tidak ada balasannya melainkan syurga”

RUJUKAN

Abdullah Rahman (1996) Roh Ibadah Haji dan Umrah, Perniagaan Jahabersa: Johor Bahru, Johor. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com