Rumah Yang Yang Tidak Dimasuki Malaikat -

Oleh: Seti Hasne Binti Nasir
Rumah Yang Tidak Di Masuki Malaikat

ABSTRAK

Buku “ Rumah Yang Tidak Di Masuki Malaikat “ ini di tulis oleh Abu Hudzaifah Ibrahim Bin Muhammad. Buku ini mengandungi 199 muka surat. Buku ini mengandungi 2 bab. Pendahuluan dalam buku ini adalah menceritakan masalah malaikat dan syaitan sehingga dapat memahami kewujudan malaikat, terutama malaikat rahmat dan dapat berwaspada dengan godaan syaitan. Isinya pula menceritakan 20 jenis rumah yang tidak di masuki malaikat rahmat. Buku ini di terbitkan untuk menambahkan kefahaman masyarakat tentang agama yang kita cintai iaitu Agama Islam. Selain itu, buku mengandungi petunjuk yang amat berharga untuk mendinding diri dan keluarga dari segala unsure yang akan menjauhkan kita dari malaikat rahmat. Sungguh banyak sebab-sebab yang membuat rumah kita tidak di masuki malaikat rahmat. Buku ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran kita agar tidak membiarkan segala bentuk kemungkaran dan maksiat berada dalam rumah kita, yang akan membuat malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah kita. Insan yang ingkar akan merasa kegelisahan jiwa, kekurangan berkat serta mementingkan unsure material dalam kehidupan. Pemikiran mereka telah di kuasai syaitan, rumah-rumah mereka di penuhi iblis yang menggantikan kedudukan malaikat rahmat, hati mareka pun sudah terpatri dalam menerima kebenaran. Hanya umat yang menjalankan sunnah akan menikmati rahmat Allah SWT yang tidak akan terhitung nilainya. 

PENDAHULUAN : MALAIKAT DAN SYAITAN

MALAIKAT

Beriman kepada malaikat adalah salah satu dari rukun iman yang enam. Malaikat di tugaskan ke atas orang yang beriman. Malaikat di tugaskan oleh Allah untuk kepentingan manusia, meniupkan roh pada janin, memelihara seluruh manusia, menyampaikan wahyu, mengawasi dan mencatat amal perbuatan manusia dan mencabut roh manusia atas perintah Allah SWT. tugas malaikat pada umumnya ialah bagi memelihara manusia dari depan dan dari belakang. Jika dating takdir kematian dari Allah SWT. kepadanya, maka malaikat akan meninggalkannya. Malaikat juga adalah pendamping manusia. Malaikat yang akan menjadi pendamping manusia adalah dengan memelihara amal manusia. Dua pendamping manusia yang terdiri dari jin dan malaikat. Mereka sentiasa berada dalam keadaan bertentangan. Jin mengajak manusia untuk berbuat kejahatan, manakala malaikat mengajak manusia berbuat kebaikan. Sesiapa yang mendapat bisikan jin mesti berlindung kepada Allah SWT dari godaan syaitan terkutuk. Manakala sesiapa yang mendapat bisikan malaikat mesti bersyukur dan memuji Allah SWT. 

Selain itu, tugas malaikat juga mengawasi amal perbuatan manusia. Malaikat di ciptakan untuk sentiasa beribadah dan mentaati perintah Allah SWT. ibadah-ibadah yang di lakukan oleh para malaikat adalah membaca tasbih sebagai zikir paling agung yang di kerjakan para malaikat secara terus menerus, melakukan solat, melaksanakan ibadah hati iaitu di mana malaikat memiliki kaabah khusus di langit ketujuh dan di sinilah mereka menjalankan ibadah haji. Malaikat juga sangat takut kepada Allah SWT. Pengetahuan yang mendalam tentang Allah SWT menyebabkan rasa takut kepada Allah SWT sangat besar. 

Kita telah mengetahui tugas, pekerjaan dan keutamaan malaikat sehingga sebagai seorang mukmin, kita wajib melakukan hal-hal berikut iaitu menghindari perbuatan maksiat dan dosa-dosa yang dapat menyakiti dan mengecewakan malaikat. Kita juga perlu menjauhi hal-hal yang dibenci olh para malaikat kerana malaikat akan merasa terganggu akibat hal-hal yang mengganggu manusia

SYAITAN
Syaitan telah di jadikan Allah SWT berumur panjang sampai hari kiamat. Dengan ini, syaitan bertekad untuk mencapai tujuan mrreka iaitu menyesatkan manusia. Di antara pekerjaan yang di lakukan oleh iblis adalah ereka mereka ini suka memperindah kemaksiatan, menamai kemaksiatan dengan nama-nama yang indah, menamai ketaatan dengan nama yang menakutkan. Syaitan memiliki banyak pintu antaranya adalah jahl (kebodohan), kemarahan, cita-cita yang terlalu tinggi, tamak (terhadap dunia), kedekut serta putus asa terhadap rahmat Allah SWT. 

Syaitan suka tidur di rumah-rumah yang di huni oleh manusia yang tidak pernah solat, berzikir dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Dia dapat di usir dengan laugan azan, bacaan ayat suci al-Quran. Syaitan ini biasa duduk di antara tempat berteduh dan sinar matahari. Kita mesti mempunyai keimanan yang kuat untuk menjauhkan diri kita dengan godaan syaitan. Selaulah kita mendekatkan diti dengan Allah SWT dengan melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. 

20 RUMAH YANG TIDAK DI MASUKI MALAIKAT

A) RUMAH ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Malaikat tidak akan turun kepada kaum tang memutuskan tali silaturahim. Allah SWT. akan menyambungkan silaturahim orang yang menyambungkan silaturahin dan sebaliknya akan memutuskan silaturahim orang yang memutuskannya. Maka dengan ini, kita mestilah bersungguh-sungguh untuk menyambungkan silaturahim dengan mengunjungi kaum kerabat dan saudara mara, memelihara mereka dengan memperbaiki urusan dan keaadan mereka serta memenuhi keperluan mereka. Salah satu dasar islam ialah usaha menjalin tali silaturahim dan penyatuan antara muslim. Masyarakat kita perlu memiliki identity al-hubb fillah (cinta kerana Allah SWT) dan al-bughd fillah (benci kerana Allah SWT). Di dalam pelbagai hadis di sebutkan bahawa orang yang memutuskan silaturahin di haramkan memasuki syurga. Kita mesti menjadikan perbuatan makruf sebagai prinsip atau dasar sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu, janganlah kita menjauhi diri keberkatan malaikat yang memasuki rumah kita seta mendapatkan keberkatan Allah SWT. 

B) RUMAH ORANG YANG MENDERHAKAI ORANG TUA
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah berpesan agar kita berbuat baik terhadap orang tua. Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah tempat terjadinya dosa besar iaitu derhaka kepada kedua orang tua (uquuq al-walidain). Kesan kita derhaka kepada orang tua ialah kita akan di benci oleh Allah SWT. Dosa besar yang kita tanggung akan embawa ke neraka jahanam dan tidak mauk syurga orang yang menderhakai orang tua. Amal soleh anak yang derhaka tidak akan di terima dan mereka ini akan di laknat oleh allah SWT. serta di timpa balasan buruk di dunia dan di akhirat. Oleh itu, janganlah kita sesekali menderhakai kedua orang tua kita. 

C) RUMAH ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Di dalam al-Quran, Allah SWT mengancam keras pemakan harta anak yatim dengan dua ancaman iaitu perutnya penuh dengan api dan mereka ini akan di masuki ke dalam neraka. Jika kita merasa tidak mampu, sebaiknya kita menerima tawaran untuk mengurusi harta anak yatim. Orang yang memakan harta anak yatim ialah orang yang berwatak paling buruk, di kategorikan sebagai orang yang bodoh. Doa pemakan harta anak yatim ini juga tidak akan di perkenankan Allah SWT. Kita sebagai pemegang amanah mesti menjaga dan mempertahankan kesucian mereka dengan menjaga mereka, memberi pendidikan kepada mereka dan berbuat ihsan kepada mereka. 

D) RUMAH ORANG YANG MEMAKAN HARTA RIBA
Riba termasuk dosa yang paling besar. Seseorang yang memakan harta riba bererti telah bersiap sedia untuk mati secara su’ul-khatimah. Berkaitan dengan ini, di dalam al-Quran Allah SWT menyatakan bahawa riba dengan keimanan tidak akan bertemu. 

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah SWT dan tinggalkan sisa riba (yang belum di pungut jika kamu orang-orang yang beriman) ” (al-Baqarah : 278) 

Bencana yang di alami pemakan riba seperti yang di jelaskan ole Rasulullah SAW iaitu mereka ini akan di timpa bencana dan pelbagai penyakit. Mereka juga akan di azab terus menerus di akhirat iaitu dengan di lempari bat uterus ke dalam mulutnya. Selain itu, mereka juga akan di sumpahi Rasulullah SAW dengan laknat. Kerana itu, kita mesti mewaspadai riba, bagaimana bentuknya dan menjauhi diri dan keluarga kita dari harta haram itu. 

E) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT ANJING
Islam adalah agama yang mencintai kebersihan. Islam melarang umatnya memelihara anjing kerana anjing itu haram di sentuh kecuali untuk kepentingan penjagaan keamanan dan pertanian. Tidak ada satu pun hadis yang membolehkan kita memelihara anjing apatah lagi menyentuhnya. Di samping rumah yang memelihara anjing itu tadak di masuki malaikat, pahala orang yang menghuni rumah itu juga akan susut dan berkurangan. 

F) RUMAH YANG DI TEMPATI SYAITAN
i. MAJLIS YANG KOSONG DARI ZIKRULLAH DAN SELAWAT NABI
Majlis di maksudkan adalah majlis yang kosong dari ketaatan dan zikir kepada Allah SWT seta sepi dari selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. pada hari kiamat, mereka akan mengingati majlis seperti itu dalam keadaan menyesal dan tidak tenang kerana kelalaiannya di dunia. Antara keistimewaan orang yang selalu berzikir ialah malaikat rahmat turun kepadanya, rahmat menyelimutinya dan menyertainya. Namanya juga akan di sebut-sebut Allah SWT di tengah-tengah makhlik yang berada di sisinya. 

ii. MAJLIS YANG DI HADIRI ORANG YANG MAHU MENANG SENDIRI
Majlis yang sentiasa menjadi perdebatan oleh orang yang mahu menang sendiri ini juga tidak akan di kunjungi malaikat. Tiga adab dan tatasusila majlis ialah meninggalkan perbuatan maksiat ketika dalam majlis, meninggalkan perbuatan mungkar dan dosa, dan mencegah dari menggangu harta orang lain dalam majlis itu. Kita hendaklah bergaul dengan ahli ilmu dan orang-orang yang membawa kepada kita pada zikrullah. Dengan ini majlis kita meraih keredhaan dari Allah SWT dan malaikat rahmat menjadi teman setia kita. 

G) RUMAH YANG PENGHUNINYA MENCACI MAKI
Mencaci maki para sahabat termasuk dalam dosa besar. Para sahabat adalah golongan orang yang menjadi pejuang dalam kehidupan umat islam. Di dalam kitab Mu’jamul Kabir, Imam Thabrani mentakhrijkan hadis dari Ibnu Abbas r. a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Barangsiapa mencaci maki sahabatku, maka dia akan mendapat laknat Allah SWT, malaikat dan manusia seluruhnya”

Selain itu, mencaci orang yang sudah meninggal dunia juga termasuklah di antara rumah yang tidak akan di masuki malaikat. Kita perlu memberi bantuan berupa doa kepada mereka untuk mengurangkan penderitaan dan bukanlah dengan cara kita mencaci maki mereka yang telah di jemput Allah sw. t ini. 

Abu Hurairah r. a mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah brpesan yang bermaksud : “ Janganlah kamu mencaci maki masa kerana Allah SWT adalah masa “

Celaan dan kutukan kita terhadap yang menciptakan kita adalah satu dosa besar. Kerana itula Nabi SAW melarang umatnya megutuk masa, musibah, angina dan segalaciptaan yang Maha Esa. 

Di samping itu, dengan caci maki kepada syaitan akan membuatkan syaitan bertambah sombong dan membusung dada. Oleh itu, kita mestilah memohon perlindungan kepada Allah SWT dari kejahatan dan hasutan syaitan. 

Dosa besar yang seksanya paling pedih adalah jika kita membiarkan orang lain mencaci, menghina dan mencela ibu bapa kita. 

Jelaslah bahawa malaikat akan menghindari tempat yang di dalamnya sering terdengar kutukan atau cacian, baik terhadap orang lain, kejadian alam, mahupun penyakit. 

H) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT GAMBAR (PATUNG) 

Sebab pngharaman gambar atau patung kerana patung di anggap menyerupai ciptaan Allah SWT. hadis Rasulullah bermaksud : “ Manusia yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah mereka yang meniru (menyerupai) makhluk ciptaan Allah SWT. Kepada mereka akan di katakana ‘ Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu…. ’’’. 

Gambar patung yang di perbolehkan ialah gambar atau patung yang tidak boleh bernyawa seperti gambar benda-benda mat seperti sungai dan pepohon atau pemandangan alam. Selain itu, gambar bernyawa yang terpaksa di buat seperti identity carc (IC) dan juga permainan anak seperti boneka. Seksaan yang sangat pedih dan ancaman yang terus menerus kepada pembuat patung ini dan yang paling penting rumah pempuat patung tidak akan di masuki malaikat rahmat. 

I) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDENGAR ALAT MUZIK
Islam menganjurkan nyanyian yang di ambil dari bacaan al-Quran untuk menggantikan nyanyian yang di haramkan. Nyanyian dan muzik adalah dua pintu yang di lalui syaitan untuk merosak jiwa dan hak manusia. Dengan itu, zikir kita kepada Allah SWT. merupakan sumber keberkatan kita di dunia dan akhirat. 

J) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT LOCENG
Rasulullah SAW melarang kewujudan loceng di rumah-rumah, loceng yang di gantungkan pada leher anak-anak atau haiwan. Malikat selalu menjauhi suara loceng kerana loceng itu mirip dengan gong. Ada juga berpendapat, loceng itu adalah merupakan seruling syaitan. Gereja adalah salah satu tempat yang di dalamnya terdapat loceng. Di sinilah tempat berdakwah benda-benda syirik dan merupakan tempat yang paling jauh dari keredhaan Allah SWT serta tempat yang di jauhi syaitan. 

K) RUMAH YANG PENUH RATAPAN MENANGISI MAYAT
Kita tidak perlu meratapi orang yang sudah tiada. Kerugian orang yang meratapi mayat ialah malaikat tidak akan membacakan selawat untuknya. Pada hari kiamat pula, dia akan di bangkitkan dengan mengenakan batu dari bahan tar dank ain dari kotoran besi yang gatal. Kerana itu, jika seseorang mahuka keredhaan Allah SWT dn mengharapkan malaikat rahmat memasuki rumah kita, hendaklah seseorang mempersiapkan diri mereka dengan ajaran agama islam yang kuat dan kukuh dengan bersabar apabila mendapat musibah kerana semua itu adalah ujian dari Allah SWT. 

L) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT KHAMAR/MINUMAN KERAS DAN PERJUDIAN
Abdullah bin Amr r. a mengatakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Khamar itu punca segalanya kekejian, maka solatnya akan di tolak selama 40 hari dan barangsiapa yang mati dengan perut yang berisi khamar, dia mati dalam keadaan jahiliah”
Bencana akibat meminum khamar menyebabakan cahaya keimanan peminum itu akan di cabut dan mereka akan di laknat oleh Allah SWT. Allah SWT juga mengazab peminum khamar pada hari kiamat serta di haramkan masuk syurga. Allah juga tidak akan menerima ibadah peminum khamar selama 40 hari. Oleh sebab itu kita mesti memantapkan keyakinan kita kepada Allah SWT dan tetap berpegang teguh kepada-Nya. 

M) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT KEMUSYRIKAN
Jenis syirik yang di maksudkan ialah meyakini bahawa selain Allah SWT itu ada sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak mudarat. Bermohon kepada selain Allah SWT dan melakukan perbuatan sihir juga merupakan amalan syirik. Selain itu, contoh amalan syirik ialah riak, mengharapkan keberkatan batu, pohon dan sebagainya. Allah SWT ada berfirman yang bermaksud : “Janganlah kamu sembah di samping (meyembah Allah SWT), Tuhan apa pun yang lain tidak ada Allah selain Dia….. ”
 (Al-Qashah : 88) 
Demikian jelaslah bahawa kita tidak diperkenankan doa (penyambahan) selain Allah SWT. dan malaikat tidak akan pernah masuk ke dalam rumah kita. 

N) RUMAH YANG DI JADIKAN TEMPAT PERMAINAN DADU
Pada dasarnya, nafsu kita akan condong pada permainan dan permainan dadu ini sendiri merupakan permainan yang di senangi nafsu. Para ulama semuanya sepakat tentang pengharaman dadu secara mutlak baik permainan ini di seratai dengan taruhan mahupan tidak. Oleh itu jagalah rumah dan keluarga kita menghabiskan masa melakukan ketaatan kepada Allah SWT. 

O) RUMAH ORANG YANG TERKUTUK

i. RUMAH ORANG YANG MENENTANG PERINTAH ALLAH SWT
Bentuk penentangan di antaranya ialah tidak sabar ketika menghadapi musibah kematian. Sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Allah SWT melaknat wanita yang memukul-mukul mukanya, suka merobak-rabik saku bajunya serta yang suka berteriak-teriak dengan melaungkan kecelakaan dan kemalangan. ”

Sikap menentang ketaatan Allah dan bersikap tidak sabar mestilah kita hindari dan hilangkan kerana sikap ini akan menyebabkan kita terusir dari rahmat-Nya. 

ii. PERASUAH DAN YANG DI RASUAH
Kita di larang memakan harta dengan cara yang salah seperti melalui persaksian palsu, sumpah dusta, serta hal-hal yang mendatangkan mudarat. Kita mengetahui bahawa perbuatan tersebut termasuk perbuatan batil yang berbahaya dan menimbulkan keburukan. 

iii. PENGHALANG PERJALANAN ORANG LAIN
Muaz bin Jabal r. a mengatakan bahawa ada tiga perkara yang mendatangkan laknat dan patut di hindari iaiti pertama, membuang hajat di tempat mengambil air, kedua membuang hajat di jalanan dan yang ketiga ialah membuang hajat di tempat berteduh. 

iv. WANITA YANG MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT
Wanita di larang mengubah ciptaan Allah SWT seperti menyelubungi kulitnya dengan jarun, meratakan melembutkan giginya agar kelihatan cantik serta menyelubungi kulit dengan jarum untuk membuhinya dengan nila atau celak. Wanita-wanita seperti ini di laknat oleh Allah SWT. hal ini boeh dilakukan sekiranya membahayakan atau mengganggu. Contohnya, gigi yang terlalu panjang (lebih) menyebabkan makannya terganggu. Allah SWT juga melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. 

v. SUAMI YANG MENYETUBUHI ISTERI PADA DUBUR. 
Bentuk penghormatan kepada wanita ialah larangan kepada para suami menyetubuhi isterinya pada dubur. Ini adalah kerana dubur tempat keluarnya kotoran seta isteri tidak akan memperoleh kenikmatan dari suami. Oleh itu, peliharalah kesucian diri ketika melakukan hubungan suami isteri. 

vi. PEMBERI TEMPAT KEPADA PELAKU BIDAAH
Di antara orang yang di kutuk oleh Allah SWT dan malaikatnya ialah orang yang membuat sesuatu perkara yang bidaah, orang yang menentang hukum dan syariat Allah seta orang yang memberi tempat dan perlindungan kepada orang yang di atas. 

vii. WANITA YANG MENOLAK PERMINTAAN SUAMI
Wanita di wajibkan mematuhi arahan suami. Seorang wanita adalah di wajibkan meminta keredhaan suami dan berusaha agar suami tidak murka kepadanya. Misalnya dengan tidak menolak keinginan suami selama dirinya tidak berada dalam keadaan uzur syar’I berupa haid, nifas dan sakit. 

viii. ORANG YANG MENAKUTKAN ORANG LAIN DENGAN BENDA TAJAM
Orang yang suka menakutkan orang lain adalah satu perbuatan haram kerana dengan perbuatan ini, muslim yang lain akan merasa ketakutan, walaupun dia sendiri tidak berniat untuk menakutkan orang lain. 

ix. ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Solat adalah tiang agama. Dosa besar bag seseorang yang meninggalkan solat. Dosa meninggalkan solat adalah lebih besar dari dosa berzina. Meninggalkan solat akan mendatangkan murka dan kebencian Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda yang brmaksud : “Yang membezakan seorang lelaki (muslim) dengan yang syirik dan kufur adalah solat”

O) RUMAH YANG BERBAU BUSUK
Sebagaimana manusia, malaikat merasa tidak nyaman jika mesti mendatanglan tempat yang berbau busuk dan mereka akan menjauhi tempat itu. Kerana itulah kita perlu selalu membersihkan dan mengharumkan rumah kita dengan haruman yang menyenangkan dan malaikat senang mendatangi rumah kita. Malaikat akan menjauhi bau-bauan seperti bauan bawang merah dab bawang putih yang di makan secara mentah seta iar kencing yang tidak di siram sehingga baunya tersebar. 

P) RUMAH SEORANG PEMBOROS
Seorang pemboros itu adalah saudara syaitan. Pada hakikatnya, syaitan sangat mudah menghamburkan-hamburkan harta tetapi tidak menggunakannya di jalan Allah SWT. Gaya hidup seorang pemborosi ni patut di jauhi agar sentiasa di dampingi Allah dan malaikat. 

Q) RUMAH YANG PENGHUNINYA BERBUAT MAKSIAT BERTERUSAN
Tidak ada seorang pun yang maksum terpelihara dari dosa) kecuali para nabi yang mulia. Namun kita wajib menghentikan maksiat dan dosa selakipun dosa kecil. Nabi Muhammad SAW melarang kita meremeh-remehkan dan meringankan perbuatan maksiat ini dan perbuatan harus di hindari dan di jauhi. 

R) RUMAH YANG DI GUNAKAN UNTUK PERBUATAN KEJI
Kita semua memahami bahawa perbuatan keji adalah bermula dari perbuatan maksiat yang ringan. Perbuatan zina pun di mulai dengan perbuatan maksiat seperti mabuk, tidak menutup aurat, bercampur lelaki dan perempuan dan sebagainya. Tiga orang yang tidak akan di ajak bicara oleh Allah pada hari kiamat ialah orang tua yang berzina, raja (pemimpin yang suka berdusta) dan orang fakir yang sombong. 

S) RUMAH PELAKU DOSA BESAR
Antara dosa-dosa besar ialah di antanya : Menolak membayar zakat. Berbuka puasa di siang hari di bulan ramadhan tanpa uzur syar’i. Mninggalkan haji padahl dirinya mampu. Menipu dan menzalami rakyat. Takabur dan sombong. Mengemukan saksi palsu. Menuduh wanita mukmin dan suci berzina. Melakukan kerosakan di muka bumi. Suka menipu dan memungkiri janji. Ini adalah beberapa dosa besar yang mesti kita hindari. Semoga kita menjadi golongan orang yang beriman dan hati kita membenci kekufuran dan kemaksiatan. 

PENUTUP
Hasil dan manfaat yang dapat di perolehi dan masuknya. Malaikat ke dalam rumah kita adalah malaikat rahmat akan : Menyerukan keampunan kepada Allah SWT untuk orang-orang yang beriman. Mendampingi orang-orang yang beriman. Menghiburkan orang-orang yang beriman dan meneguhkan jiwanya. Melindungi para hamba Allah SWT yang soleh, sekaligus menolongnya. Menjaga orang yang beriman, baik ketika tidur mahupun berjaga. Mengucapkan amin bersama-sama yang beriamn ketika solat. Memanjatkan doa untuk orang-orang yang beriman. Menaburkan keberkatan di rumah-rumah orang yang beriman. Mencegah dan mengusir syaitan dari rumah orang-orang yang beriman. Memantapkan sakinah dan ketenangan orang-orang yang beriman. Dengan demikian, seorang mukmin hendaknya berusaha mempertahankan keberadaan para malaikat di rumahnya serta berupaya menjalankan pelbagai amal yang menyebabkan malaikat rahmat senang memasuki rumahnya. SEKIAN………

Rujukan: Abu Hudzaifah Ibrahim Bin Muhammad, Rumah Yang Yang Tidak Dimasuki Malaikat, Pustaka Ilmi. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com