Panduan Mendapatkan Khusyu’ Dalam Solat -

Oleh: Nurul Saffiyyah Binti Baharin
Khusyu’ Dalam Solat

ABSTRAK

Janganlah kita menilai bahawa seorang yang nampaknya khusyu’ dalam beribadah, hatinya juga demikian. Sebab belum tentu hati orang tersebut tertuju terhadap apa yang dilakukannya tersebut. Jika ada seorang yang berusaha untuk menunjukkan kekhusyu’kannya terhadap orang lain, maka hukumnya adalah makruh. Kerana tanda- tanda keikhlasan itu adalah menyembunyikan kekhusyu’kan itu sendiri. 

Kekhusyu’kan merupakan sebuah masalah yang mempunyai peranan besar dan sangat mudah untuk menghilang. Dan ia juga merupakan sesuatu yang sangat sukar terutama pada zaman sekarang yang merupakan akhir zaman. 

Allah Taala telah mengkategorikan orang- orang yang khusyu’, baik laki- laki mahupun perempuan sebagai orang- orang yang mempunyai sifat- sifat hamba-Nya yang terpilih dan Allah telah menjanjikan kepada mereka maghfirah (pengampunan) serta pahala yang teramat besar. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 35. 

Sesungguhnya kekhusyu’kan di dalam solat dapt dicapai oleh seorang yang hatinya selalu tertuju kepada solat tersebut, slalu mementingkannya dibandingkan dengan masalah- masalah yang lain dan selalu lebih mengutamakannya dibandingkan dengan urusan- urusan yang lain. Pada saat itulah solat akan menjadikannya tenang, damai, tenteram dan akan dapat menjadi penyedap pandangan. 

33 Cara Mendapatkan Khusyu’ di dalam Solat


Di sini terdapat 33 cara untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Pertamanya, mengadakan persiapan melakukan solat. Persiapan- persiapan ini dapat di lakukan dengan menjawab segala kalimat-kalimat yang dialunkan oleh seorang muazin. Kemudian berdoa dengan doa yang telah di syariatkan setelah azan selesai di kumandangkan. Sebelum itu harus berwudhu’ dan membaca basmallah dengan sebaik mungkin. Setelah kita berwudhu’ hendaklah pula kita membaca doa selepas wudhu’. Kategori yang termasuk dalam mempersiapkan solat adalah memperlihatkan siwak, iaitu membersih dan menggosok gigi serta mengharumkan mulut, di mana mulut tersebut nantinya akan menjadi jalan bagi keluarnya al-Qur’an. Untuk itulah Rasulullah SAW bersabda : (maksudnya) “Sucikanlah mulut – mulutmu untuk al-Qur’an. ”

Kita juga harus mengenakan pakaian yang baik dan bersih. Selain itu bersiap-siap menutupi aurat, mensucikan tempat yang akan kita jadikan sebagai tempat duduk, bersegera ke masjid dan berjalan menuju ke masjid dengan penuh ketenangan dan ketundukan merupakan usaha-usaha untuk mempersiapkan solat. 

Seterusnya untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat adalah bersikap tenang di dalam solat. Rasulullah SAW selalu tumakninah (bersikap tenang) dalam melakukan solat sehingga setiap tulang belulang kembali le tempatnya semula. Kemudian baginda pernah juga memerintahkan kepada orang yang buruk (tidak sempurna) dalam melakukan solat supaya melakukan solat sebagaimana apa yang telah di contohkan oleh Rasulullah SAW. Orang yang tidak tumakninah di dalam solatnya tidak akan mungkin dia melakukan solatnya dengan khusyuk. 

Mengingati mati di dalam solat adalah salah satu usaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Rasulullah SAW bersabda : (maksudnya) “Ingatlah kematian di dalam solatmu, kerana sesungguhnya jika seseorang mengingati kematian di dalam solatnya nescaya dia akan bermaksud untuk memperbaiki solatnya. Dan lakukanlah solat sebagaimana solat seseorang yang tidak pernah mengira bahawa dia akan dapat melakukan selain solat yang di lakukannya itu. ”

Selain itu, berfikir dan mengerjakan ayat-ayat dan zikir-zikir yang dibaca adalah usaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Al-Qur’an di turunkan oleh Allah Taala adalah agar difikirkan sebagaimana yang telah difirmankan-Nya di dalam al-Qur’an (maksudnya) 

Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Shaad 229) 

Sedangkan berfikir tentang ayat-ayat dan zikir yang terdapat dalam bacaan solat tidak aku pernah dapat dilakukan kecuali dengan mengetahui makna apa yang sedang kita baca. Maka jika kita memahami tentang apa yang kita baca, kita akan mendapat memikirkannya, sehingga dengan demikian solat yang kita lakukan akan bertambah berisi dan akan ternampak lebih besar terhadap keperibadian kita. 

Kelimanya ialah memotong bacaan ayat demi ayat. Maksud daripada memotong bacaan ayat demi ayat di sini adalah agar kita dapat berfikir dan memahami ayat yang sedang kita baca. Sedangkan hal ini merupakan sunnah Rasullulah SAW, sebagaimana yang disebutkan oleh Ummu Salamah r. a tentang bacaan Rasullulah SAW bahawa baginda membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan sebagai berikut (maksudnya) “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dan di dalam sebuah riwayat disebutkan”. Kemudian baginda berhenti, lalu baginda meneruskan bacaannya: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Di dalam sebuah riwayat disebutkan: Kemudian baginda berhenti, lalu meneruskan bacaan: Raja pada hari kemudian. Baginda memotong bacaanya ayat demi ayat”. 

Membaca secara tartil dan merendahkan suara. Hal ini sesuai dengan apa yang pernah difirmankan oleh Allah SWT. “…Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. (Al-Muzammil-4) ”. 

sedangkan bacaan Rasullulah SAW adalah penuh keterhuraian huruf demi huruf. 

Rasullulah SAW, jika membaca salah satu dari surah di dalam Al-Quran maka beliau membacanya secara perlahan-lahan sehingga yang panjang dibacanya panjang dan yang pendek dibacanya pendek. Membaca ayat-ayat uang terdapat di dalam A-Quran secara tartil dan perlahan-lahan kan akan lebih dapat menjadikan kita boleh memahami firman Allah tentang makna-makna yang terdapat di dalam ayat-ayat yang kita baca pada saat kita melakukan solat, dan akan dapat menjadikan kita lebih khusyu’. 

Mengetahui bahawa Allah akan menerima solatnya. Rasullulah SAW bersabda : (maksudnya) “Allah Zat Yang Maha Besar dan Agung berfirman: “Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu separuh-paruh dan untuk hambaKu apa yang diminta. Jika seorang itu berkata: ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Allah berfirman: “HambaKu telah memuji kepadaKu”. Jika dia berkata, “Raja pada hari kemudian”, Allah berfirman: “HambaKu telah mengagungkanKu”. Jika dia berkata: “KepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan”. Allah berfirman: “Inilah antara aku dengan hambaku. Dan untuk hambaKu apa yang diminta. “Jika dia berkat: “Tunjukilah kami kepada jalan yang lurus dan benar, iaitu jalan-jalan yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. “Allah berfirman: Inilah untuk hambaKu dan adalah bagi hambaKu apa yang telah dia minta. ”

Hadis ini merupakan hadis yang besar dan penuh dengan keagungan. Jika setiap orang yang melakukan solat merasakan kehadiran Allah di hadapannya, nescaya dia akan mencapai tingkat kekhusyukan yang paling puncak dan dia akan menemukan kesan yang besar di dalam surah Al-Fatihah. 

Melakukan solat di dekat tembok atau pembatas. Diantara masalah-masalah yang penting yang harus di perhatikan oleh seseoang yang akan melakukan solat agar dia dapat mencapai kekhusyukan dia dalam solat adalah pembatas. Kerana hal itu akan lebih mempersempitkan pandangan, lebih terjaga dari gangguan syaitan dan memperkecil kemungkinan orang lain berjalan dihadapannya, kerana hal itu akan dapat mengganggunya dan memperkecil jumlah pahala yang akan didapatinya. Jika seseorang yang melakukan solat berdiri di dekat pembatas, maka dia akan manfaat dan faedah yang sangat besar. Disunatkan dalam mendekati pembatas tersebut sekitar tiga hasta. Sedangkan pada jarak antara pembatas itu dengan tempat dia bersujud adalah sekitar perjalanan seekor kambing (maksudnya seekor kambing berjalan di tempat itu, maka ia dapat melakukannya). 

Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Rasulullah SAW jika melakukan solat, maka baginda meletakkan kanannya itu di atas tangan kirinya. Diriwayatkan oleh Muslim, Shahih Muslim. Baginda juga meletakkan nedua tangannya itu di atas dadanya. Diriwayatkan oleh Abu Daud, Imam Ahmad pernah di tanya tentang maksud daripada meletakkan salah satu daripada kedua tangan di atas tangan yang lainnya pada saat orang yang melakukan solatitu di dalam keadaan berdiri. Beliau menjawab “maksudnya adalah bahawa orang itu adalah hina di hadapan zat Yang Maha Agung”. 

Begitu juga dengan memandang tempat sujud akan dapat mendekatkan kepada kekhusyukan. Sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Aisyah r. a bahawa Rasulullah SAW jika melakukan solat, baginda mengangguk- anggukkan kepalanya dan melemparkan pandangannya ke tanah. Pada saat Rasulullah SAW memasuki kaabah, maka pandangan baginda tidak pernah terlepas dari tempat sujudnya, sehingga baginda keluar dari kaabah. Sedangkan pada saat duduk membaca tasyahhud, hendaknya orang yang melakukan solat itu memandang jarinya yang menunjukkan ke hadapan di mana dia menggerakkan jari tersebut. 

Menggerak-gerakkan telunjuk. Rasulullah SAW bersabda : (maksudnya) “Sesungguhnya dia adalah lebih pedih terhadap syaitan daripada besi”. 

Maksud daripada hadis ini adalah menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk pada ketika tasyahhud di dalam solat adalah lebih pedih terhadap syaitan jika di bandingkan hanya di pukul dengan menggunakan sepotong besi. Kerana hal itu menunjukkan bahawa seorang hamba mengingat tentang keesaan Allah Taala dan keikhlasan dalam beribadah. Dan hal ini merupakan perkara yang paling di benci oleh syaitan. 

Menyeragamkan surah, ayat zikir dan doa dalam solat. Masalah ini dapat memberikan persaan terhadap orang yang melakukan solat tentang makna- makna yang baru dan dapat manfaat terhadapnya. Dia juga akan dapat mendatangkan tanggungjawabyang beragam terhadap ayat- ayat dan zikir- zikir. Meragamkan surah, ayat, zikir dan doa ini merupakan pekejaan yang pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW dan akan dapat menyempurnakan kekhusyukkan. 

Melakukan sujud tilawah juga dapat meningkatkan kekhusyukkan dalam solat. Diantara adab membaca Al-Qur’an adalah melakukan sujud pada saat membaca ayat- ayat yang memerintahkan untuk sujud. Allah Taala telah memberikan sifat terhadap para nabi di dalam Al-Qur’an bahawa mereka adalah : “Apabila dibacakan ayat- ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis”. (Surah Maryam : 58) 

Sujud tilawah di dalam solat sangatlah besar ertinya, ia adalah sesuatu yang dapat menambahkan kekhusyukkan. 

Memohon perlindungan Allah dari godaan syaitan. Syaitan merupakan musuh tradisi manusia. Diantara bentuk permusuhan terhadap manusia ialah ; syaitan selalu membisikkan segala bentuk godaan dan gangguan terhadapseseorang yang melakukan solat, agar dia tidak khusyuk di dalam solatnya sehingga solatnya itu tiada nilainya sama sekali. Seorang hamba diharuskan untuk tetap pada zikirnya atau tetap menghadap Allah dengan sepenuh jiwa dan perasaan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Apabila seorang hamba itu berkeinginan untuk menghadap Tuhannya dengan penuh kesungguhan hati, maka akan datanglah tipu daya, di mana hati nurani itu dialihkan perhatiannya kepada masalah- masalah yang lain. 

Memerhatikan keadaan solat orang- orang dahulu akan dapat menambahkan kekhusyukkan dan akan mendorong seseorang untuk mengikuti apa yang pernah dilakukan oleh mereka. Dia dapat melihat salah seorang diantara mereka pada saat dia mendirikan solatnya, di mana setelah dia berdiri di dalam mihrabnya dam mulai membuka kalam Tuhannya, maka terdetiklah bahawa tempat itu merupakan tempat di mana manusia berdiri di dalamnya untuk menghadap Tuhan Sekalian Alam, maka terlepaslah hatinya dan terkelupaslah akalnya. 

Mengetahui kelebihan- kelebihan khusyuk di dalam solat antara lain adalah pahala yang akan didapati oleh seseorang yang melaksanakan solat itu adalah di ukur sesuai dengan tingkat kekhusyukkannya, seseorang yang melaksanakan solat itu tidak akan mendapatkan pahala daripada solatnya kecuali sesuai dengan pemahaman terhadap solat tersebut. Segala beban, dosa dan noda akan terlepas dari seorang yang melaksanakan solat jika dia melaksanakannya dengan penuh kekhusyukkan. 

Bersungguh- sungguh berdoa pada tempatnya juga merupakan salah satu cara meningkatkan kekhusyukkan di dalam solat. Tidak di ragukan lagi, bahawa memohon kepada Allah, menghinakan diri di hadapan-Nya, meminta sesuatu kepada-Nya dan memohon perlindungan terhadap-Nya merupakan saranan yang dapat mempererat hubungan seorang hamba dengan Tuhannya, yang pada akhirnya dia akan memperbesar kekhusyukkannya. Doa itu adalah ibadah. Dan seorang hamba memang di perintah untuk berdoa. Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf : 55 (maksudnya) “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara lembut”

Diantara tempat- tempat berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah SAW adalah pada saat sujud, duduk di antara dua sujud dan setelah tasyahhud. Dan tempat yang paling agung berdoa adalah pada saat sujud. 

Berzikir dan berwirid setelah solat. Zikir dan wirid merupakan sesuatu yang akan mampu untuk mengukuhkan asas kekhusyukan di dalam hati. Ia juga dapat mampu untuk menetapkan nilai keberkahan dan manfaat-manfaat dalam solat yang telah dicapai selama ia dikerjakan. Dan tidak boleh diragukan lagi, bahawa di antara usaha untuk menjaga ketaatan yang pertama adalah kehendaknya diikuti dengan ketaatan yang kedua. Dan kalau kita memperhatikan zikir setelah solat, maka akan dapat kita temui bahawa ia dimulai dengan istighfar sebanyak tiga kali. Seperti seseorang yang melaksanakan solat itu memohon pengampunan terhadap Tuhannya atas kesalahan-kesalahannya dalam melakukan solat dan atas kekurangan-kekurangan kekhusyukan di dalam solat. Dan di antara pentingnya mengerjakan perkara-perkara yang sunat adalah kerana hal-hal yang sunat itu dapat menampal kekurangan yang terdapat pada hal yang wajib, di mana dalam masalah kekhusyukan inilah yang banyak dirasakan kurang. 

Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu konsentrasi. Dari Anas R. A, dia berkata: “Penutup (ada pula yang berkata: pakaian yang berwarna-warni) di atasnya terdapat lukisan-lukisan milik Aisyah menutui sisi rumah Aisyah kemudian bersabdalah Rasullulah SAW kepadanya: (maksudnya) “Singkirkanlah penutup itu daripadaku, kerana sesungguhnya gambar-gambarnya masih menghalangiku dalam solat”. 

Tidak melaksanakan solat dengan memakai pakaian yang ada gambar, tulisan atau berwana-warni yang dapat menganggu orang yang solat. Dari Aisyah R. A dia berkata “Rasullulah SAW pernah berdiri untuk melakukan solat dengan memakai pakaian yang ada tulisan dan bersegi empat. Lalu baginda melihat terhadap tanda-tanda yang terdapat di dalam tulisan d pakaian itu. Apabila baginda selesai menunaikan solat, maka bersabdalah baginda: (maksudnya) “Pergilah denagan membawa pakaian ini kepada Abu Jahm bin Hudzaifah, kemudian datanglah kepadaku dengan membawa pakaian yang kosong (tanpa corak), kerana sesungguhnya pakaian itu tadi telah melalaikanku di dalam solatku. ”

Tidak melaksanakan solat di belakang makanan yang menggiurkan. Rasullulah SAW bersabda: (maksudnya) Tidak ada solat (yang dikerjakan) sedangkan di hadapannya terdapat makanan. ”

Jika hidangan makanan telah diletakkan di hadapan seseorang yang akan melaksanakan solat, atau makanan itu telah diberikan kepadanya, maka hendaklah dia memakannya terlebih dahulu sebelum melaksanakan solatnya, maka ada kemungkinan dia tidak akan khusyuk di dalam solatnya. Sebab jiwanya akan selalu terpaut pada makanan yang sedang dihidangkan tersebut. Namun seharusnya dia tidak terburu-buru melaksanakan solatnya hingga dia selesai menunaikan keinginan itu. 

Tidak melaksanakan solat pada saat menahan buang air. Tidak dapat disangkal lagi bahawa di antara yang dapat menghilangkan kekhusyukan adalah seseorang melaksanakan solat padahal pada saat itu dia berkeinginan untuk membuang air, hendaklah dia pergi ke tandas ntuk menunaikan hajatnya, meskipun dia terpaksa ketinggalan solat berjama’ah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasullulah SAW bermaksud: “Jika seseorang di antara kamu berkeinginan untuk ke tandas dan pada saat itu solat telah didirikan, maka hendaklah dia utamakan dengan pergi ke tandas. ”

Tidak melaksanakan solat pada saat mengantuk. Dari Anas b. Malik, dia berkata: Rasullulah SAW pernah besabda: (maksudnya) “Jika seseorang di antara kamu mengantuk di dalam solat, maka hendaklah dia tidur sehingga dia mengetahui apa yang dia ucapkan. ”

Maksud daripada hadis di atas ialah hendaklah orang itu tidur hingga rasa mengantuknya hilang. 

Tidak melaksanakan solat di belakang orang yang sedang berbicara atau orang yang sedang tidur kerana Rasullulah SAW telah melarang seseorang yang akan melaksanakan solat untuk melaksanakannya di belakang orang sedang berbicara atau orang yang sedang tidur, sebagaimana sabdanya: (maksudnya) “Janganlah kalian melaksanakan solat di belakang orang yang sedang tidur dan jangan pula di belakang orang-orang yang sedang bercakap. ”

Ini dilarang kerana seseorang yang bercakap dapat menjadikan orang yang melaksanakan solat lupa yang disebabkan oleh pembicaraannya itu. Sedangkan orang yang sedang tidur kadang-kadang menampakkan kepada orang yang melaksanakan solat itu sesuatu yang boleh melupakannya. 

Tidak menyibukkan diri dengan meratakan tempat sujud. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Mu’aiqib R. A bahawa Rasullulah SAW pernah bersabda kepada seorang laki-laki yang meratakan tanah pada tempat sujudnya, sedangkan dia pada saat itu dalam keadaan melaksanakan solat. “Jika engkau terpaksa melakukannya, maka lakukankah satu kali saja”. 

Sebab dilarang meratakan tempat sujud pada saat melaksanakan solat adalah untuk menjaga kekhusyukan dalam solat dan agar orang yang mlaksanakan solat itu tidak banyak bergerak di dalam solatnya. 

Tidak menganggu orang lain dalam pembacaan solat. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad: (maksudnya) “Janganlah menyaringkan suara sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dengan Al-Quran. ”

Seseorang yang melakukan solat tidak diperbolehkan bersikap egois dengan tidak memikirkan orang-oran yang berada di sampingnya yang sma-sama berkeinginan untuk melaksanakan solat secara khusyuk dengan tanpa gangguan sama sekali. 

Tidak menoleh-noleh di dalam solat. Di dalam sebuah hadis yang berasal dari Abu Dzar R. A, dia berkata: Rasullulah SAW pernah bersabda: (maksudnya) “Allah Zat Yang Maha Tinggi dan Maha Agung masih sahaja menghadap kepadas seseorang hamba itu belum menoleh, maka jika seseorang hamba itu menoleh, maka Dia pun berlalu, ”

Sedangkan menoleh di dalam solat itu terbahagi kepada dua iaitu:-

i) adalah menolehnya hati nurani kepada sesuatu selain Allah Zat Yang Maha

Tinggi dan Agung

ii) adalah menoleh pandangan

tidak boleh mengangkat pandangan ke langit, Rasullulah SAW telah melarang untuk tidak melihat langit pada saat melaksanakan solat, sebagaimana yang disabdakan oleh baginda: (maksudnya) “Jika salah seorang di antara kamu beada di dalam solatnya, hendaknya dia tidak mengangkat pandangannya ke langit, (kalau tidak), nescaya pandangannya akan bersinar”. 

Bahkan Rasullulah SAW pernah memberikan peringatan keras tentang masalah ini, sebagaimana sabdanya: (maksudnya) “Hendaknya dia benar-benar berhenti dari perbuatan itu atau kalau tidak pandangan mereka akan benar-benar dirampas. ”

Tidak boleh berludah ke depan di dalam solat. Meludah kea rah depan pada saat melaksanakan solat adalah sesuatu yang dapat menghilangkan kekhusyukan dan merupakan penghapusan adab terhadap Allah Taala. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullulah SAW: (maksudnya) “Jika salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, maka janganlah kamu berludah di hadapan wajahnya, kerana sesungguhnya Allah berada di hadapan wajahnya jika dia melaksanakan solat. ”

Berusaha untuk tidak menguap. Rasullulah SAW pernah bersabda: (maksudnya) “Jika seseorang di antara kamu menguap di dalam solatnya, hendaklah dia menahannya sesuai dengan kemampuannya, kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulutnya yang sedang menguap itu. ”

Jika syaitan telah masuk ke diri seseorang, maka dia akan lebih senang untuk mengadakan gangguan, tipu daya dan segala bentuk bicara yang memungkinkan agar orang yang melakukan solat itu tidak khusyuk dalam solatnya. Bahkan syaitan itu tertawa terbahak-bahak jika seseorang yang menunaikan solat itu menguap. 

Tidak berikhtisar dalam solat. Dari Abu Hurairah R. A, dia berkata: “Rasullulah SAW pernah melarang untuk berikhtisar di dalam solat. ” Sedangkan yang dimaksudkan dengan berikhtisar itu adalah meletakkan kedua-dua belah tangan di pinggang (bercekak pinggang). Di dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa berikhtisar merupakan salah satu bentuk berikhtisarnya orang yang masuk neraka. 

Tidak melabuhkan pakaian sampai ke tanah di dalam solat. Seseorang yang melaksanakan solat tidak diperbolehkan untuk melabuhkan pakaiannya sampai ke tanah. Hal ini sesuai dengan apa yang terdapat di dalam sebuah hadis Rasullulah SAW, bahawa baginda pernah melarang orang yang melabuhkan pakaian sampai ke tanah di dalam solat. Perkara ini di larang secara mutlak kerana perbuatan seperti itu adalah perbuatan orang yang sombong. Dan kalau perbuatan yang seperti itu dilakukan di dalam solat, maka hal itu adalah sangat tercela dan sangat buruk. 

Akhir sekali, tidak menyerupai haiwan. Allah Taala telah mendudukkan anak Adam pada kedudukan yang sangat mulia dan Dia juga telah menciptakan mereka dengan sebaik-baik bentuk. Allah Taala telah melarang manusia untuk menyerupai binatang di dalam solat, baik dalam perbuatan, mahupun dalam gerak-geri. Kerana hal itu akan dapat menhilangkan kekhusyukan dan tidak patut untuk dilakukan oleh seseorang yang melaksanakan solat. 

PENUTUP

Masalah kekhusyukan ini merupakan masalah yang teramat besar. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kesahihan solat seseorang. Ia tidak akan pernah hadir pada diri sseorang kecuali dia telah mendapat taufiq hidayah dari Allah Taala. Dan tidak diberikan kekhusyukan terhadap seseorang merupakan sebuah musibah yang teramat besar. 

Orang- orang yang khusyu’ itu terbahagi kepada beberapa darjat tingkatan iaitu : orang yang menduduki tingkatan yang pertama akan mendapatkan keraguan. Orang ini merupakan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan selalu lengah terhadap perbuatannya. Golongan ini merupakan orang yang kurang baik dalam berwudhu’, dalam pelaksanaan solat tepat pada waktunya, batasan- batasan dan rukun- rukun solatnya. Orang yang menduduki tingkatan yang kedua akan mendapatkan perhitungan. Di mana di tingkatan ini, orang yang menjaga waktu, batasan- batasan dan rukun- rukun solatnya, ditinjau dari sisi lahirriyah, sebaik dalam pelaksanaan wudhu’nya. Akan tetapi dia tidak berusaha untuk memerangi hawa nafsunya sehingga dia melaksanakan solat itu bersama dengan gangguan dan tipu daya syaitan dan fikirannya pun tidak tertumpu kepada solat yang sedang dilaksanakannya. Orang yang menduduki tingkatan yang ketiga, solat yang dilakukannya akan menjadi penghapus dosa- dosanya yang terdahulu. Tingkatan ini merupakan orang- orang yang selalu menjaga batasan- batasan dan rukun- rukun solatnya dan selalu berusaha untuk memerangi hawa nafsunya. Orang yang menduduki tingkatan yang keempat ialah orang yang mendapat pahala yang besar dalam solatnya. Orang ini telah menyempurnakan hak- hak, rukun- rukun dan batasan- batasan solatnya manakala orang yang menduduki tingkatan yang kelima ialah orang yang sudah termasuk dalam golongan yang selalu dekat dengan Tuhannya. Orang ini sifatnya seperti di golongan tingkatan keempat, akan tetapi ia mengambil hatinya dan meletakkan di hadapan Tuhannya, Zat Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. 

Akhirnya, semoga kita akan dijadikan salah seorang di antara golongan yang khusyu’. Dan semoga kita mendapatkan keampunan daripada-Nya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com